Kisah Si Fattah Anas 'Ter'Paksa Botak Kepala
Kisah Si Fattah Anas 'Ter'Paksa Botak Kepala | Assalamualaikum. Fattah Anas dah botak??? Ya, si Fattah Anas tu dah botak dah sekarang ni.. Tak pernah terlintas nak botak kan kepala anak-anak. Anak-anak Dilah semua hanya pernah dicukur rambut sampai botak kepala pada usia 7 hari sahaja.. selepas tu just potong rambut sikit2 sahaja.
Kisahnya bermula pada hari Jumaat lepas. Malam tu Dilah plan nak bawak anak-anak pergi Big Bad Wolf dekat Mydin Mutiara Rini. So sebelum balik kerja tu Ayah Wan ada wassap bagitau dia dah suruh anak-anak mandi dan siap-siap. Ibu balik kerja dalam kul 8 malam nanti terus keluar. So OK lah kan.. takyah ibu nak bising-bising nanti. Ayah Wan dah uruskan semuanya.
Masa nak masuk kereta, ada mesej masuk dalam group whatsapp family. Dilah tak sempat nak download, cuma baca ayah wan tulis yg "Peringatan, jangan tinggalkan pisau cukur dalam tandas, ini yang akan terjadi.." ayat ni merujuk pada gambar yg dia hantar tu. Hati dah x sedap, masa benti kat traffic light, Dilah download la gambar tu.. sekali tengok gambar cheeky boy ibu ni tersengeh dengan rambut dah kokak kena cukur.. Allahu.. risau jugak kot ada luka ke, tapi bila tengok gambar dia tersengeh2 tu maknanya ok la tu..
Bila sampai rumah, tengok rupanya Ayah Wan dan cukur botak rambut tu sebelah kanan dan kiri.. Alahai.. ibu tengok buruk bebenor la rupa rambut fesyen macam tu.. kesian tengok rupa anak ibu macam tu.. Ibu cakap kat Ayah Wan, kalau macam ni lebih baik botak kan jer terus.. Ayah Wan pun setuju botak kan jer.. yang tuan punya badan ikut sahaja tanpa membantah.. Mujur la jugak kan.. Kalau kena kat abang Faris tu mau meraung dia tak nak botak.. haha
So Ayah Wan pun terus la cukur habis botak rambut Fattah Anas. Memang botak licin habis la budak ni.. memang rasa pelik tengok kepala dah botok.. tapi comel jugak.. haha.. nasib baik Fattah Anas pun rileks jer bila dibotakkan kepala dia.. tak meregek langsung.. tengok mmang happy jer.. Abang kakak pun suka mengusik dia botak.. Yang abg Faris kejap-kejap cium kepala botak Fattah.. comel pulak tengok gelagat diorang.. haha..
Alhamdulillah, ni genap seminggu, rambut pun dah naik.. Eh, dari hari kedua Dilah perasan rambut dah start tumbuh semula.. cepat jugak kan.. terbayang dulu anak-anak time baby lambat sungguh nak tumbuh rambut. kali ni cepat pulak tumbuhnya.. so raya nanti dah panjang la jugak agaknya rambut Fattah Anas tu nanti..
Ni la kisah Fattah Anas yang terpaksa dibotakkan kepalanya menjelang 4 hari sebelum masuk 4 tahun. Saje ibu nak simpan kat sini, nanti bila dah besar boleh ibu tunjuk kat dia ragam dia time kecik2 macamana.. haha..
![]() |
Comel tak saya dah botak kepala?? Haha |

Budak kalau dah makan nasi dan makan macam-macam, rambut cepat tumbuh Dilah, macam kita juga..kalau baby yee lambat hehehe..
ReplyDeleteTapi betullah, nasib baik dia okay..kalau kena anak lain ke mampos meraung hahahaha
aduhai, nasib tak lukaaaa
ReplyDeletecter akk ni buat nieyl teringat dkt kisah anak buah nieyl..sama la mcnie jugak, pandai² amek pencukur,di cukurnya rambut dia...dah last² nak tak nak kena botak juga hehehe..
ReplyDeletehehehe.. bahaya. nasib baik x luka.. tapi ustazah ejulz bagitau bagus botakkan selalu budak2.. supaya diorang jadi bijak.. Insyaallah..
ReplyDeletewalaupun botak, tetap handsome tau...hehehe
ReplyDeleteHaha terhibur pula mama baca alahai anak
ReplyDeleteAdoilah anak-anak.. Sikap ingin tahu dan mencuba tu memang.. Sama macam anak-anak dara shalah.. jumpa gunting, digunting nya rambut.. habis sompek sana sini.. hihihi.. Mujurlah handsome ye Fattah anas walaupun botak..
ReplyDelete