Masakan Thai Yang Sedap di Restoren Chaba Thaifood, JB - Ceritera Ibu

Masakan Thai Yang Sedap di Restoren Chaba Thaifood, JB


Masakan Thai Yang Sedap di Restoren Chaba Thaifood, JB  | Assalamualaikum.. Dilah sekeluarga dah lama tak makan kat luar. Kalau tak sebelum ni kerap jugak la bawa anak-anak makan kat luar. Salah satu sebabnya adalah dah tak tahu nak makan kat mana. Asyik makan kat kedai makan yang sama pun boring jugak kan... haha..

2 hari lepas Dilah keluar makan di kedai makan baru CHABA THAIFOOD di Taman Impian Emas, Skudai. Alang-alng dah gaji, jom la kita cuba makan di tempat  makan yg baru.. haha..Restoren ni tak jauh dari rumah Dilah dalam 10 minit je dari rumah.. Kali ni makan bersama geng JDT Blogger sekali.. memang meriah lah bila dah jumpa diorang ni kan...


Restoren Chaba ThaiFood ini baru sahaja dibuka dalam 4 bulan lepas iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lepas oleh seorang anak muda melayu yang berasal dari Kelantan, Restoren ini menawarkan pelbagai menu masakan dari negara jiran Thailand seperti Tomyam Poktek, Tomyam Seafood, Siakap Stim Limau, Siakap 3 Rasa, Siakap 2 Musim, Sayur Kailan Ikan Masin, Kangkung Belacan, Udang Tepung, Kerabu Chaba dan macam-macam lagi.. Dilah memang suka masakan Thai dan seafood ni. Masakan kat sini semuanya sedap-sedap tau. Gerenti puas hati la.. Jom kita tengok gambar lak.. Mohon bertabah ye.. sambil telan ailio.. haha

Tomyam Poktek
Tomyam Poktek ni antara killer menu kat sini.. Kalau tengok macam lebih kurang sama jer dengan tomyam seafood kan.. cuma beza warna jer.. tapi walaupun Tomyam Poktek ni tak merah macam Tomyam Seafood tapi dia lagi pedas tau.. Perghhh.. memang berapi la.. tapi sedap sangat...

Tomyam Seafood
Masakan ikan siakap pula ada pelbagai jenis masakan.. Tapi antara yang killer ni la Siakap 2 Musim.. tapi sayangnya Dilah terlupa pulak nak cuba makan Siakap 3 Musim ni sebab dah makan lauk-lauk yang lain tu.. Dahsyatkan dah banyak sangat makanan sampai terlupa nak amik yg ni.. Tapi geng-geng blogger yang lain kata Siakap 2 Musim ni sedap sangat. 

Siakap 2 Musim
Actually Siakap ni dipanggil 2 musim sebab sebelah tu diletak sos gajus dan sebelah lagi sos tomyam.. So dalam 1 masakan ada 2 jenis sos, tu yang jadi 2 musim..  takpe2, ada reason untuk repeat makan sini lagi next time. boleh order yg ni pulak nanti.. haha

Siakap 3 Rasa
Siakap 3 Rasa ni macam biasa la semua orang tahu rasanya macamana kan.. memang sedap kan..

Siakap Stim Limau
Ikan siakap stim Limau di Chaba Thaifood ni pun antara menu yg pilihan ramai jugak di Chaba Thaifood... Rasa masam-masa limau tu memang terasa sangat. Yang penting kuah tu banyak dan boleh dihirup.. ikan pun rasa fresh tau.. Ownernya bagitau yang mereka beli ikan setiap hari. takde simpan2 jadi beku.. tu yang ikan pun fresh jer kan..

Udang Goreng Tepung
Udang Goreng Tepung di sini berbeza sikit dari tempat lain.. Bila dan salut tepung mereka letak serbuk roti lagi.. tu rasanya tu x sama macam kat tempat lain..

