Survey Harga Tiket Murah di Tripcarte
Survey harga tiket murah di Tripcarte | Assalamualaikum.. Cuti
Sekolah seminggu sempena Perayaan Tahun Baru Cina dah berlalu. Bulan Mac nanti
aka nada cuti sekolah lagi. Anak-anak Dilah dah sibuk bertanya nak ke mana cuti
sekolah nanti.. Maklum la, cuti minggu lepas tu hanya balik kampong Ayah Wan
dan kampong Dilah di Melaka sahaja. Tak dapat bawa anak-anak bercuti ke tempat
lain sebab Ayah Wan pun tak berapa sihat. So puas bermain dengan sepupu-sepupu
diorang jer la sepanjang di kampong.
So cuti sekolah akan datang Dilah
dah mula survey nak bawa anak-anak pergi bercuti. Kalau keadaan mengizinkan
boleh la kita tunaikan permintaan anak-anak nak berjalan kan.. Kat mana tempat
yang menarik untuk bawa anak-anak bercuti ye?? Dilah ada beberapa tempat
pilihan Dilah yang pastinya menjadi pilihan dan idaman anak-anak juga untuk
pergi ke tempat ini.. So Dilah survey la harga tiket dulu.. senang nak submit
proposal pada boss (Ayah Wan) nanti kan.. hehe..
Kali ni rasa macam nak bawa
anak-anak berjalan ke Kuala Lumpur pulak. Dah lama tak pergi rasanya.. so Dilah
dah cari beberapa tempat menarik yang sesuai dengan anak-anak Dilah. Kena bandingkan harga tiket jugak.. Maklum la
mak anak 4 kan.. kena la pandai-pandai buat belanjawan setiap kali nak pergi
bercuti kan.. haha.. Nak senang, Dilah check sahaja harga tiket di website Tripcarte.
Jom tengok wishlist tempat
menarik yang Dilah nak bawa anak-anak. Boleh tengok di website ini ye..
KidZania Kuala Lumpur
![]() |
KidZania Kuala Lumpur |
Siapa yang tak suka ke sini kan..
anak-anak dah lama teringin nak ke KidZania ni.. nak merasa macamana jadi Bomba
dan Pilot kate Abang Faris.. memang cita-cita dia tu.. Fattah Anas pun sama.
Cuma kakak masih belum tahu nak jadi apa bila dah besar nanti.. So kalau ke
sini, boleh la kakak dalami sendiri setiap pekerjaan yang ada.. mana tau dari
situ boleh nampak apa yang diminat nanti. Nak tahu harga KidZania
ticket boleh tengok di website Tripcarte jugak.
![]() |
KidZania Kuala Lumpur |
![]() |
KidZania Kuala Lumpur |
Harga Tiket
Dewasa RM45 RM38
Kanak-kanak (4 ~ 17 tahun) RM85
RM80.75
Kanak-kanak (2 ~ 3 tahun) RM41
RM38.95
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 2
tahun.
Kanak-kanak di bawah umur 8
tahun harus ditemani orang dewasa
Info lanjut :
Zoo Negara
![]() |
Zoo Negara |
Kanak-kanak dan haiwan memang
sukar dipisahkan.. Macam anak-anak Dilah ni suka sangat pergi zoo. Dilah ada
plan nak bawa anak-anak ke Zoo Negara. Teringin nak tengok panda bear tu.. ni
bukan anak-anak je nak tengok, ibu sekali teruja nak tengok tau.. Berapa harga tiket
Zoo Negara??
![]() |
Zoo Negara |
![]() |
Zoo Negara |
Harga Tiket
RM15.20 – RM78
Dewasa RM44 RM41
Kanak-kanak (3 ~ 12tahun) RM16
RM15.20
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 3
tahun.
Info lanjut :
Aquaria KLCC
![]() |
Aquaria KLCC |
Ni pun salah satu tempat dalam
wishlist Dilah untuk bawa anak-anak pergi bercuti. Mesti anak-anak teruja
tengok ikan-ikan atas kepala kan.. haha… Dilah pun tak pernah pergi lagi kat
Aquaria ni tau. Mesti riuh mulut anak-anak tengok shark atas kepala nanti..
haha.. Jom tengok harga tiket Aquaria
KLCC yang murah..
![]() |
Aquaria KLCC |
![]() |
Aquaria KLCC |
Harga Tiket
RM35– RM56
Dewasa (13 ~ 59 tahun) RM49
RM43
Kanak-kanak (3 ~ 12tahun) RM39
RM35.88
Senior citizen (13 ~ 59 tahun)
RM37 RM35
Info lanjut :
Bila dah survey awal-awal ni,
lebih senang nak buat perancangan dari segi bajet dan lain-lain lagi. Maklum
la, percutian ni kan dalam musim cuti sekolah. Kena fikir tempat penginapan,
kos tol – petrol dari JB lagi, kos tiket lagi. Semuanya melibatkan kos kan.. So
dah tahu harga, boleh submit proposal kat ‘Boss’ pulak.. hehe..
Korang pula plan nak bercuti ke
mana cuti sekolah akan datang? Jom survey-survey tempat best yang popular di
Malaysia ni di website Tripcarte ni.. korang pilih je destinasi utama then
nanti akan keluar list tempat-tempat menarik di negeri tu..
So tunggu apa lagi.. jom survey di
website tripcarte. Semuanya hanya di hujung jari anda..
menariknya kak..siap ada diskaun lagi tuu
ReplyDeletewah lagi murah eh harga dia
ReplyDeleteBaca blog Dilah ni..alamakkk lupa, belum jawab lagi email PR tu huhuhu
ReplyDeletewah..senang la ada aplikasi mcm ni..tak perlu nak google bagai dah..:)
ReplyDeletebagus ni! satu site untuk dapatkan tiket2 .
ReplyDeletekena tengok ni. penang nk dijengah nanti. bnyk tempat bertiket. hehehehhe
ReplyDeleteWah murah juga ye.. Boleh usha nanti dekat tripcate
ReplyDeleteUwhh kidzania namanya. Hehe.. ada tgk kt tv blakon kt location ni tp xtahu apa nama tempat. Tq awk.
ReplyDeleteWah.. harga tiket Aquaria dan Kidzania tu berbaloi nak beli..
ReplyDeletetak pernah tau pasal tripcarte ni..nanti akak nak tengok mana tau tiket² yang akak nak ada yang murah² tak
ReplyDelete