Faiz Mikail Dah Setahun - Ceritera Ibu

Faiz Mikail Dah Setahun



Faiz Mikail Dah Setahun | Assalamualaikum.. Hari Isnin, 22 April yang lepas genap lah usia baby Faiz Mikail 1 tahun. Alhamdulillah.. Faiz Mikail membesar dengan sihat dan aktif sangat. Menjelang usia satu tahun ni, Dilah rasakan semakin manja pulak Faiz Mikail ni.. dah nampak sangat ciri-ciri anak bongsu tu.. hahaha (InsyaAllah.. ni la yang bongsu..)

Ya Allah.. sekejap jer rasanya dah setahun anak ibu ni.. teringat masa nak lahirkan baby last year.. tertunggu-tunggu ibu bila nak keluar si kecik ni.. satu-satunya anak Dilah yang overdue.. Boleh baca kisah kelahiran Faiz Mikail ni ye..

Day 1 - Faiz Mikail

 

Perkembangan Faiz Mikail

Dah ada 4 batang gigi
Setakat umur 1 tahun ni, Faiz Mikail baru ada 4 batang gigi sahaja.. Tu pun umur 10 bulan baru mula tumbuh 2 batang atas bawah dan diikuti sebulan lepas tu tambah lagi sepasang gigi atas dan bawah.. So sekarang ni habit dia memang mengasah gigi.. Asyik la nak mengeget jer kerjanya. Mangsa utama dah tentu la ibu dia ni.. Lepas tu kadang2 suka cium2 ibu kat muka tu.. mulut menganga ngap hidung / mulut / dagu ibu siap pakej gigit sekali… dan pastinya muka ibu penuh dengan ailio dia.. hahaha..

Belum Pandai Jalan
Bab berjalan ni Faiz Mikail lewat sikit. Kalau abg-abg dan kakak dia dulu, genap setahun mesti dah jalan.. Tapi Faiz Mikail ni baru start menapak sikit je.. berdiri lepas tangan tu dah lama dari masuk 11 bulan lagi.. cuma nak melangkah tu je dia tak nak.. takpela sayang.. kalau dah pandai jalan nanti mesti dah tak nak ibu dukung lagi.. kasi chance la yang bongsu ni manja lebih sikit.. haha
Manja Ibu..


Fully Breastfeeding
Alhamdulillah.. Faiz Mikail masih fully breastfeeding. walaupun susu cukup-cukup jer, kais pagi makan pagi.. ehhh.. pam arini untuk esok.. tu pun kadang tak cukup.. skrg ni minum susu 3 botol sehari je kat rumah babysitter.. memang sikit.. tu pun 1 botol hanya 3 oz jer Dilah isi.. kadang-kadang tu botol yang last tu masa balik masih penuh lagi walaupun babysitter dah panas kan tapi dia tak nak minum.. dia tau masa ibu dah nak balik, dah tak nak minum susu dah.. Dilah perasan baby ni lebih suka direct feeding.. memang kalau dah sampai rumah tu memang merenngek terus nak menyusu ngan ibu.. tp so far, walaupun baby jenis minum susu sikit di rumah babysitter tapi dia jenis nak minum air masak. so xdela Dilah risau sangat.

Jenis pemakan
Alhamdulillah, anak-anak Dilah semua jenis yang pemakan. Memang takde masalah picky eater langsung masa diorang kecik-kecik. Bagi apa jer semua dia nak, so kita la kena control apa yang dia boleh makan dan tak boleh. Disebabkan dia jenis yang pemakan, tiap2 hari Dilah bekalkan bubur utk 3x sehari dan jugak kudapan biskut/roti. Bubur tu pulak masak la bubur sama jenis je cuma tukar sikit2 je menu ayam/bilis + sayur carrot/kentang/keledek/brokoli. Tak lupa juga dilah biasa masukkan 3 biji kurma dan juga olive oil. tu je la bubur yg biasa Dilah buat. walaupun hampir sama setiap hari tapi so far baby lom bosan lagi.. senang sikit keje ibu.. haha

Muka ketat jer memanjang kalau amik gambar.. erkkk

Berat hanya 7kg++
Walaupun Faiz Mikail ni jenis yang pemakan tapi tubuhnya halus jer. Berat masa timbang setahun aritu hanya 7.26kg sahaja. Anak-anak Dilah semua memang jenis halus-halus macam ni.. ikut genetik Ayah Wan la tu kurus tinggi.. kalau tengok kat buku record baby tu memang dah nak masuk line merah.. tapi Dilah tak risau sangat sebab dah semua anak macam tu kan.. yang penting anak aktif dan nak makan.

Sekarang ni kalau amik gambar memang susah nak tengok Faiz Mikail senyum.. kena amik video baru nampak senyuman dia tau... semakin manja sangat sekarang ni..

Buat anak ibu Faiz Mikail bin Md Aswan..
Semoga Faiz Mikail menjadi anak yang soleh,
yang berbudi pekerti mulia dan taat pada perintah Allah.
Semoga adik membesar dengan sihat..
Sentiasa berada dalam rahmat Allah swt
dan berjaya di dunia dan akhirat.

Ibu, ayah, kakak diyana, abg faris dan abg fattah sayang sangat kat Faiz Mikail tau..


6 comments:

  1. Happy bday mikhail...dapat tengok perkembangan anak² ni rasa seronok pulak kan dilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak eda.. ye kak, walaupun anak berderet tp perkembangan setiap anak tu berbeza-beza kan.. tu yang tak sabar nak tengok perkembangan diorang ni..

      Delete
  2. Happy birthday Faiz...
    Semoga menjadi anak yang soleh didunia dan akhirat..Amin...

    ReplyDelete
  3. Mesti rasa sekejap je dia dh setahun kann.

    ReplyDelete
  4. epi belated birthday faiz mikail!

    gambar dia dalam baby wrap tu fotostat betul muka akak..hahaha

    ReplyDelete