Faris Zakwan turns 6 - Ceritera Ibu

Faris Zakwan turns 6


Faris Zakwan turns 6 | Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. 7 Oktober yang lepas, genap lah usia anak bujang ibu yang pertama Faris Zakwan ni 6 tahun.. Cepatnya masa berlalu.. masa Faris Zakwan ni la ibu merasa sakit bersalin.. sebab kakak Diyana tu bersalin czer..

Faris Zakwan ni anak nombor 2. Rasanya dah ramai yang tahu perangai anak kedua ni macamana perangainya kan.. haha.. memang banyak dugaan dan cabarannya membesarkan anak yang sorang ni.. manja pun lebih dari adik-beradik yang lain.. banyak minta perhatian anak yang sorang ni..

Takpe la abang.. walaupun abang banyak ragamnya tapi ibu tetap sayang abang.. ibu doakan abang jadi anak yang soleh.. berjaya di dunia dan akhirat.. doa ibu yang baik-baik semuanya untuk abang…

Kebetulan bulan 10 ni banyak betul dugaan nya..jadi kami decide untuk sambut kecil-kecilan sahaja dengan family kecik kami.. Just beli kek besday pilihan abang sendiri dan sambut malam tu kat rumah jer.. potong kek dan makan sama-sama.. 

Tapi ayah dah bagi hadiah birthday in advanced tau.. ayah dah belikan set archery untuk abg Faris sebab Nampak dia berminat nak main archery tu.. nanti ada masa ibu cerita minat baru abang Faris ni ye..

HAPPY BIRTHDAY ABANG FARIS

Ibu, ayah, kakak, abg chik dan baby love you so muchhhh…

5 comments: