Cara Mudah Beri Baby Makan Makanan Berkhasiat Semasa Travel dengan Toddible Travel Series - Ceritera Ibu

Cara Mudah Beri Baby Makan Makanan Berkhasiat Semasa Travel dengan Toddible Travel Series



Cara Mudah Beri Baby Makan Makanan Berkhasiat Semasa Travel dengan Toddible Travel Series  | Assalamualaikum. Siapa ada anak kecil yang jenis pemakan macam anak Dilah? Alhamdulillah, keempat-empat anak Dilah ni semua jenis pemakan dari baby lagi tau. Dilah memang tak ada masalah nak bagi anak-anak makan, semua jenis makanan diorang boleh makan.. 

Semasa anak Dilah bawah setahun, Dilah prefer bagi makanan yang Dilah masak sendiri instead of bagi diorang makan nestum.. no sugar, no salt. So bila Dilah dapat masak sendiri lebih puas hati kan.. Baby pulak suka makan bubur, so Dilah boleh la pelbagaikan jenis bubur tu..


Tapi bila kitorang nak travel or keluar rumah, agak susah jugak nak bawak bekal makanan yang Dilah dah buat tu.. kalau balik kampong boleh la juga tumpang masak rumah bunda or MIL kan.. tapi kalau bercuti ke mana2, tak semua tempat ada tempat masak..  So jalan penyelesaiannya??? Dilah akan bawa Toddible Travel Series sebagai bekalan makanan baby.


Toddible Baby Food



Makanan baby dari Toddible merupakan produk makanan bayi yang 100% menggunakan bahan semulajadi yang sangat berkhasiat. Tiada garam, tiada gula, tiada perisa tambahan dan juga tiada bahan pengawet. Diilhamkan dari seorang doktor iaitu Dr Amalina yang telah melepaskan kerjaya doktor demi menjaga kedua-dua orang anaknya. Jadi Dilah pun sangat yakin untuk mencuba produk toddible ni untuk Faiz Mikail.

Toddible Travel Series


Toddible Travel Series ini adalah campuran bubur beras perang dengan beberapa jenis buah-buahan terpilih. Dalam sekotak Toddible Travel Series ini mengandungi 5 paket kecil. Ada 5 jenis Toddible Travel Series iaitu;
  1. Brown Rice with Apple
  2. Brown Rice with Banana
  3. Brown Rice with Apple + Peach
  4. Brown Rice with Apple + Mango
  5. Brown Rice with Banana + Strawberry


Kalau korang ada friend dan follow Dilah di IG dan FB, mesti tahu yang anak Dilah si Fattah Anas tu warded kan. So semalam turn Dilah jaga Fattah Anas. Tapi disebabkan baby Faiz Mikail masih fully breastfeed, so Dilah kena la bawak baby tido di hospital sekali.


Macam yang Dilah bagitau tadi, anak-anak Dilah kan jenis pemakan termasuk la si Faiz Mikail ni. So Dilah dah siap bawak Toddible Travel Series ni ke hospital untuk bagi baby makan.


Macam semalam masa kat wad, Dilah bagi makan bubur perang + apple + peach. Senang jer nak sediakan, just tambah sedikit air panas ke dalam mangkuk berisi makanan tersebut dan kacau sebati.. dah ready untuk bagi baby makan.. Faiz Mikail tu bukan main suka lagi tau makan brown porridge ni.. bukan main laju lagi.. Dilah nak selangkan dengan air pun dia tak nak.. haha..



Masa Dilah pergi Cameron Highland last month pun Dilah bawak jugak tau. Masa tu Dilah bawa yang perisa strawberi + pisang. Saje amik mood Cameron highland yang meriah dengan strawberi kat sana kan.. so kasi chance la baby pun makan yg perisa strawberi jugak.. haha..


Makan pulak dengan cousin dia, anak adik Dilah yg beza 2 bulan jer.. Ya Allah, masing-masing bising mulut bila lambat suap.. sedap sangat la tu.. sampai tak cukup, bukak lagi 1 paket. Haha..


So korang yang ada baby tu memang Dilah suggestkan bagi baby makan baby food dari Toddible ni.. Kalau ada masa boleh masak2 time travel tu, boleh la masakkan untuk baby sekali. Tapi kalau tak sempat dan tak cukup bahan dan peralatan nak masak time travel, beli jer baby food ni.. Mudah, cepat dan berkhasiat.. Nak tau lebih lanjut boleh tengok di website dan FB Toddible ya..

Website

https://www.toddible.com.my/

 

Facebook:

https://www.facebook.com/Toddible

 


5 comments:

  1. aww comelnyaaaa model dia hehheee

    ReplyDelete
  2. kalau ada baby..nak² pulak kita nak travel.. atau nak pergi mana-mana jelah..mesti payah sikit nak cari makan mereka.Tapi bila dah ada toddible travel series ni mudah je kan..

    ReplyDelete
  3. Produk yang bagus.. membantu ibu bapa yang memerlukan..

    ReplyDelete
  4. Senang dah skrg ni kan. Ana pun suka fruit snack Toddible ni especially yg strawberi tu. Sedap ..

    ReplyDelete