Abang Faris Zakwan dah Darjah 1
Abang Faris Zakwan dah Darjah 1 | Assalamualaikum.. 4 minggu sesi persekolahan
2019 bermula. Tapi Dilah tak sempat lagi nak update cerita mengenai Abang Faris Zakwan.
Tahun ni abang Faris dah masuk darjah 1. Ibu pun semakin super busy.. Rasa
macam tak cukup 24 jam sehari.. dengan baby kecik lagi.. lagi2 sebulan ni kami
sekeluarga diuji dengan kesihatan sekeluarga yang demam berganti-ganti.. haha..
dugaan awal tahun buat kitorg..
![]() |
Hensem anak ibu berbaju melayu johor ke sekolah agama. |
Ok.. back to topic. Negeri Johor memulakan sesi persekolahan
2019 pada 1 Januari 2019. Mujur company Dilah amik cuti 1 Januari, so x perlu
la apply leave lagi. So macam biasa beberapa hari sebelum tu, akan ada sesi
orientasi, beli buku sekolah dan come back to school program.
29 Dec – Beli buku sekolah agama kakak
30 Dec – Orientasi Darjah 1 dan Come back to school program
bagi semua pelajar darjah 1-6 di Sekolah Kebangsaan.
-
Taklimat darjah 1 dan pembelian buku dan kitab
di sekolah agama.
31 Dec – Orientasi darjah 1 di sekolah agama.
1 Jan – Mula sesi persekolahan 2019.
Fuhhh.. berderet urusan sebelum naik sekolah aritu.. tiap-tiap hari kena ke sekolah.. Pada 30 Dec tu, Ayah Wan dan Fattah Anas ke Sekolah Agama untuk taklimat darjah 1. Manakala Dilah, baby, Faris dan Kakak ke Sekolah Kebangsaan.. Kakak dah senior sikit.. naik darjah 3, so tak risau sangat. Faris ni je la yang baru kan..
Kenangan hari orientasi dan first day ke sekolah.
Fuhhh.. berderet urusan sebelum naik sekolah aritu.. tiap-tiap hari kena ke sekolah.. Pada 30 Dec tu, Ayah Wan dan Fattah Anas ke Sekolah Agama untuk taklimat darjah 1. Manakala Dilah, baby, Faris dan Kakak ke Sekolah Kebangsaan.. Kakak dah senior sikit.. naik darjah 3, so tak risau sangat. Faris ni je la yang baru kan..
Kenangan hari orientasi dan first day ke sekolah.
Alhamdulillah.. hari Ahad tu, anak-anak bangun pagi untuk ke sekolah.. biasala ada drama pagi sikit-sikit.. haha.. tapi so far ok la.. kakak pagi tu gigih nak siapkan abang.. siap tolong abang pakaikan baju sekolah lagi.. suwet sangat bila tengok.. haha.. kakak pun excited juga bila abang nak bersekolah kan..
![]() |
Kakak dah ada kawan pegi sekolah sekarang ni.. |
![]() |
Back to school program. |
Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan pagi.. Guru besar dan beberapa guru lain memberi taklimat dan juga berkongsi info-info terkini.Senang kata program back to school ni sebenarnya macam nak bagi refreshing la pada semua murid sebelum hari persekolahan yang sebenar bermula. Tapi bagi murid darjah 1 pula, hari tu adalah hari orientasi.
![]() |
Duduk ikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan. |
![]() |
Ceria abang di dalam kelas |
![]() |
Ajar abang Faris menggunakan tandas sekolah. |
![]() |
berkerut tahan panas.. haha |
Hari Isnin tu ada orientasi di sekolah agama pulak. Dilah pergi berdua sahaja dengan Faris. bila sampai dewan tu, ibu bapa diminta meninggalkan anak dalam dewan dan disuruh balik dahulu.. Pukul 11 baru datang ambil anak.. ni lagi advance.. Dilah tinggalkan dan tunggu kat luar sampai pukul 9 pagi. selepas tu Dilah balik rumah dulu..
![]() |
Kusyuk abang buat kerja.. |
Hari Selasa, 1 Januari 2019. Hari pertama anak-anak ke sekolah. Dilah hantar macam biasa. hari 1st day boleh hantar sampai kelas dan tunggu sebentar di kelas. Sekolah Agama ok jer, takde masalah.. sebab kejap je.. oh ya, Faris seekolah agama sebelah pagi, masuk pukul 9 pagi. Sekolah Kebangsaan pula sebelah petang.
Sekolah Kebangsaan ada perhimpunan sebelum masuk kelas. nasib baik ada
dewan terbuka kat sekolah tu, takdela anak-anak kena berpanas di tapak
perhimpunan. Habis perhimpunan, masuk ke kelas masing-masing. Ibu bapa
boleh follow sampai kelas sahaja. selepas itu, Ibu bapa diminta
tinggalkan anak-anak dan balik. Dilah memang tengok sekejap jer. sebab
nak dapatkan info dari guru kelas, lepas tu Dilah terus balik rumah.
Masa rehat Dilah datang semula untuk tengok cara Faris berbelanja di
kantin sekolah..
![]() |
tengah beratur nak beli air. |
Actually, Dilah terlewat sikit masa sampai kantin tu. diorang dah keluar awal. so masa sampai kantin tu memang penuh sangat. Cari Faris tak jumpa. Dilah terpikir macamana la dia makan.. puas pusing cari 1 kantin tak jumpa.. Tetiba Dilah terserempak dengan kakak pulak. bila ditanya nampak aadiknya ke tidak, jawapannya tak nampak.. Tetiba nampak Faris lalu kat belakang kakak. Bila tanya dah makan lom, dia kata dah.. dah beli sendiri.. Alhamdulillah.. pandai Faris berbelanja di kantin. Tapi Dilah memang percaya dia boleh belanja sendiri sebab dia jenis berani sikit. yang Dilah risau cuma terlebih belanja dan tak cukup duit jer.. haha..
Gitu la kisah hari-hari terawal persekolah Faris Zakwan. masuk minggu kedua Faris demam teruk dan positif influenza B pulak. so minggu kedua seminggu tak ke sekolah. nasib baik masih dalam minggu orientasi lagi. Minggu keempat iaitu minggu ni baru mula belajar.. alhamdulilllah.. so far Faris masih ceria ke sekolah.. Faris panggil sekolah agama tu 'Sekolah 2 tingkat' dan sekolah kebangsaan tu 'Sekolah 3 tingkat'. hahaha
Semoga Faris berjaya di dunia dan akhirat.
encem betul abang faris ni...
ReplyDeleteBila anak2 masih kecil mmg kelam kabut sikit Dilah nak make sure diaorg boleh berdikari dan boleh buat sendiri..semoga anak² Dilah menjadi anak² yg berjaya di didunia dan akhirat
ReplyDeletealahai comel2 je ragam masuk sek. blaja rajin2 ya =)
ReplyDeleteAlahaiii..omeinyaaa...
ReplyDeleteLepas ni bertambah bizilah omaknya yer hehehe
kejap je ek dilah dah darjah 1..tak lama lagi fattah anas pulak hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum dilah...sekejap jer dah beso kan...semoga faris berjaya nanti...
ReplyDelete