San Francisco Coffee Yang Pertama di Capital City, JB
San Francisco Coffee Yang Pertama di Capital City, JB | Assalamualaikum.. Hai korang..
siapa kat sini coffee lover? To be honest, Dilah ni bukan la coffee lover tau..
Dulu masa kecik-kecik lagi la tak boleh minum kopi langsung. Bukan alergik
minum kopi tau, tapi Bunda Dilah cakap Dilah takut hitam… kahkahkah.. ingat
sekali minum kopi boleh terus hitam kulit tu agaknya.. merepek betul la kan…haha
Tapi sejak-sejak dah dewasa dah
jadi mak-mak ni, Dilah dah mula terjebak la minum kopi.. yang Dilah perasan
dalam setahun ni memang kerap pulak minum kopi. Kalau tak pure coffee pun jenis
yang mocha tu Dilah paling suka.. kalau ada chocolate lagi la suka.. hehe..
Siapa pernah minum San Francisco
Coffee (SF Coffee)? Actually, ni first time Dilah minum SF Coffee tau di
Capital City Mall, JB tau.. Sebabnya, SF Coffee ni merupakan outlet SF Coffee
pertama yang berada di Selatan tanahair kita tau.. So bertuah lah Dilah menjadi
yang terawal dapat merasa keenakan kopi di SF Coffee ni di JB ni.. hihi..
Hari Selasa yang lepas, 30hb Oktober, Dilah ambil
half day untuk ber’me time’ bersama geng JDT Blogger.. baru la boleh masuk
bulan baru dengan lebih bersemangat kan.. hihi.. Kami ada event pembukaan
cawangan SF Coffee yang pertama di selatan tanahair. San Francisco Coffee ni
terletak di Capital City Mall, Tampoi. Berdekatan dengan kilang bateri. Dilah
pun first time pergi Capital City ni, mall yang baru sahaja dibuka bulan lepas.
SF Coffee Capital City Mall
merupakan cawangan yang ke 46 di seluruh Malaysia.Selain di JB, SF Coffee juga boleh dikunjungi di Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan. Wahhh.. meluas dah cawangan SF Coffee ni kan.. Majlis pembukaan cawangan terbaru SF Coffee dihadiri oleh Dato Jaya JB Tan (Pengerusi Envictus International, Dato Kamal YP Tan
(Pegawai Eksekutif Ketua Kumpulan Envictus International), Ms Koo Sue
San (General Manager of SF Coffee) dan encik Nik Azwaa Azmi (Head of
Marketing).
Pelancaran ini turut diserikan lagi dengan pameran seni mini "SF Coffee : Colors of the South" sebagai simbolik kepada pembukaan cawangan SF Coffee yang pertama di selatan Tanahair. Terdapat 3 hasil seni yang sangat menarik dipamerkan oleh Trust, Jaie Ramlee dan Eva Production. Karya seni ini akan dipamerkan kepada pengunjung SF Coffee Capital City sehingga 31 Disember 2018 ini.
Bukan sekadar pameran seni sahaja yg dipamerkan, lebih menarik lagi SF Coffee juga turut mempunyai cawan kopi unik rekaan Marty Woods atau lebih mudah dipanggil doodle coffee cup. Terdapat dua size doodle coffee cup iaitu standard coffee cup (kecil) dan juga Double Wall Mug yang lebih besar dan tinggi. Double Wall Mug ini turut dijual dengan harga RM38 (doodle) dan RM35 tanpa doodle.
Pelancaran ini turut diserikan lagi dengan pameran seni mini "SF Coffee : Colors of the South" sebagai simbolik kepada pembukaan cawangan SF Coffee yang pertama di selatan Tanahair. Terdapat 3 hasil seni yang sangat menarik dipamerkan oleh Trust, Jaie Ramlee dan Eva Production. Karya seni ini akan dipamerkan kepada pengunjung SF Coffee Capital City sehingga 31 Disember 2018 ini.
![]() |
"Irama Teluk Belanga" from Trust |
![]() |
"Lentera Wajah" from Jaie Ramlee |
![]() |
"Snapshots" from Eva Production |
![]() |
Doodle Double Wall Mug SF Coffee. |
Kalau korang nak tahu, SF Coffee juga turut menganjurkan peraduan mewarna doodle tau. Setiap pembelian kopi dengan di SF Coffee, korang layak untuk menyertai pertandingan mewarna doodle di coffee cup ini.. Caranya mudah sahaja, korang warnakan SF Cup tersebut cantik-cantik kemudian upload gambar SF Cup tersebut di media sosial seperti Instagram atau pun facebook dengan hashtag #SFCoffeeXMartyWoods
and #SFCoffeeColouringContest. Tarikh akhir peraduan ini adalah pada 30 November 2018. Nak tahu hadiah yang bakal dimenangi oleh peraduan ini? Hadiahnya berupa tajaan minuman SF Coffee
selama setahun menanti korang.. Hahh.. menarik kan...
![]() |
SF Cup X Marty Woods Coloring contest |
Jika korang ke SF Coffee, jangan lupa mencuba kesedapan kopi "Golden Gate" yang paling terkenal di SF Coffee. Golden Gate Coffee merupakan campuran coklat, espresso dan juga orange. Unik sekali rasanya. Selain itu, korang boleh juga oder Ultimate Latte / Mocha / Chocolate. Dilah dah rasanya ketiga-tiga jenis ice blended ni memang sedap sangat lagi-lagi Mocha dan chocolate tu memang kena dengan tekak Dilah ni..
![]() |
Ultimate Chocolate |
Seperti biasa kalau dah jumpa geng JDT Blogger ni tak sah kalau tak bergambar bersama kan.. ni acara wajib kitorang.. Antara yang join event hari tu Juju, Sis Lin, Kak Eda, Kak Seri, Sunah, Ain, Uyul dan Farah.
Untuk maklumat lanjut mengenai SF Coffee, korang boleh follow media social SF Coffee :-
Facebook
Instagram
Website
jom repeat dilah. sedapnya dapat mocha lagi
ReplyDeleteKita dah 3x ke sini...
ReplyDeleteJadi gian hahaha..tu pun belum explore habis dalam capital..
Tgh gigih nak mengcolor ni hahahaha
tumblr dye cute !
ReplyDeleteWah menarik. ...
ReplyDeleteDoodle cup dia ohsem.. ultimate chocolate tu mengancam..
ReplyDeletecomelnye kak dilah oi, takut minum kopi sebab takut jadi hitam..hahahah!
ReplyDeleteCookies n cream , choc , mocha caramel nya sedapp sangatttt...
ReplyDeleteTahniah SF Coffee
ReplyDelete