Mulakan Hari Dengan Bersarapan Bersama Segelas Susu Dutch Lady PureFarm - Ceritera Ibu

Mulakan Hari Dengan Bersarapan Bersama Segelas Susu Dutch Lady PureFarm




Mulakan Hari Dengan Bersarapan Bersama Segelas Susu Dutch Lady PureFarm  | Assalamualaikum.. Seperti yang kita semua sedia maklum, sarapan pagi sangat penting sebagai permulaan hari yang hebat. Hari yang hebat memerlukan permulaan yang mantap dan bertenaga, baru lah kita boleh menaikkan lagi semangat untuk mengharungi segala cabaran sepanjang hari.


Namun begitu, ramai dikalangan kita mengabaikan pengambilan sarapan pagi dengan alasan tidak sempat untuk bersarapan kerana tergesa-gesa nak hantar anak-anak ke sekolah dan bekejar untuk pergi kerja. Sebenarnya, kita tidak memerlukan masa yang tertentu atau makanan berat sahaja untuk bersarapan. Jika kita tidak sempat, kita boleh bersarapan dengan cara yang mudah dan ringkas asalkan mulakan hari kita dengan bersarapan pagi. 

Start Your Day Strong with Protein from Milk


Macam Dilah sendiri, sebagai ibu kepada empat orang anak kecil yang sedang membesar, masa Dilah amat terhad. Pagi-pagi memang kelam-kabut uruskan anak-anak nak bersiap dan hantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh dan seteruskan ke tempat kerja. Kadang-kadang sempat la masak untuk sarapan pagi tapi kebanyakan hari memang tak sempat.. haha.. Namun Dilah tetap akan pastikan juga anak-anak tetap bersarapan pagi sebelum keluar dari rumah. Dilah akan sediakan sarapan pagi yang ringkas dan cepat untuk mereka makan. Bila perut mereka tidak lapar, mood anak-anak pun lebih baik dan tidak meragam. Jadi mereka dapat mulakan hari dengan ceria dan bertenaga dan paling penting sekali mereka boleh fokus ketika belajar dan melakukan aktiviti seharian..


Minum segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap hari


Nak tahu cara mudah untuk sarapan yang ringkas dan mengenyangkan?? Senang sahaja, minum segelas susu Dutch Lady PureFarm dah sudah lengkap sarapan pagi kita. Setiap hari Dilah minum segelas susu Dutch Lady PureFarm sebelum ke tempat kerja. Kalau tak sempat sangat pun Dilah akan beli sekotak susu dutch lady dan minum di ofis atau sambil drive.. hehe.. 


"Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan."


Tambahan pula Dilah ni masih menyusukan baby Faiz Mikail, Dilah mesti minum susu setiap hari bagi mengganti semula kalsium dan nutrient penting telah diberikan kepada baby Faiz Mikail semasa penghasilan susu badan. Kalau Dilah tak sempat sangat nak bersarapan, pasti badan dah menggigil kelaparan tau. Penghasilan susu pun akan kurang nanti.



"Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda."





Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: 

"Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian."
"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah."


Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik; 
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif; 
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja; 
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6; 
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.

Dutch Lady Breakfast Challenge


Baru-baru ini Dilah telah menyahut cabaran untuk menyertai Cabaran 5 hari Bersarapan Bersama Dutch Lady PureFarm (Dutch Lady reakfast Challenge). Jom ikuti sarapan ringkas Dilah bersama segelas susu Dutch Lady setiap hari.


Sebagai permulaan, untuk hari pertama Dutch Lady Malaysia telah memberi sarapan istimewa untuk Dilah. Menu kegemaran semua rakyat Malaysia semestinya nasi lemak. Dan yang penting sekali sudah tentu Susu Dutch Lady PureFarm untuk Dilah minum setiap hari.

