Pray for Pasir Gudang


Pray for Pasir Gudang | Assalamualaikum.. Ya Allah.. Sedihnya baca berita mengenai pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang. Akibat pentingkan diri sendiri, perbuatan mereka telah menyebabkan ramai budak-budak sekolah yang tidak bersalah menanggung kesakitan, muntah-muntah, loya, pening kepala, sesak napas sehingga ada yang masuk ICU. Doakan kepada semua penduduk di Pasir Gudang Johor agar dilindungi dari musibah kesan pencemaran bahan kimia. Paling terkesan bila ramai diantara mangsa adalah budak sekolah.. kesian sangat kan.. semoga anak-anak kita dilindungi dan semoga mangsa cepat sembuh..


Semalam, 9 buah sekolah telah ditutup. Dan info terkini, seluruh sekolah di kawasan Pasir Gudang telah diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu.

Jom sama-sama kita menyumbang untuk membeli topeng muka untuk diagihkan kepada mangsa dan penduduk disekitar kawasan Pasir Gudang.. sama-sama kita doakan semoga musibah akan dapat diatasi dengan segera. Dan berikan hukuman yang setimpalnya kepada pelaku yang membuat pencemaran tersebut..

#PrayforPasirGudang

Post a Comment

6 Comments

  1. Aaamiinn...Moga kami semua di lindungi Allah swt...

    ReplyDelete
  2. risau sangat-sangat..moga Allah lindungi kita semua..ameen ameen

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semua nya utk warga Pasir Gudang. Dan semoga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan yang setimpal.

    ReplyDelete
  4. tengok news kesiannya anak2 murid kat sana. kanak2 yang tak ngerti..
    ujian sungguh. semoga cepat reda..

    ReplyDelete