Lakukan Aktiviti Anak-anak Dengan Art Kit dari Let's Fun BOX - Ceritera Ibu

Lakukan Aktiviti Anak-anak Dengan Art Kit dari Let's Fun BOX


Lakukan Aktiviti Anak-anak Dengan Art Kit dari Let's Fun BOX | Assalamualaikum.. Hai korang.. jom Dilah nak sambung cerita pasal Family Day GBSB last month.. Dah hampir sebulan berlalu, rindu pulak nak jumpa geng GBSB yang super havoc tu.. haha.. bila mak-mak blogger dah berjumpa, memang riuh dan kecoh la kan...

Art Kids from Let's Fun Box

Okla, kali ni Dilah nak review hadiah lucky draw yang Dilah dapat aritu.. setiap orang memang akan dapat at least 1 lucky draw atau kalau lebih lucky dapat la 2 lucky draw.. Dilah antara yang lucky la malam tu sebab dapat 2 lucky draw.. haha.. Kali ni Dilah review lucky draw dari LetsFunBox dahulu ye..

Art Kits from Lets Fun Box


Ada 6 set art kids dalam 1 beg ni..
Alhamdulillah.. rezeki Dilah dapat lucky draw Art Kits dari Lets Fun Box. Memang sesuai sangat la dengan anak-anak Dilah yang ramai ni.. haha.. Budak-budak kan memang suka la belajar sambil bermain.. suka buat art dan origami.. ni kira homeschooling jugak ni kan.. Dari asyik main handphone lebih baik buat perkara berfaedah macam ni kan.. hehe..  Jom kita tengok apa yang ada dalam Art Kits ni..

Dari kiri atas : Hello Mom, My Cute Turkey, Popsicle Hero
Dari kiri bawah : UFO Aliens, Smiley Jellyfish
Terdapat 6 jenis permainan di dalam Art Kit bag ini iaitu Hello Mom, My Cute Turkey, Popsicle Hero, UFO Aliens, Smiley Jellyfish and. Actually ada banyak lagi art kit yang ada, tapi untuk set ni ada 6 pilihan mainan ni.. Bila tengok ni masing-masing berebut. So to be fair, Dilah bagi 2 set untuk setiap anak. Then bagi la anak-anak buat sendiri. Dilah bantu sikit-sikit jer.. 


1) Popsicle Hero
Abang Faris pilih untuk buat Popsicle Hero ni. tapi disebabkan boleh dapat 6 set heroes ni, so Fattah Anas pun nak buat jugak.. mula-mula kena potong gambar hero tu bulat-bulat dan tampal pada kayu aiskrim tu.. Fattah Anas pilih karton batman.. Faris nak Superman dan Ironman.. eh.. tak kisah la, janji anak-anak enjoy..

Fattah Anas suka batman..

2) My Cute Turkey

Kakak Diyana pulak teruja dengan My Cute Turkey ni.. senang jer nak buat katanya.. ialah, kakak dah besar senang la nak buat kan.. semuanya dia buat sendiri.. cuma lidah tu sahaja kakak minta ibu tolong buatkan.. haha.. taknak kalah main ngan adik-adik ni..

Kakak dan My Cute Turkey
3) Hello Mom
Game yang ni awal-awal lagi Fattah Anas dah ambil.. Dia beria nak buat guna cawan kertas tu... Ibu ajar sikit-sikit, pastu sebelah tu dia buat sendiri.. pastu dah boleh main dengan abang Faris.. yeayyy.. bukan main suka lagi Fattah dengan abang Faris ye...

Fattah Anas main Hello Mom dengan Abang Faris

4) UFO Aliens
UFO ni pilihan kakak Diyana juga.. part memotong pinggan kertas dan mewarna tu memang senang.. cuma bila nak potong alien tu agak susah sikit. Tapi kakak berjaya memotong sendiri tanpa bantuan ibu.. good job kakak..

UFO Aliens
5) Smiley Jellyfish
Smiley Jellyfish ni buat sama-sama.. kakak tolong gunting mata. pastu abang gamkan kertas warna tu dan mata.. Fattah Anas pun tolong gamkan juga.. hijau tu Fattah Anas buat..

Abang Faris dan Smiley Jellyfish

6) Aeroplane
Aeroplane ni memang kesukaan abang Faris. Dari kecik abang Faris bercita-cita nak jadi pilot.. dia memang obses sangat dengan kapal terbang.. so bila nampak kapal terbang ni dia memang teruja nak buat.. potong kertas tu sendiri dan tampal sendiri.. tapi kena sabar sikit untuk tunggu gam tu kering baru kayu aiskrim tu melekat elok. kalau tak sabar memang bergerak-gerak la kayu tu..

kapal terbang kayu abang faris

Apa yang menariknya dengan art kits ni?
Set Art Kit ini mengandungi semua bahan yang diperlukan untuk membuat aktiviti ni. Selain bahan utama seperti kertas berwarna, pinggan kertas, cawan plastik dan lain-lain lagi, gunting dan gam juga turut disediakan dalam set ini.. So, jika korang terima jer set ni anak-anak dah boleh terus buat.. tak perlu nak tercari-cari gunting la, gam la.. So kalau nak bawak pergi travel pun senang...


Pada Dilah memang bagus sangat ada jual art kit macam ni.. sebab kadang-kadang kita sebagai ibu nak buat aktiviti macam ni tapi bila nak buat ada je yang tak cukup bahannya.. tak kan nak beli cawan kertas tu sikit je kan.. or time nak buat tu time tu la baru cari tali.. cari penyepit.. sudahnya kita tak dapat buat aktiviti dengan sempurna bersama anak-anak. 



Kalau korang nak buat aktiviti macam Dilah dan anak-anak ni boleh la usha instagram Lets Fun Box di bawah ni.. boleh pilih set mana yang berkenan.. untuk lebih detail boleh whatsapp Puan Mastura tu ya..

Instagram :

 Whatsapp :
019 2403855

13 comments:

  1. singgah pagi jumaat....
    wah!bgs la...aktiviti mcnie seronok,budak² suka

    ReplyDelete
  2. Menariknya.. Kalau buat dengan anak-anak mesti best..

    ReplyDelete
  3. Eh eh aunty berkenan plak laa..
    Nak skodeng laaa, nak belikan Mia...

    ReplyDelete
  4. wah memang bagus sangat ni. takda la kita ni habis kering idea fikir nak buat apa. hehehe

    ReplyDelete
  5. anak-anak seronok sangat kan buat aktiviti ni

    ReplyDelete
  6. macam-macam benda kreatif buat dibuat dgn fun box tu yer.. menarik..

    ReplyDelete
  7. kalau macam ni,akak pun nak beli jugak ler..boleh la ber aktiviti dengan dak Naura tu

    ReplyDelete
  8. Hai,jom join segmen saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  9. Menarik.
    Mcm2 ada ekk.
    Tingkatkan kreativiti ibu & anak2.
    Terbaik.

    ReplyDelete
  10. eh menariknya. memang sesuai untuk kanak-kanak sedang membesar. boleh rujuk sini bila nak beli nanti.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  11. Wah menariknya aktiviti ni nanti boleh rakeman kat kawan2 ni

    ReplyDelete
  12. Ehh..ehhhh menarik la. Nak terjah la

    ReplyDelete
  13. Nampak simple tapu banyak baiknya. Anak2 jadi lebih kreatif dan tajam pemikiran.

    ReplyDelete