Di Sebalik Kedukaan Ada Kegembiraan.. - Ceritera Ibu

Di Sebalik Kedukaan Ada Kegembiraan..


Di Sebalik Kedukaan Ada Kegembiraan | Assalamualaikum.. 2 hari lepas (8 Oktober 2018) maktok kesayangan meninggalkan kami semua.. maktok ni nenek Ayah Wan. hampir 2 bulan dah maktok tinggal dengan mak mentua Dilah disebabkan maktok tak sihat.. dan sejak 3 minggu yang lepas, kesihatannya makin merosot bila maktok terjatuh. Selepas dari tu memang langsung tak boleh berjalan dan terbaring sahaja. awalnya sebelah badan tu macam strok. tapi lepas seminggu tu Alhamdulillah dah boleh digerakkan..dan dalam seminggu sebelum meninggal ni makin teruk.. umur maktok pun dah 84tahun.. memang sakit tua la, takde sakit-sakit kronik lain..
Al-fatihah untuk arwah maktok..
Pagi Isnin tu sebaik Dilah sampai ofis, baru on laptop.. sekali dapat call dari Ayah Wan bagitau yang Ma suruh balik cepat. terus off laptop semula, bagitau bos dan terus Dilah balik rumah. sampai jer rumah Ayah Wan cakap yang maktok dah meninggal dunia.. Innalillahiwainnailaihirajiun.  kami terus gerak balik sedenak. Alhamdulillah, kami antara anak cucu yang terawal sampai. tak lama tu jenazah dimandikan dan dikafankan.. dan terus dibawa ke masjid untuk solat jenazah. Selepas tu terus dibawa ke tanah perkuburan. Jenazah selamat dikebumikan pukul 12 tghari. kira tak sampai 3jam setengah, semua urusan dah selesai. alhamdulillah..


Dari kiri ; Aziee, Ma dan Azlee.

Dan hari ini mak mentua Dilah dan adik-adik ipar Dilah akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah. Perancangan Allah tu hebat sangat.. taknak MIL risau sepanjang menunaikan umrah.. Allah jemput maktok 2 hari sebelum ma berangkat.. maka sempat la ma menjaga dan menatap saat2 akhir maktok sebelum meninggal dunia.. Allah.. sebak rasanya..

Semoga ma, aziee dan eli dapat menunaikan ibadah umrah dengan tenang dan sempurna di sana.. dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik.. doakan kami agar dapat menjadi tetamu Allah juga di sana suatu hari nanti.. 


8 comments:

  1. Sentiasa doakan arwah relakan kepergiannya

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..semoga arwah di tempatkan bersama org yg beriman..Amin...
    Yang berpeluang ke tanah suci menunaikan umrah..selamat pergi dan kembali mengerjakan umrah..moga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. Takziah utk dilah sekeluarga. Moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin & muqorrobin.

    Perancangan Allah yang terbaikkan... Moga mertua dilah beroleh umrah yg mabrur. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.al fatihah

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah buat arwah. Semoga arwah di tempatkan bersama org yg beriman. Amin..

    ReplyDelete
  6. Salam takziah untuk keluarga dilah.. Semoga dipermudahkan urusan yg mengerjakan umrah tu

    ReplyDelete