Kerabu Chaba
Kalau korang datang Chaba Thai food ni jangan lupa try menu kerabu chaba ni.. memang sedap sangat tau.. kat tempat lain biasa bahan2 tu direbus je kan then baru mix semua.. tapi kat sini, diorang goreng dulu ayam udang tu.. so rasa crunchy2 sikit la.. memang best dengan masam manis tu.. Korang mesti cuba menu ni..

Kangkung Belacan

Kailan Ikan Masin
Kalau korang nak tahu, segala bahan basah di restoren ni akan dibeli setiap hari. Ikan, ayam dan sayur-sayuran setiap hari mereka beli. So memang takde istilah simpan stok la. Ini salah satu cara owner ni nak mengekalkan kesegaran lauk-lauk mereka.. Patutlah ikan dan sayuran tu fresh jer rasanya..

Antara menu yang disediakan..
Kalau tengok balik semua lauk ni memang terasa-rasa kat tekak ni tau.. Memang puas hati makan kat sini.. Lain kali memang kena repeat lagi datang sini.. Oh ya.. Ada 1 lagi menu special di Chaba Thaifood ni..

Hoormook Seafood Chaba
Ini meamng rare!! Berapi-rapi tu.. haha.. Masa owner tu bawak keluar menu ni, masing-masing yang tengah makan semua bangun.. nak tengok apa yang berapi-api tu.. rare sangat menu ni sampai kena bakar-bakar lagi..

Hoormook Seafood Chaba
Hoormook Seafood Chaba ni adalah seafood yang dimasak bersama bahan perapan termasuk santan  dan juga telur.. Rasanya memang sedap sangat.. Ala-ala macam masak pais ikan macam tu.. tapi yang ni guna seafood seperti udang, sotong, lala dan macam2 lagi. memang sedap..

Tempat main budak-budak


Sementara menunggu makanan sampai, anak-anak boleh bermain di tempat permainan yang disediakan.. So tak ada la anak-anak meragam kan.. leka bermain sampai lupa nak makan.. haha.. masa ni riuh dengar suara anak-anak Dilah jer yang bermain tau.

Chaba Thai Food

Ni masa mula-mula kami sampai.. orang pun tak ramai lagi.. So kalau korang tak tahu nak makan mana malam-malam, boleh la  makan di Chaba Thai Food ni.. Insyallah, Dilah pun akan datang makan kat sini lagi nanti..


Chaba Thai Food

Lokasi:
No. 17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor


Waktu Operasi:
Setiap hari
5 petang - 12 tengah malam
Facebook:
https://www.facebook.com/Chaba-Thai-Food-263463207576649/
Instagram:
https://www.instagram.com/chabathaifood_18
Untuk Tempahan:
+601 11 307 7600

8 comments:

  1. Bestnya kak Dilah. Jalan Johor nanti boleh try makan kat sini

    ReplyDelete
  2. Alahai terliur tgk semua menu2 tu. Nampak sedap sangat. Nanti ke JB boleh singgah.

    ReplyDelete
  3. Eh terlupa pulak nak sebut pasal tempat main budak2 tu dalam entri..nampak tak betapa sedap sangat semua makanan sampai terlupa 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. sangat rekomenn kepada orang2 di sekitar jb.... perghhhhh memangg sedapppp kesemuanya kan.... siakap 2 musim dia..wowwww..siakap stim limau pun...adoyaiii,,semuanyaa memang sedapp

    ReplyDelete
  5. Tempatnya selesa dan tak susah juga cari guna waze, cuma tak boleh salah pandang boleh sesat jugaa..
    Menu dia semua sedap, lebih-lebih lagi ikan stim tu, waduh, kalau makan sorang pun Sis boleh habis hehehe

    ReplyDelete
  6. perghhh menu semua mengiurkan..bestnya environment child friendly siap ada tmpt utk bermain..blh msk list nak pergi mkn kt sini nanti..

    ReplyDelete
  7. menu sedap-sedap nampak tu. Jarang masakan di restaurant thai tak sedap kan :)

    ReplyDelete
  8. Mengancam sungguh menu menu tu..

    ReplyDelete