OXO Tot Feeding Tools for Baby Faiz Mikail
OXO Tot Feeding Tools for Baby Faiz Mikail | Assalamualaikum... tajuk omputih sangat kan.. haha.. Alhamdulillah, baby Faiz Mikail dah masuk 6 bulan pada 22 Oktober yang lepas. lagi 3 hari ni dah nak masuk 7 bulan.. Bila anak nak masuk 6 bulan ni, ibu pun mula teruja la nak bagi anak makan. betul tak?? Walaupun anak dah 4 orang, rasa teruja nak bagi anak makan untuk pertama kali tu tetap ada. Eh.. tapi kali ni bukan ibu jer yang excited, Kakak Diyana dan abg-abg pun excited jugak nak bagi baby makan tau..
Perkenalkan Bayi dengan Makanan Pejal (Solid Food) secara berperingkat
Seperti yang kita sedia maklum, kita perlu perkenalkan baby dengan makanan pejal secara berperingkat. Dari bubur kosong, diikuti dengan buah-buahan dan sayuran yang dikukus. Cuba bagi makan satu jenis tu atleast 4 hari untuk kita tengok feedback baby pada makanan tu samada ok ke tidak sebab ada jenis makanan yang buat baby kembung perut. Penerimaan setiap baby tu kan tidak sama untuk setiap baby.Makanan pertama yang Dilah perkenalkan baby Faiz Mikail adalah bubur kosong.. Bubur kosong tu Dilah masak tanpa letak garam dan kemudian Dilah tapis halus guna penapis. Bila nak makan, Dilah campur dengan sedikit susu ibu. So bubur tu jadi cair.. memang sesuai untuk baby yang baru nak kenal pada makanan.. Alhamdulillah, penerimaan baby pun baik sangat. Laju jer baby Faiz Mikail makan..
![]() |
Sweet potato puree |
Next, bagi makan puree pulak. Dilah buat puree carrot, sweet potato, apple, potato.. Dilah ikut rule test bagi makan 4 hari, dah pass baru try yang lain atau campurkan 2 jenis. Kadang campurkan dengan bubur nasi sekali. So far Alhamdulillah, baby Faiz Mikail takde masalah nak makan, laju jer baby makan..
Feeding tools for baby
So
sebagai persediaan untuk introduce baby dengan solid food, kita kena la
sediakan feeding tools untuk baby dulu kan.. Setiap anak pun Dilah akan
belikan set yang baru untuk mereka.. Sebab yang lama tu biasanya ntah
dah ke mana-mana diorang guna.. hehe..
![]() |
Grow Spout Training Cup, Plate, Roll up Bip and Food Mill from Brand OXO. |
Antara keperluan utama baby untuk makan adalah seperti berikut :
- Food Mill or Blender or Baby Food Processor
- Pinggan dan sudu
- Botol air / Grow soft Spout Training Cup
- Bip untuk elakkan baju kotor
Baby Food Mill with Silicone Feeding Spoon
![]() |
Baby Food Mill from brand OXO. |
![]() |
Cara menggunakan Baby Food Mill. |
1) Asingkan bahagian kisar atas dan bawah.
2) Masukkan sweet potato ke dalam bekas sebelah bawah..
3) Letakkan semula bahagian kisar di atas dan pusingkan handle hijau tu untuk kisar sambil tekan ke bawah.
4) Pusing sehingga habis kisar semua sweet potato.
Dah siap.. boleh keluarkan hasilnya dan repeat semula untuk ketulan seterusnya.. ready untuk bagi baby makan..
![]() |
Hasilnya memang halus. Baby dah boleh terus makan. |
Cara Penyediaan Puri Buah-buahan /Sayuran
![]() |
Keledek yang telah direbus dan dilenyek menggunakan Baby Food Mill from OXO. |
Roll up Bip
Bip boleh dikira agak penting juga bila nak bagi baby makan. Seeloknya pilih la bip yang diperbuat dari getah atau plastik agar mudah dicuci dan kotoran tak melekat pada bip. Dilah suka sangat roll up bip dari OXO Tot ini sebab ianya diperbuat dari plastik yg macam getah tu dan roll up bip ini senang nak tadah lebihan makanan yang jatuh ketika baby makan. Jadi tak adalah berterabur makanan kat lantai kan..![]() |
Roll Up Bip OXO Tot |
Grow Spout Training Cup Set
Bila baby dah start makan.. ibu pun dah boleh slow-slow ajar anak minum air masak. Kalau minum susu ibu biasa kat rumah pengasuh guna botol susu. Kat rumah tak pernah minum guna botol susu. So kali ni ajr baby minum air masak guna grow spout training cup pulak.. baby pun senang nak minum. puting spout tu pun lembut je dan lubang air tak terlalu keci, jari senang la baby nak minum..![]() |
Grow Spout Training Cup from OXO Tot. |
![]() |
Grow Spout Training Cup with handle. Senang baby boleh pegang sendiri. |
Training plate with removable ring
Training plate ni penting jugak. Ada pelbagai jenis dan pelbagai kegunaan. Macam yang Dilah guna ni, Ring sebelah atas yang warna hijau tu boleh cabut. Bila anak dah pandai makan sendiri, boleh guna training plate ni. So makanan tak akan terkeluar dari ring tu.![]() | |
Training plate from OXO Tot. |
![]() |
Semalam makan puri buah pisang. tu Silicone spoon yang dapat sekali dalam Baby Food Mill. |
Jom tengok gaya Faiz Mikail makan.. boleh tahan budak kecit ni makan tau.. lambat sikit jer dia marah.. nasib baik ibu ada assistant tolong suapkan baby.. haha.. kakak memang paling rajin tolong suapkan baby.. ibu pun takde chance nak suapkan baby tau..
![]() |
Tengok la budak ni makan sampai nak termasuk pinggan.. haha.. makan bubur carrot. |
![]() |
Makan Sweet potato |
Website
Instagram
Facebook
bestnya ada oxo ni...senang nak sediakan makanan baby kan dilah...
ReplyDeleteHi, i need your help to blast my crowdfunding campaign for my studies expenses. All the details are in the blog post. Thank you!
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.com/2018/11/my-crowdfunding-campaign.html
menyuap baby yang suka makan ni memang seronok..siap kekdg tu baby mengamuk sebab lambat dapat makanan..hehehe
ReplyDeleteComelnya batan OXO. Dah lah I peminat hijau 😍
ReplyDelete*barang
ReplyDeleteThanks for taking the time to discuss this, I feel strongly about it and love learning more on this topic. If possible, as you gain expertise, would you mind updating your blog with extra information? It is extremely helpful for me. baby milk bottle warmer
ReplyDelete