Tempat makan best di Pontian - Kedai Makan Pop Up Classic - Ceritera Ibu

Tempat makan best di Pontian - Kedai Makan Pop Up Classic



Tempat makan best di Pontian - Kedai Makan Pop Up Classic  | Assalamualaikum.. Ni cerita bulan Disember haritu.. baru perasan entry ni lupa nak publish.. haha..  Dilah sekeluarga ada pergi tempat makan best di Pontian. Yela, sesekali nak jugak pergi makan di luar kawasan kitorang.. asyik makan kat tempat yang sama boring jugak kan.. Pontian tu takdela jauh sangat dari Skudai.. Jalan straight jer pasti akan sampai Pontian.. memang sesekali kalau dah boring kitorang akan ke Pontian, boleh tengok laut kan..

So bila kat Pontian ni, biasa kitorag lepak tepi laut.. berdekatan dengan dataran Pontian yang ada mercu tanda Mahkota tu.. memang best lepak-lepak kat situ sambil layan anak-anak beriadah petang kat situ.. Ada playground dan ada juga peniaga-peniaga kecil yang jual makanan dan mainan..

Kedai Makan Top Pop Classic
Playground berhadapan dengan Kedai Makan Top Pop Classic

Tapi kalau korang nak makan makanan yang berat macam dinner tu, Dilah suggestkan korang makan di Kedai Makan TOP POP CLASSIC yang terletak di hujung kawasan riadah tu, bersebelahan dengan jeti dan juga taman permainan kanak-kanak.. Sesuai dengan namanya Top Pop Classic, tengok dekorasi kedai makan ni pun ala-ala klasik gitu.. 

Kedai Makan Top Pop Classic

Kedai Makan Top Pop Classic

Kedai Makan Top Pop Classic

Kedai Makan Top Pop Classic

Kedai Makan Top Pop Classic

Cantik kan tengok kedai makan ni.. Tengok konsep kayu klasik tu Nampak tenang jer.. lagi-lagi tepi laut, kena angin petang yg nyaman tu memang best sangat.. Lepak-lepak tepi laut sambil layan anak-anak main kat playground tu memang best.. Tu baru tengok konsep kedai, korang kena rasa jugak masakan yang sedap di kedai ni tau..

Menu special di Top Pop Classic
Antara menu yang terdapat di kedai makan ini, Ikan Asam pedas, Kari Kepala Ikan,ikan bakar dan banyak lagi.. Kalau korang nak tahu, ikan yang digunakan di kedai makan ni diperolehi dari laut Pontian. Ikan laut Pontian ni sangat terkenal di Singapore tau sebab ikannya yang segar-segar, tepi laut kan.. Orang Singapore ramai yang beli ikan dari laut Pontian ni tau.. Jom tengok menu yang Dilah dah makan haritu..

Siakap 3 Rasa Top Pop

Siakap Stim Limau

Pais Ikan Pari Tembakol
Menu special di sini Pais Ikan Pari Tembakol. Berbeza benar dengan ikan pais yang pernah Dilah makan sebelum ni tau.. rasanya memang sedap.. rasa fresh ikan tu terasa sangat..

Asam Pedas Ikan Siakap
Asam Pedas Ikan Siakap ni pun kira menu special di sini..Kalau kat tempat lain jarang ada menu asam pedas time malam kan.. tapi kat sini, asam pedas ni antara menu hot di sini..

Kailan Ikan Masin

Nasi Koret Koret Top Pop
Nasi Koret Koret Top Pop ni memang rare sangat. Namanya unik sangat kan.. Rasanya pun sedap sangat. Memang lain dari yang lain.. korang boleh cuba makan nasi koret koret ni tau.. Menu special juga di sini..

Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam penyet ni ok la bagi Dilah.. tapi kalau sambal tu pedas lagi, lagi menyengat.. haha

Nasi  Goreng Top Pop Special
Nasi Goreng Top Pop ni pun menu special  di sini.  Nasi goreng beserta telur mata, ayam goreng  dan keropok buat penambah selera.

Menu western - Grill Chicken Sos Black Pepper.
Kedai makan Top Pop Classic ini bukan sahaja menyediakan makanan melayu sahaja tetapi menu western pun ada tau.. Ni antara menu western yang terdapat di kedai makan ni, Crill Chicken dengan sos black pepper// Sedap jugak menu ni..

Amacam.. nampak menyelerakan tak menu-menu yang terdapat di sini? Sedap-sedap kan.. bila malam hari view tu lagi cantik tau... Subhanallah.. cantik sangat kan view waktu senja ni..

View di waktu senja.. credit pic to Mama Maszull
Oh ya.. kat sini ada tempat karaoke jugak tau.. so sambil-sambil makan tu boleh la sapa2 berkaraoke sekali.. nampak meriah dan cantik kan..

Ada tempat karaoke jugak tau..

View malam berwarna-warni cahaya lampu.. cantik kan..

So kalau korang kePontian tu boleh la singgah makan di Kedai Makan Top Pop Classic ni.. Tempat ni memang meriah tau, budak-budak pun takkan boring.

KEDAI MAKAN TOP POP CLASSIC
Tepian Muara Sungai Pontian,
Blok A, No 9, Jalan Dewan,
Terminal Bas Pontian Lama,
82000 Pontian Kechil,
Johor

Tel : 012-785 4243

Masa beroperasi:
5pm - 1am

Facebook :
 


3 comments:

  1. Ingat macam nak ajak Suami makan di sini esok..
    Tak esok pun, one day...suka suasana dia laaa...sejuk saujana memandang, lagi-lagi kalau perut sudah konyang hehehehe

    ReplyDelete
  2. nampak menarik gila kedai makan ni...bila agaknya nak ke sini

    ReplyDelete
  3. sukalah tengok view malam kat sini kan.Sambil makan,sambil tengok pantai, tempat pun tenang.Nanti kalau ke Pontian, nak suggest makan kat sini la

    ReplyDelete