Temui Ikan Duyung @ Mermaid Alive Hanya di Sunway Lagoon - Ceritera Ibu

Temui Ikan Duyung @ Mermaid Alive Hanya di Sunway Lagoon



Temui Ikan Duyung Mermaid Alive Hanya di Sunway Lagoon   | Assalamualaikum.. Hai korang.. cuti sekolah ni korang bawa anak-anak bercuti ke mana? Cuti sekolah kali ni Dilah bawa anak-anak ke Sunway Lagoon tau..  Dah lama teringin nak bawa anak-anak ke sini, tapi baru kali ni Dilah berpeluang bawa anak-anak bercuti ke waterpark yang paling lama dan terbesar kat Malaysia ni. Kalau korang nak tahu, ni fisrt time Dilah dan anak-anak ke sini tau.. so, kami memang teruja habis la.. Dilah pulak saje tak nak bagitau anak-anak yang kitorang nak ke sini.. so memang surprise la untuk diorang ni.. hihi..

Bergambar di hadapan main entrance Sunway Lagoon.

Kitorang sampai di Sunway Lagoon pukul 10.15 pagi. Tapi pusing 3 round nak cari parking area yang dekat. Yela, dah kata first time kan, asyik la terlepas lorong yang nak masuk tu. Sabar jer la kan.. Anak-anak dah la tak sabar nak masuk dalam Sunway Lagoon tu. Lagi-lagi bila kakak nampak poster mermaid sepanjang jalan tu.. Dia asyik tanya jer, “Ibu, mermaid tu wujud ke ibu?” Kalau nak tahu wujud ke tak, kita tengok kat dalam nanti ya..  Tapi, sebelum masuk dalam, jom kita bergambar dulu.. takut dah keluar nanti tak sempat pulak nak bergambar kan.. hehe..



Bergambar di hadapan main entrance Sunway Lagoon.

Bila masuk kawasan theme park macam ni, perkara penting yang kita kena buat adalah plan kawasan mana yang kita nak pergi dahulu. Dan juga kena pandai baca peta.. bab baca peta ni kita bagi kat Kakak Diyana. Kitorang plan round tempat kering dahulu then baru terjah tempat basah.. haha.. 

Kakak Diyana yang rajin baca peta.

Macam Dilah cakap tadi, kitorang plan jalan-jalan kawasan kering dulu kan.. so Dilah pilih masuk ke Wildlife Park dulu. Budak-budak ni bila tengok haiwan memang seronok sangat. Memang suka betul pergi tempat-tempat yang ada haiwan ni tau.. Kat Wildlife Park ni ada banyak jenis haiwan seperti beruang, ular, white lion, harimau, pelbagai jenis burung seperti burung merak, parrot dan banyak lagi.. 

Fattah Anas tak sampai nak bergambar dekat beruang tu.. so kena la berdiri kat depan tu je.. haha

Hi.. I'm Suzy.. zzzzz
Banyak betul jenis ular-ular kat sini.. Kakak tanya ular ni hidup ke ibu? Ular paling besar ni dah diawetkan.. Tapi memang nampak real macam ular hidup.. ngeri sungguh tengok ular besar ni tau.. kalau sekali dia belit terus 'jalan' la kita kan.. huhu

Tengok kepala macam bentuk rabbit kan.. tapi ni bukan rabbit tau..

Parrot ni tak nak bercakap pun.. kata kakak..
Ada beberapa jenis burung yang dipamerkan di sini seperti parrot, burung merak dan banyak lagi.. tapi masa kitorang datang tu burung merak taknak kembangkan ekor yang cantik tu.. melepas peluang nak tengok ekor burung merak berkembang cantik..

Swashbuckling Pirates Show


Then kitorang pusing –pusing area Amusement Park tu. Sambil tunggu Swashbuckling Pirates Show.. Show start pukul 12 tghari, masa nak pergi Pirate’s Cove, kitorang jalan ikut belakang pirates tu.. Fattah Anas ni takut sikit tengok muka Pirates tu dengan bawak pedang lagi.. so bila ajak amik gambar sama-sama dia elak-elak.. abang jer berani ambil gambar bersama Pirate’s.


Pirates menari bersama kanak-kanak..

Lalu bawah tali..

Pukul 12pm, persembahan bermula.. Rancak tengok lanun-lanun tu semua menari.. Tapi bila abang dan kakak diajak menari oleh lanun tu takut dan segan-segan pulak dia.. haha.. persembahan terakhir tu ramai kanak-kanak yang join sekali.. enjoy betul diorang kan..

Happy Fattah Anas dapat naik 'kapal terbang' ni.. hehe


Amusement Park ni adalah kawasan permainan yang kering (dry park) dan juga sedikit permainan yang melibatkan air sikit-sikit.. Tempat ni anak-anak memang suka.. ada permainan Carousel (kuda terbang tu.. haha) dan macam-macam lagi. Lagi satu yg mcm kapal terbang tu (tapi bentuk burung sikit) Fattah Anas first time nak naik ni tau. Awalnya dia takut. Tapi sebab Abg Faris berani nak naik, dia pun nak ikut sekali. Alhamdulillah, bila dah naik tu dia tak cuak, happy lagi ada la.. tersenyum sepanjang masa dan lambai-lambai ibu ayah walaupun dia tak nampak kitorang.. haha

Ngeri betul tengok kapal ni terbalik macam ni..

