Menyusukan Anak Lebih mudah dengan Pajamas dari Mamaway
Menyusukan Anak lebih mudah dengan Pajamas dari Mamaway | Assalamualaikum.. Semenjak
bersalin anak sulong Dilah 9 tahun lepas, Dilah amat cerewet untuk membeli baju
baru. Sebab Dilah ni fully breastfeed keempat-empat anak Dilah. So dalam 9
tahun ni memang non-stop la mengandung dan menyusukan. So bila nak shopping
baju baru, Dilah akan pilih baju menyusu sahaja. Mudah la nak menyusukan anak
ke mana-mana nanti kan..
Baju menyusu yang biasa Dilah
beli tu memang untuk keluar berjalan atau pergi kerja sahaja. Macamana pulak
kalau di rumah?? Kalau ada orang datang tu kena la pakai baju nursing jugak.
Sebab baby ni kalau nak menyusu bukannya dia tahu ada orang lain ke tidak kan..
So kalau malam tu Dilah pakai nursing pajamas pulak..
Pilihan baju nursing Dilah
semestinya jenis selak. Bukan jenis zip ataupun butang. Memang Dilah tak suka.
Zaman sekarang ni senang je seller claim baju yg mereka jual jenis nursing,
asal ada butang di tengah atau zip disebut nursing blouse/dress/jubah. Tapi
percaya la cakap Dilah, jenis zip dan button ni memang leceh, anak dah menangis
nak susu, ibu masih terkial-kial nak bukak zip atau butang.. aduhaiiii.. Dilah
jenis tak sabar kalau gitu. Haha.. tu sebab pilihan Dilah mesti jenis selak.
Cotton Candy Maternity & Nursing Pajamas
Sekarang ni Dilah dah jatuh hati
dengan nursing pajamas dari Mamaway ni. Sebab nya nursing ni jenis selak dan
senang sangat nak menyusukan anak bila malam. Takdela terselak-selak semuanya
kan.. haha.. segan dah dengan anak-anak yang dah besar 7, 8 tahun tu..
Lagi best nursing pajamas ni
boleh pakai juga semasa mengandung. Kira 2 in 1 la.. so korang memang tak akan
perasan yg pajamas ni sebenarnya jenis nursing sebab terselindung di sebalik
kedutan tu.. haha.. Nampak macam pajamas biasa jer kan. Kainnya pun best..
tebal. Sesuai buat tido malam yang biasanya cuaca sejuk tu..
Nursing blouse/pajamas jenis selak tetap menjadi pilihan yang terbaik. |
2in1 nursing pajamas. |
Antibacterial Crossover Sleeping & Nursing Bra
Selain pajamas ni, Dilah suka pakai nursing bra dari Mamaway ni jugak.. kainnya jenis lembut, ringan , stretchy dan sejuk.. Selesa sangat .. Biasa pakai time malam.. Nursing bra ni boleh juga dipakai dengan nursing pad dari Mamaway sebab bra ni jenis tak ada span.. so kalau takut susu leaking ke boleh la pakai breast pad sekali.
![]() |
Outer material stretchy & silky soft and inner material is 100% cotton lining. |
Lapisan luar nursing bra ini menggunakan jenis fabric yang stretchy dan sangat lembut tetapi bahagian dalamnya pula menggunakan 100% cotton. Tu sebab rasa selesa sangat dan sejuk tapi dalam masa yang sama disekitar breast kita tu tetap selesa dan tak rasa basah..
Design nursing bra ni jenis cross
design, so tak perlu nak buka-buka cangkuk tu, Cuma selak dan ready untuk
menyusukan baby. Senang sangat kan.. Sebab tu nursing bra ni sesuai sangat dipakai waktu malam.
Info lanjut mengenai nursing bra tu di SINI.
3 pilihan warna yang ada. |
Instant Dry Disposable Breast Pad
Kalau korang jenis ada susu yang meriah sangat dan asyik leaking je, korang boleh try pakai instant dry disposable breast pad ni. Dilah ada masanya perlu jugak pakai breast pad ni. Biasa awal-awal masuk kerja tu kadang leaking sikit. So memang la tak selesa kan bila basah-basah.. harus lah pakai breast pad di waktu pagi.
5 Ciri-ciri menarik Instant Dry Disposable Breast Pad
- 1.5 kali lebih penyerapan daripada produk sebelumnya.
- Keluk yang lembut untuk bersentuhan dengan breast.
- Lapisan atas yang breathable yang tetap kering dan dipisahkan dari teras walaupun dalam keadaan basah.
- Setiap breast pad dibungkus secara individu oleh mesin (tiada sentuhan dan manusia semasa proses pembuatannya.
- Strip pelekat tambahan yang besar untuk memastikan pad sentiasa terletak ditempatnya.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai breast pad ni, korang boleh tengok di SINI.
So far Dilah memang sangat puas hati dengan produk-produk dari Mamaway ni. Sebelum ni Dilah pernah share mengenai Ring Sling dari Mamaway ni jugak. Korang boleh tengok review Dilah mengenai Ring Sling tu di link bawah ni..
Kalau korang nak tengok produk-produk lain dari Mamaway, korang boleh tengok di website dan media social Mamaway ya..
Untung ibu2 muda sekarang kan
ReplyDeleteAlaa...comelnya baby :)
ReplyDeletesaya follower #391
http://www.imaginasiklasik.com/
Kalau mcm Ni mmg mudah aje nak pakai Dan nyusu kan
ReplyDeletebetul..kalau nak, memang dah tak boleh tunggu dah..Nasib baik ada pyjamas nursing ni..takdelah kena masuk bilik bila orang datang kan..nanti akak suggestkan dekat kawn² yg breastfeeding tu
ReplyDeleteMudah dan memudahkan ye sekarang..
ReplyDeleteSenang bagi ibu-ibu sekarang ...
Kalau dulu-dulu ada juga tapi taknak banyak choice..
Best betul pilihan yang ada.. cantik dan praktikal
ReplyDeleteibu2 yang nyusukan anak perlu ni dapatkan.. senang =)
ReplyDeletewahhh menarik blh tambah koleksi nursing wear..
ReplyDelete