Ceriakan Anak-anak Dengan Domino's Pizza - Ceritera Ibu

Ceriakan Anak-anak Dengan Domino's Pizza



Ceriakan Anak-anak Dengan Domino's Pizza | Assalamualaikum.. Siapa suka makan pizza??? Dilah dan anak-anak suka sangat makan pizza tau.. Dan pizza kegemaran kami dah tentu lah Domino’s Pizza.. Khamis lepas kat ofis Dilah ada stock take. Masa drive balik keje tu dah mengantuk sangat.. Letih dan penat sangat agaknya.. So memang tak larat la nak masak.. So sampai jer rumah cakap ngan anak-anak jom kita makan pizza.. Dengar je ibu sebut nak makan pizza, terus diorang jerit “Nakkkk!!” Amboi…hora-horey diorang ye..  melonjak happy bila cakap nak makan makanan kegemaran diorang.. haha..

Happy sangat kakak dapat makan Domino's Pizza

As usual.. Dilah prefer order online jer senang.. 2,3 tahun lepas Dilah akan call hotline Domino’s tu bila nak order.. Tapi sejak setahun yang lepas, Dilah order online jer.. lebih mudah dan senang kita nak tengok pilihan menu dan promosi yang ada bulan tu.. Cuma kali ni berbeza sikit, Dilah order dan pick up kat Domino’s Pizza Pulai Perdana. Sebabnya anak-anak dah lama tak makan kat luar, saja nak bagi anak-anak happy makan kat luar kan..


Kalau korang nak tahu, anak-anak Dilah ni memang hantu makan pizza ni.. haha.. walaupun kecik-kecik lagi, tapi sorang makan 2, 3 keping tau.. makan sekeping tak cukup.. haha.. so at least memang Dilah akan order 2 regular pizza..

Above: Pulled Beef Pizza (Left) & Classified Chicken (Right)  Below : Beef Pepparoni & Breadstix.

Dilah dah order siap-siap dari rumah.. Macam biasa, Beef Pepparoni Pizza untuk anak-anak, memang favorite diorang ni. Dilah dan Ayah Wan  pulak sudah tentu la Classified Chicken. Memang suka sangat-sangat rasa pizza ni, rasa cabonara dan cheese tu memang sedap sangat la.. 


Pulled Beef Pizza

Kali ni Dilah order extra sebab masing-masing macam lapar sangat kan.. haha.. Lagipun Dilah nak try menu baru Pulled Beef Pizza sempena kempen It's All about You.. Ayah Wan suka sangat makan yang daging compared ayam. Sedap jugak flavour ni rasa pedas tapi takde la pedas sangat macam Samyang aritu.. Yang ni laju jer Dilah makan sebab tahap kepedasan tu masih boleh dikawal lagi.. haha..

Puashati anak-anak dapat makan pizza haritu..

Abang Faris kalau makan 3 keping pun boleh tau.. tapi bahagian hujung roti tu tak suka makan pulak..

Bila tengok anak-anak happy dan seronok makan pizza, Dilah pun turut happy.. bukan susah nak buat anak-anak happy kan.. Kita cuba berikan apa yang mereka suka, dah tentu mereka happy kan..  

Gigih anak-anak tengok abang tu menyediakan pizza

Add caption

Lagi seronok di Domino's Pizza cawangan Pulai Perdana, Skudai ni kita boleh tengok sendiri cara penyediaan membuat pizza. Dari menebar doh roti, meletakkan topping dan seterusnya membakar pizza.. Memang puas hati la dapat tengok sendiri cara nak buat pizza kan..




Sama juga macam Domino's Pizza, mereka memberikan servis dan menu yang terbaik kepada semua pelanggan mereka.. Sebab tu la Domino's Pizza mampu bertahan dari tahun 1997 sampai la sekarang ni. Malah bertambah-tambah maju dan berkembang di seluruh negara kan. Dah 21 tahun dah Domino's Pizza bertapak di Malaysia ni tau.. bak kata kempen dari Domino's Pizza sekarang ni It's All About You..

Kempen terbaru It's all about you dari Domino's Pizza


Ada yang terliur tak tengok pizza yang kitorang makan tu?? Kalau korang dah terliur tu order la cepat. Sebelum kempen ni tamat, boleh lah try menu terbaru dari Domino's Pizza ni. Nak tahu lebih lanjut boleh layari website Domino's Pizza ya..

Website : 

https://www.dominos.com.my/

 

 


6 comments:

  1. anak2 suzie memang suka makan pizza dominos..bila ibu xsempat nak masak senang je tinggl oder..kebetulan pula kedai dekat dgn rumah..hehe🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Seronok kemahen masing2, maknya lagi seronok la tak payah msk

    ReplyDelete
  3. Suka konsep terbuka nie.. dekat tempat Sha nie pun boleh tengok orang buat Pizza..

    ReplyDelete
  4. Dulu masa akak kerja, selalu beli pizza untuk anak2 buah yang kerja lewat masa.
    Biasa nya Pizza Hut ja sebab paling dekat dengan office.

    ReplyDelete
  5. ramai peminat Domino's rupanyaa..

    ReplyDelete