Faiz Mikail First Time Pijak Rumput dan Tanah!! - Ceritera Ibu

Faiz Mikail First Time Pijak Rumput dan Tanah!!



Faiz Mikail First Time Pijak Rumput dan Tanah!! Assalmualaikum.. Minggu cuti sekolah ni kitorang balik kampong.. Mula-mula balik kampong Ayah Wan kat Felda Bukit Batu dulu. Adik-adik Ayah Wan kawen. So dari hari jumaat-ahad tu memang kat sana. Hari isnin sampai rabu balik kampong Dilah kat Melaka pulak.. fair kan.. hehe.. yang paling happy dah tentu la budak-budak kan.. tapi kali ni Dilah nak cerita pasal baby Faiz Mikail sahaja..


Baby Faiz Mikail dah masuk 9 bulan 2 minggu dah sekarang ni.. Semakin banyak akal budak kecik ni tau.. Perkembangan terkini baby Faiz Mikail dalam usia 9 bulan ni.   

  • Dah pandai berdiri dan memapah kat sofa/meja.

  • Dah boleh berdiri lepas tangan kejap2.
  • Dah pandai memanjat.

  • Belum tumbuh gigi.

  • Merangkak pun semakin laju..


Sejak dah pandai memapah dan panjat ni, memang kena lagi alert la.. takut baby terbalik ke belakang bila tak stabil.. tu biasa dah terjadi.. kadang tu boleh lepas tangan pulak.. ishhh.. geram betul tengok budak kecit ni semakin ligat tau.. berani pulak tu.. kalau kat katil tu boleh acah2 kat hujung katil.. kita ni risau dia terjatuh, dia boleh sengih2 lagi tu.. haha


Balik Melaka aritu, Ayah Wan lepaskan Baby Faiz Mikail kat atas rumput kat halaman rumah bunda.. sebelum ni baby asyik tengok abang kakak main bola dan lari-lari jerk at laman tu.. kali ni bagi chance baby pulak main kat situ.. sesi perkenalan baby dengan rumput dan tanah.. bagi rasa lain sikit kannn..


First time baby pijak tanah dan rumput.. and surprisingly baby langsung tak takut dan tak geli.. dengan slamber jer baby merangkak ke sana sini.. Waahhhh.. geram pulak tengok baby tau.. rasa tajam-tajam rumput tu dia tak kesah pun.. tapi kena perhati jugak.. kalau ternampak batu or rumput yg besar dia nak masuk mulut jugak tu..


Tengok baby Faiz Mikail merangkak ke sana-sini dengan bebas dan happy, rasa seronok pulak. Takde rasa risau langsung. Alhamdulillah.. Faiz Mikail jenis yang berani.. tak takut rumput.. lepas ni boleh bawak pergi pantai pulak.. bagi pijak pasir pulak kan..


Dengan kucing pun baby berani pegang tau.. slamber dia jer picit kepala kucing tu.. ibu ni pulak yang risau takut kucing tu cakar dia.. dia siap kejar lagi kucing tu..  ada video baby kat ig story Dilah.. boleh tengok kat situ slamber baby merangkak sana sini..


Alhamdulillah.. Faiz Mikail anak yang sangat aktif.. mulut pun dah bising jer sekarang ni..  next time balik rumah bunda lagi mesti Faiz Mikail dah pandai berjalan.. mesti nak join abang-abang main bola nanti.. hihi..

6 comments:

  1. eee baby faiz ni geram nengoknyeee..cepat betul dia membesar ek! tak terasa da 9 bulan uiii..da 9 bulan lebih la saya join JDT Blogger ek...hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah aktifnya anak akak.. Berani pula pegang kucing. biasanya ada baby tek berani nak pegang lagi~

    ReplyDelete
  3. Vestnyee..dia dah pandaiii...bagus2..aktif aktiff..hahaa... Semoga terus sihat dan aktif tau dikk..kekekekee

    ReplyDelete
  4. Besar dah dia..
    Tak lama lagi dapat kaki siaplah omaknya mengejar heheheh

    ReplyDelete
  5. wahhhh.. terujanya mikail... dah besar dah dia...

    ReplyDelete
  6. Halah.. halah.. comelnya baby Faiz Mikail..

    ReplyDelete