4 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Lakukan Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah - Ceritera Ibu

4 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Lakukan Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah



4 Tempat Menarik Untuk Bawa Anak Lakukan Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah | Assalamaualaikum.. hai korang.. cuti sekolah dah bermula.. Korang dah ada plan ke nak bawa anak-anak ke mana cuti sekolah ni?? InsyaAllah, Dilah dah plan nak bawa anak-anak bercuti ke satu tempat yang best sangat.. Nak tahu ke mana?? InsyaAllah nanti Dilah akan update ye… hehe.. tapi kalau tak sabar nak tunggu Dilah update kat blog ni, korang tengok saje Dilah update di IG dan FB nanti ya..

Bila kata cuti sekolah ni tak semestinya kita perlu bawa anak-anak pergi bercuti tempat yang jauh-jauh kan.. Tak bermalam pun tak apa. Asalkan ada aktiviti yang menarik untuk anak-anak lakukan masa cuti sekolah. Tu pun dah buat anak-anak happy kan.. Bagi korang yang belum ada plan nak bawa anak-anak bercuti ke mana-mana, meh Dilah share beberapa tempat yang menarik untuk bawa anak-anak beriadah dan lakukan aktiviti yang menarik.

1) LOST WORLD OF TAMBUN


Dilah dah pernah ke Lost World of Tambun 3 tahun lepas. Tempat ni memang best sangat. Bukan hanya untuk kanak-kanak, tapi untuk ibubapa pun best juga. Mesti ramai yang ingat LOST ni ada taman tema air yang best sahaja kan. Tapi kalau korang nak tahu, ada banyak lagi tempat menarik di LWOT ni seperti petting zoo, Tiger Valley, Adventure Park dan banyak lagi. Masa Dilah pergi tu anak Dilah tak berapa sihat, jadi kami tak masuk waterpark pun kecuali kakak Diyana. So kami decide untuk jelajah ke tempat-tempat lain di dalam LWOT tu. Walaupun dah dapat mandi di waterpark tu tapi memang puas hati la dapat melawat zoo dan tempat-tempat yang lain tu dalam satu hari. Korang pun kena pergi jugak nanti tau..

Harga Tiket
RM58– RM80

Dewasa RM70  RM58
Kanak-kanak (3 ~ 12tahun)  RM66  RM58
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun.

Info lanjut :
https://tripcarte.asia/product/the-lost-world-of-tambun-perak/

2. FUNTOPIA COURTYARD



Dilah memang suka aktiviti lasak macam ni dan anak-anak pun nampaknya suka buat aktiviti macam ni.. maklum la anak-anak ramai lelaki kan.. So setakat aktiviti memanjat-manjat ni memang suka sangat la.. Kalau anak-anak korang pun jenis yang suka buat aktiviti lasak macam ni, boleh la bawa anak-anak ke Funtopia Courtyard Kuala Lumpur ni. Kalau dah pergi sekali mesti nak datang lagi nanti.. hehe


Harga Tiket
RM28.80– RM44

Children RM36 RM28.80 (Weekdays)
Children RM55  RM44 (Weekend)
Not recommended for children under 110 cm and below 15 kg.
Two (2) hours access to:
  • Fun Climb – 26 climbable walls
  • Jungle Ropes – Hanging Ropes Course
  • Magic Maze – Soft Play area
Info lanjut :

3. BERJAYA TIMES SQUARE INDOOR THEME PARK



Selain Funtopia Courtyard, kalau anak-anak suka melakukan aktiviti indoor games, korang juga boleh bawa anak-anak ke Berjaya Time Square Indoor Theme Park. Taman tema ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Fantasy Garden, Galaxy Station dan Function Venue. Setiap bahagian tu pula terdapat pelbagai jenis permainan yang menarik untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Harga Tiket
RM18– RM63

Adult RM55  RM49.50
Children (3 ~ 12tahun)  RM45  RM40.50
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun.

Info lanjut :


4. MUSEUM OF ILLUSIONS KL



Bagi korang yang suka bergambar, sekarang ni dah banyak tempat buat 3D art dan illusions. Rasanya setiap negeri dah ada tempat macam ni kan. Kalau korang ke Kuala Lumpur, boleh la cuba datang ke Musuem of Illusion ni yang terletak di Bukit Bintang. Dah ke sana nanti jangan lupa ambil gambar cantik-cantik untuk buat kenangan tau.. hehe..
 

Harga Tiket
RM20– RM86.40

Family Combo (2 Adult + 2 children) RM90  RM72
Adult RM35  RM28
Children (5 ~ 15tahun)  RM25  RM20
PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 5 tahun.

Info lanjut :

Dilah baru share 4 tempat yang best tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat lain yang best dalam Malaysia ni yang korang boleh bawa anak-anak semasa cuti sekolah nanti. Korang boleh survery di website Tripcarte.. Dalam website ni, korang boleh dapatkan harga tiket dengan harga yang lebih murah dari tempat lain tau..

So tunggu apa lagi.. Jom survey di website Tripcarte. Semuanya hanya di hujung jari anda..


12 comments:

  1. Bestnya.. Lau kat Sabah mostly ke Pulau, Pantai, gunung.. Kurg taman tema d'sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. kat sana tak banyak taman tema ye.. tp best la tempat kat sabah more to nature.. Dilah lagi suka..

      Delete
  2. Replies
    1. bestkan.. senang nak survey tiket murah..

      Delete
  3. time2 cuti sekolah ni memang anak2 buah dah siap demand mna nak pi. tapi makcik depa ni x balik kampung hehe so demand kat mak ayah depa jele.. usually time2 ni ada sale macam2. elokla bawa anak2 jalan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu siti.. time ni la banyak harga tiket offer kan.. patut grab time ni..

      Delete
  4. confirm anak² pasti suka kan dilah...teringin jugak nak bawak mereka ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak memang suka tempat yg ada aktiviti macam ni kak..

      Delete
  5. Waaa huntung anak-anak sekarang, banyak tempat boleh pergi kann...

    Baca juga : https://www.sislin76.com/2019/03/the-shore-ocenarium-melaka-daya-tarikan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. skrg ni banyak tempat yg best2 utk bawak anak berjalan2.. oceanarium tu pun best.. penah bawak diorang gi sana jugak..

      Delete
  6. mesti sesak ni tempat2 ni time cuti sekolah, masa yang baik untuk riadah sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. tp time ni la budak2 cuti sekolah kan.. dapat lah luangkan masa dengan anak-anak lebih sikit masa cuti sekolah ni..

      Delete