Neem Balm ZM Beauty - Daun Semambu Zaman Moden - Ceritera Ibu

Neem Balm ZM Beauty - Daun Semambu Zaman Moden


Neem Balm ZM Beauty - Daun Semambu Zaman Moden | Assalamualaikum.. Hai korang..  Korang kenal tak daun semambu?? Daun semambu ni biasanya digunakan bila anak terkena chicken pox. Anak korang pernah kena demam campak tak? Atau chicken pox? Anak-anak Dilah pernah kena 2 tahun lepas. Bersilih ganti berjangkit 3 beradik tu. Fattah Anas kena agak teruk sebab beserta demam panas. Banyak keluar biji-biji air tu, gatal-gatal tu teruk jugak la.. Bayangkan la time tu tengah pergi holiday, anak pulak tak sihat.. kitorang terus tak keluar ke mana-mana tau.. orang cakap mandikan dengan daun semambu, so merayau la ayah wan pergi cari daun semambu tu.. Dah la tak kenal kan.. buat tebal muka jer la bila jumpa pokok tu mintak sikit kat tuan rumah tu.. haha…



Tapi sekarang ni dah senang.. Dah ada Neem Balm dari ZM Beauty. Senang nak guna, senang nak bawa travel.  Tak payah nak cari-cari pokok semambu tu lagi.. kalau korang nak tahu orang melayu panggil pokok semambu tapi orang India panggil pokok neem.. Yes, ni kawan Dilah ni la yang bagitau. Dan mengikut kepercayaan orang India ni jugak daun neem ni sangat berkhasiat. Tu sebab kalau nak cari pokok neem ni, cari lah di kawasan rumah orang India, mesti jumpa punya..


Ok jom Dilah share sikit mengenai Neem Balm ZMBeauty ni.. Satu inovasi baru dari rawatan tradisional yang telah dimodenkan.. Sangat teruja nak menggunakan Neem Balm ni tau.. Dilah dah try guna neem balm ni pada baby masa baby Faiz Mikail kena gigit nyamuk aritu.. alhamdulillah.. lepas sapu tu memang tak nampak baby menggaru lagi kat tempat kena gigitan nyamuk tu..

Kakak Diyana pun dah pakai masa dia kena gatal-gatal kat pinggang  aritu.. biasa la, kalau pakai seluar ketat ke, nanti mesti berbekas kat pinggang tu, merah-merah dan kadang2 gatal. So Dilah suruh je la kakak sapu nipis-nipis kat tempat tu.. esoknya bila tanya dia gatal lagi tak lepas sapu neem balm tu? Dia kata dah tak gatal dah.. Alhamdulillah.. berkesan untuk anak-anak Dilah. Yang bestnya Neem Balm ni pun melembabkan kulit..

 

Apa itu NEEM BALM ZMBEAUTY?

Neem Balm adalah sejenis balm yang dihasilkan daripada daun neem, minyak zaitun dan lilin lebah dengan fungsi utama sebagai sapuan ‘magic’ untuk kulit.


Neem balm selamat untuk digunakan dan telah diuji dimakmal oleh PERMULAB SDN. BHD. dan telah mendapat kelulusan KKM NOT181101999K.

 

Fungsi Neem Balm

Neem balm berfungsi sebagai sapuan luaran untuk melegakan masalah seperti berikut:

  • Kulit Kering
  • Ruam Demam Campak
  • Gatal Kulit
  • Masalah Kulit Yang Ringan
  • Ruam lampin

Tarikh luput adalah 1 Tahun dari tarikh penutup dibuka

 

Harga Neem Balm

Dengan setiap pembelian Neem Balm dapat FREE Gift termometer dan casing.

Harga 1 set RM45/60g, dan korang juga akan mendapat 2 FREE GIFT yang cute sangat seperti berikut ;

  • Termometer Digital 10k unit yang pertama sahaja
  • Casing Khas beserta KeyChain ZMBeauty
Cantik kan casing Neem Balm ni..


Untuk maklumat lanjut dan pembelian, boleh layaran media sosial berikut;

Whatsapp : 601132484182



8 comments:

  1. Wah.. dah ada dalam bentuk balm pula.. Bagusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..skrg dah ada dlm bentuk balm.. senang nak bawa ke mana2..

      Delete
  2. Cantiknyaaaaaaaaaaa
    .
    .
    .
    .
    Blog orang ni..tiberr 😂😂

    Bagus neem balm ni, banyak kegunaannya dan bau nya pun nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan.. siapa la yg baik hati tolong tukar baju baru ni kan.. haha

      Delete
  3. Memang sangat bagus, kita yang dewasa ni pun guna memang berkesan sebab Sis pun dah guna..dan Neem tu juga Sis bagi Kim try untuk dia, sebab dia ada enzema.. moga bergunalah untuk Kim tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. yela.. neem balm ni pun katanya elok utk ezcema.. anak buah dilah pun ada ezcema.. boleh try jugak..

      Delete
  4. memang bagus kan neem balm ni..akak beli satu untuk simpan kat rumah,maklum ler anak dara tu allergik skit kulit dia.Kot kecemasan, boleh la sapu ni

    ReplyDelete