Buffet Ramadhan :: Selera Iftar di Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor - Ceritera Ibu

Buffet Ramadhan :: Selera Iftar di Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor


Buffet Ramadhan :: Selera Iftar di Le Grandeur Palm Resort, Senai | Assalamualaikum.. Tak sampai hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.. Bila bulan Ramadhan nanti, memang akan meriah dengan acara berbuka puasa beramai-ramai ala-ala gathering gitu.. Tapi kalau nak berbuka berdua atau dengan family sendiri pun tidak ada salahnya kan.



Pada Bulan Ramadhan kali ini, Le Grandeur Palm Resort menawarkan Pakej Buffet Ramadan Selera Iftar bermula 5 May hingga 3 June 2019. Bertempat di Restoren Ishwara, pelbagai menu masakan melayu tradisional seperti Gulai Kawah, nasi briyani, Sup Gear box, bubur lambuk dan pelbagai lagi juadah yang pasti akan membuat korang semua rambang mata. Iya, Chef Ravi akan menyediakan 150 menu juadah berbuka puasa yang akan di tukar-tukar pada setiap hari tau.

Buffet Ramadhan :: Selera Iftar di Le Grandeur Palm Resort, Senai             


Ayam Masak Merah

Asam Pedas

Rendang Daging
Menu masakan berat terdiri daripada masakan daging seperti rendang daging, pelbagai jenis masakan berasaskan ayam dan juga seafood. Semua sedap-sedap lagi-lagi asam pedas tu.. dari taknak makan pun (sebab dah makan macam2) jadi tertarik nak rasa. sekali rasa, memang sedap.. haha

Daging Salai Ambon

Ayam Panggang Serai

Bubur Lambuk
Selain itu terdapat juga gerai-gerai yang menyediakan menu seperti kambing bakar, satay, aneka mee seperti mee rebus, laksa, meehoon sup, sup gear box berempah tomato dan banyak lagi.. Rambang mata nak makan yang mana tau.. Sup gear box berempah tomato tu pun best.

Mee Rebus
Sup Gear Box Berempah Tomato
 Satay

Penggemar sate jangan lupa cuba makan sate di sini tau.. Sedap.. nasib baik dah banyak makan, kalau tak memang laju jer makan sate ni.. haha.. tapi kalau korang nak ambil, jangan ambil berlebihan tau sampai tak habis. Membazir itu kan amalan syaitoonnn.. haha


Aneka jenis mee

Gerai Sate

Gerai Sup

Beriani kambing golek.

Kalau korang suka makan ABC dan cendol, boleh dapatkan minuman ini di sebelah gerai sate.. buat la ABC sendiri, nak isi apa pun boleh.

Gerai ABC dan cendol

Ulam-ulaman dan sambal

Oh ya, tak dilupakan menu ulam-ulaman kegemaran masyarakat melayu. Turut disediakan beberapa jenis sambal untuk dinikmati bersama dengan ulaman. Memang penambah selera sungguh kan.. Bukan hanya ulaman, ikan kering dan keropok-keropok seperti papadom pun ada jugak tau.. haii.. memang boleh bertambah makan bila macam ni kan..


Pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman.
Tahu sumbat

Pencuci Mulut/Manisan

Bila buka puasa tak sah kalau tidak ada pencuci mulut ataupun manisan kan.. Di buffet ramdan ni terdapat pelbagai jenis kuih muih melayu, kek, puding, jeruk dan juga buah-buahan. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati, makan jangan sampai lupa diri pulak nanti,. hihi











Harga Buffet Ramadan Selera Iftar

Kalau korang nak tahu, harga pakej buffet Ramadan Selera Iftar ini hanya RM90 sahaja untuk dewasa dan RM65 untuk kanak-kanak.  Jika booking 10 orang korang akan dapat free lagi untuk seorang. Untuk makluman juga, setiap RM2 dari harga pakej ini akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan yang terpilih seperti anak yatim atau rumah orang-orang tua. Sambil makan sambil menderma..

 Selera Iftar
Ishwara Restaurant, Le Grandeur Hotel
5 Mei 2019 - 3 Jun 2019
6.30 ptg - 9 malam 
RM90 Dewasa RM65 Kanak-Kanak
* Setiap 10 orang Percuma 1 (9+1)
* Setiap tempahan RM2 akan didermakan



Untuk menempah atau maklumat lanjut boleh hubungi Le Grandeur Palm Resort sendiri. 

Le Grandeur Palm Resort Johor
Le Grandeur Palm Resort Johor
Jalan Persiaran Golf Off Jalan Jumbo
81250 Senai, Johor, Malaysia
Tel: (6 07) 599 6000
Fax: (6 07) 599 6301

6 comments:

  1. daging salai ambon tu sedapppp..saya suka!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dilah...sedapnya.tengok menu kat sini...

    ReplyDelete
  3. Uishhh tak menahan nengok gearbox semua tu..kemian seksi posing yerrr....ishh ishh ishhhh

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap menu2 nya.. terliur pulak..

    ReplyDelete
  5. Bila nak masuk bulan rmadhan ni semua makanan nampak sedap kan...

    ReplyDelete
  6. Meriah betul menu yang ditawarkan..

    ReplyDelete