Menu Hari Pertama

Day 1 - Nasi Lemak dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Nasi Lemak merupakan hidangan sarapan pagi kegemaran orang ramai. Semua orang suka makanan tradisional Malaysia ni kan. Selesai makan jangan lupa minum segelas susu Dutch Lady PureFarm. Memang kenyang sampai ke petang. Hasil susu perahan Dilah juga mencurah-curah hari tu tau..

Menu Hari Kedua

Day 2 - Roti bakar dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Menu yang paling ringkas dan mudah disediakan di rumah iaitu roti bakar bersama majerin/peanut butter/ coklat. Roti bakar macam ni memang kegemaran kami sekeluarga. Anak-anak jarang bersarapan berat, sekadar roti bakar dan segelas susu Dutch Lady PureFarm sudah cukup untuk permulaan hari kami yang hebat.

Menu Hari Ketiga

Day 3 - Semangkuk Koko ball dan susu Dutch Lady PureFarm

Bersarapan Coco ball atau koko krunch bersama susu Dutch Lady PureFarm memang gabungan yang mantap sekali. Memang tak pandang kiri kanan kalau dah dapat makan semangkuk coco ball bersama susu Dutch Lady. hehe..

Menu Hari Keempat

Day 4 - Roti cheese dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Roti cheese atau apa sahaja jenis roti memang kesukaan anak-anak Dilah. Sarapan yang ringkas dan cepat macam ini akan lebih mengenyangkan jika minum segelas susu Dutch Lady PureFarm sekali. Baru la rasa lebih bertenaga nak melakukan aktiviti seharian. 

Menu Hari Kelima 

Day 5 - Popia Cheese Ketam dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Popia Cheese Ketam homemade dari dapur Dilah ni memang kegemaran Dilah. Memang terasa keju meleleh tu menggugat jiwa raga. Lebih layan lagi minum segelas susu Dutch Lady.. memang tunduk sahaja makan sampai terlupa anak di sisi.. haha..

 Muffin Double Choc dan sekotak susu Dutch Lady PureFarm

 Biskut Oat Crunch dan sekotak susu Dutch Lady PureFarm

Selain dari menu di atas, kadang-kadang kalau tak sempat sangat bersarapan di rumah, Dilah akan makan di ofis. Beli susu Dutch Lady sekotak kecil dan makan bersama roti atau biskut.. Alhamdulillah, lengkap hari Dilah dengan nutrien yang diperlukan setiap hari.. 

Jom kita mulakan hari kita dengan segelas Susu Dutch Lady PureFarm..

Untuk maklumat lanjut mengenai Dutch Lady, boleh kunjungi website dan media social di bawah.


  #strongstart #dutchladybreakfastchallenge

11 comments:

  1. Sarapan dengan Dutch Lady memang menyempurnakan hari..

    ReplyDelete
  2. airah memang suka susu dutchlady lagi2 yang perisa strawberry

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Kagum akk dgn Dilah, wpun sibuk dgn anak2 masih sempat sediakan sarapan yg hebat, anda ibu hebat dilah!

    ReplyDelete
  4. good morning :)
    wah..bestnya sarapan bersama dutch lady..

    ReplyDelete
  5. Segelas susu aje dah cukup keperluan nutrisi seharian kan...

    ReplyDelete
  6. Dutch lady menyerikan breakfast di pagi hari. .

    ReplyDelete
  7. suka perisa coklat & strawberry. anak2 pun suka susu dutch lady.

    ReplyDelete
  8. sedap kan susu ni..lepas ni nak juga pastikan ada stok susu kotak kecil dutch lady kat rumah..

    ReplyDelete
  9. susu dutch lady Pure farm ni memang wajib ada kat rumah...sebab dak naura suka makan dengan kokokeras...hahaha

    ReplyDelete
  10. Tiberr pulakkk teringin nak breakfast hari2 minum susu. Hahahhahaa...

    ReplyDelete
  11. Sarapan yang sihat dan berkhasiat

    ReplyDelete