Sahut Cabaran 10 Years Challenge


Sahut Cabaran 10 Years Challenge  | Assalamualaikum.. ingatkan malas nak terjebak dengan 10 years challenge ni.. maklum la, susah nak cari gambar 10 tahun lepas. Masa tu zaman kurang amik gambar. Hp pun pakai yang cikai2 je.. lepas tu baru ada akaun facebook.. so memang sikit sangat gambar tu.. gambar ni pun mujur ada dalam album honeymoon kat Cameron Highland time tu.. so.. ni la gambar 10 tahun lepas dan sekarang.


2009 

Zaman anak dara, bertunang awal tahun dan kawen hujung tahun. muka berisi, badan pun berisi, chubby jer.. tengok lengan tu pun tahu.. zaman suka pakai tudung sarung jer.. macam bibik.. haha.. dan tak pandai bermake-up.



2019 

Dah jadi Ibu anak 4 orang. muka nampak runcing sikit seiring dengan penurunan berat badan.. Ye, skrg lebih ringan dari dulu.. sejak 3 thn lepas mula dapat berat ideal ikut bmi. below 55kg. Alhamdulillah, lepas bersalin anak ke-4 boleh dapat balik berat tu. Mungkin jugak sebab stress dan penat menguruskan anak-anak, rumahtangga dalam masa yang sama bekerja..

Cuma yang masih sama, masih tak pandai bermekap. haha.. ada 1 tahun je dulu lepas mula2 kurus pegi keje bermekap sikit. lepas setahun dan pregnant, kembali kepada asal keluar rumah tanpa mekap. ohh lagi 1 sebab Ayah Wan tak suka Dilah bermekap, so kita ikutkan je la.. nak jadi isteri solehah kannn.. haha


Versi Family

Versi Family pulak
2009 - baru kawen. berdua lebih baik.

2019 - dah berenam. Alhamdulillah, anak dah 4 orang. meriah dan riuh rumah dengan suara dan keletah anak-anak.. Ayah Wan maintain kurus.. tak heran sangat sebab memang genetik family dia kurus tinggi gitu..

2029 - Anak-anak mesti dah lebih tinggi dari ibu.. kalau ikut ayah wan.. tengok kakak tu pun x lama lagi boleh potong ketinggiaan ibu.. haha..

10 tahun akan datang macam mana pulak agaknya ye...
 

Post a Comment

7 Comments

  1. Macam best je buat challenge camnie.. hehehe

    ReplyDelete
  2. muka Dilah tak mekap pun dah macam pakai mekap tau

    ReplyDelete
  3. Berjangkit juga ye dengan challenge ni hehe..

    Moga bertambah bahagia dan meriah keluarga dhielah.

    ReplyDelete
  4. Wow best ya dpt berat ideal...

    ReplyDelete
  5. suka yang dari berdua jadi berenam tu =)

    ReplyDelete
  6. lain macam gojes dia sekarang ekekeke

    ReplyDelete