Siapa pernah naik Pirate’s Revenge? Tengok kapal lanun tu berayun-ayun pun rasa kecut perut. Kapal tu betul-betul 90deg kat atas tu lagi la nak pitam rasanya.. Ngeri oiiii.. Rasa nak luruh jantung tau.. memang tak la Dilah nak naik games macam tu..

Mermaid Alive Show

Tempat wajib untuk bawa anak-anak mesti la tempat yang ada air kan.. Anak-anak la yang paling enjoy bila dapat mandi-manda di pool ni.. asyik tanya bila nak mandi ni ibu?? Waterpark dalam Sunway Lagoon ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pantai berpasir (Suft Beach), ada juga jenis pantai yang tak berpasir (Wave Pool), Little Zimbabwe dan beberapa jenis lagi.

Jadual pertunjukan Mermaid Alive dan lain-lain lagi..

Mermaid Alive Show diadakan di Wave Pool. Tepat pukul 1 tengahari, kitorang sampai di Wave Pool untuk melihat pertunjukan ikan duyong secara live. Anak-anak dah teruja tak sabar tu tau.. Bila persembahan mula, diorang dapat tengok dari jauh jer, tapi takpe, ibu dah siap2 record show tu.

Pertunjukan Mermaid Alive.

Di akhir persembahan, keenam-enam mermaid tu berenang ke tepi pantai. Hahhh..  time ni la anak-anak dapat tengok mermaid dengan lebih dekat.. Cantik kan ikan duyung ni.. dengan ekor dan make up mermaid tu, cantik sangat.. 

Bergambar bersama mermaid yang cantik..

Anak-anak pun tak melepaskan peluang bergambar bersama mermaid yang cantik tu.. nasib baik Ayah Wan duduk jauh sebab kena pegang baby. tu pun dia siap cakap, dia tunggu jer mermaid tu berdiri, tapi tak berdiri pun.. hmm.. amboi sangat kan.. nak tengok mermaid sebelah ni jadi hijau ke?? haha.. nasib baik kakak bijak, dia cakap macamana mermaid tu nak berdiri? dia kan takde kaki.. haha..

Make up ala mermaid..



Selain pertunjukan mermaid alive tu dalam air, korang jugak boleh try make up ala-ala gaya mermaid. Dilah tak lepaskan peluang untuk mencuba make gaya mermaid tu. Nak suruh kakak dia taknak, xpela, biar ibu yang make up ye.. haha.... kalau nak sewa  ekor mermaid tu pun boleh tau..

I'm a mermaid.. yeayyy!!

Selepas pertunjukan mermaid tu, alang-alang dah basah tu, anak-anak pun terus la mandi kolam.. dari mandi-manda di area Wave Pool, diorang pergi mandi area kanak-kanak di Little Zimbabwe pula.. then pergi area pantai berpasir pulak.. happy sangat dapat berendam banyak tempat.. haha



 

Banyak Kemudahan Asas di Sunway Lagoon

Apa yang Dilah suka sangat kat Sunway Lagoon ni, banyak kemudahan asas yang disediakan di sini seperti tandas, locker tempat simpan barang, nursing room, gerai makanan dan minuman, tempat duduk dan banyak lagi.

Chill Lah..

Antara minuman yg terdapat di Chill Lah..

Kalau korang pergi Sunway Lagoon ni, makanan memang tak boleh bawa masuk. tapi air kosong boleh bawak. Walaupun tak boleh bawa makanan masuk dalam ni tapi banyak gerai jual makanan di sini tau.. Restoren makanan segera pun banyak seperti Marrybrown, Subway, Burger King, Starbuck dan banyak lagi. Gerai-gerai jual air pun banyak seperti Chill Lah yang berada berdekatan dengan pintu keluar.

Gerai jual pelampung, make up mermaid dan tempat duduk berbumbung..

Keretapi juga ada disediakan untuk pengunjung.

Gerai-gerai jualan, nursing room dan sebelah kanan tu tandas.

Nursing room ni best sangat.
Dilah paling suka tandas dan tempat mandi di Sunway Lagoon ni best dan bersih sangat tau.. Selalu kalau pergi taman tema ni, bila dah ramai-ramai guna mesti kotor kan.. Kat sini walaupun dah ramai orang keluar masuk dan mandi, tetap bersih.. Kita pun selesa nak guna tandas kat situ.. Nursing roomnya pun best sangat dan selesa..

So korang yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana tu boleh la datang ke Sunway Lagoon ni. Boleh tengok Mermaid Alive Show, Swashbuckling Pirates Show dan banyak lagi persembahan menarik sepanjang cuti sekolah 23 hingga 31hb ni tau..  Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari website Sunway Lagoon tu ya..

https://sunwaylagoon.com/

5 comments:

  1. Bilalah nak gi ni ek...
    Tengah susun jadual tapi bulan 4 ni banyaknya laaaa program huhuhu

    ReplyDelete
  2. pernah jugak lalu sini, tapi tak pernah masuk dalam..mesti suka gila budak2 tu kannn

    ReplyDelete
  3. lawa mermaid2 tu semua. hehe.. btw yang diawet tu pergh besar gabaknya..
    seram haih tengok walaupun da awet..

    ReplyDelete
  4. Lama tak gi Sunway Lagoon nie.. Makin meriah..

    ReplyDelete