20 Idea Menu Pencuci Mulut untuk Berbuka Puasa
20 Idea Menu Pencuci Mulut untuk Berbuka Puasa | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dah masuk hari keempat kita semua berpuasa. Rasanya belum terlambat lagi untuk Dilah ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua.. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya..
Bila tiba bulan Ramadhan ni, kebanyakan ibu-ibu mula la buat senarai idea menu yang akan dihidangkan untuk berbuka puasa. Disamping menu utama seperti lauk-pauk, menu tambahan sebagai pencuci mulut juga atau manisan juga turut disediakan. Kalau nak mudah, beli sahaja di Bazar Ramadhan. Tapi kalau nak puas dan ahli keluarga yang ramai, lebih berbaloi jika buat sendiri kan..
Hari ini Dilah nak share 20 Idea menu berbuka puasa yang boleh dimasak sendiri. Resepi ini Dilah dah share lama di blog ni dan kali ni Dilah compile kan untuk mudah dirujuk. Hanya klik pada gambar atau klik link di bawahnya untuk dapatkan resepi menu tersebut ok.
1) Kuih Buah Melaka / Onde-onde
Kuih Buah Melaka ataupun Onde-onde antara menu favourite kitorang 1 family untuk berbuka. Biasa kalau beli di bazar RM2 dapat 5 biji. Tapi tak puas pulak makan kalau dah semua orang suka kan.. so boleh dikatakan setiap kali bulan ramadhan mesti ada buat at least sekali. Tak pun time berkumpul berbuka puasa ramai-ramai dengan family boleh jugak buat.
Resepi : Kuih Buah Melaka
Resepi : Kuih Buah Melaka
2) Risoles Ayam Berkeju
![]() |
Risoles Ayam Berkeju |
Resepi asal Risoles ayam ni sebenarnya lain sikit tau. Kulit risoles tu kena buat sendiri. Tapi resepi Risoles Ayam Berkeju yang Dilah buat ni lebih mudah. Gantikan sahaja kulit risoles tu dengan roti potong atau pun kulit popia. Senang kan.. Yang penting inti dia tu mesti sedap.
Resepi : Risoles Ayam Berkeju
Resepi : Risoles Ayam Berkeju
3) Roti Lapis Daging Berkeju
![]() |
Roti Lapis Daging Berkeju |
Makanan
yang ada cheese macam ni memang favourite Dilah. Menu ni diolah dari
lagsana. Orang panggil Roti Lapis Daging Berkeju ni 'Lagsana Melayu'
haha.. boleh la kan.. sebabnya caranya sama je macam nak buat lagsana tu
cuma kita ganti kulit lagsana dengan roti potong. Dapat makan sepotong
pun dah kenyang ni..
Resepi : Roti Lapis Dagign Berkeju
Resepi : Roti Lapis Dagign Berkeju
4) Puding Roti Noxxa
Bila
bulan puasa mesti ada juadah manis-manis buat pencuci mulut kan..
Lagi-lagi kalau sejuk-sejuk.. perghhh.. sedap rasa ditekak kan.. Puding
roti ni pun antaraa juadah buka puasa yang popular. Siapa ada periuk
noxxa di rumah?? Korang boleh try buat Puding Roti guna periuk noxxa tu
ye.. senang jer..
Resepi : Puding Roti Noxxa
Resepi : Puding Roti Noxxa
5) Puding Cream Cracker
![]() |
Puding Cream Cracker |
Ni
lagi satu resepi puding yang best. Bahan pun senang jer.. boleh la try
buat Puding Cream Cracker ni untuk berbuka petang ni ya..
Resepi : Puding Cream Cracker
Resepi : Puding Kacang Merah
Resepi : Bubur Pulut Hitam Noxxa
Resepi : Cheesekut
Resepi : Kek Batik
Resepi : Puding Cream Cracker
6) Puding Kacang Merah
Puding Kacang Merah |
Puding
kacang Merah ni jarang kita jumpa kan. Tapi serius, sedap tau. 1st time
Dilah rasa masa bunda buat dulu.. rasa sedap sangat. mudah pulak tu.
cuma korang perlu beli jem kacang merah tu je la. tu bahan utama dia..
Resepi : Puding Kacang Merah
7) Bubur Pulut Hitam
![]() | |
Bubur Pulut Hitam |
Bubur
pulut hitam ni pun kegemaran kitorg sekeluarga. Boleh dimakan suam-suam
atau pun sejuk-sejuk.. Kalau ada lebih, boleh simpan dalam peti ais.
boleh makan bila sejuk nanti. Style Dilah tak suka kuar tu cair sangat.
So korang boleh adjust kepekatan ikut kesukaan korang ya..
Resepi : Bubur Pulut Hitam Noxxa
8) Bubur Pengat Pisang Cha Cha
![]() |
Bubur Pengat Pisang Cha Cha |
Ramai
rasanya yang suka makan pengat pisang ni kan.. tapi biasanya orang buat
pengat pisang ngan biji sagu. boleh jugak. tapi Dilah pernah buat letak
cha cha.. buat sendiri tau bukan beli tepung cha cha tu.. Pengat pisang
ni memang kegemaran Ayah Wan..
Resepi : Bubur Pengat Pisang Cha Cha
9) Cheesekut
![]() |
Cheesekut |
Ok
masuk jenis kek pulak. Cheesekut ni pun pernah viral satu masa dulu.
Sebab cara membuatnya yang senang tanpa perlu dibakar membuatkan ramai
yang mencuba buat cheesekut ni. Biskut tu pulak korang boleh tukar juga
dengan biskut lain. Tu yang best resepi ni, ikut bahan apa yang kita
ada. Jangan risau, sure jadi punya.. Resepi mudah dan sedap sangat..
makan sejuk-sejuk memang layannnn...
Resepi : Cheesekut
10) Kek Batik
![]() |
Kek Batik |
Kek Batik ni antara jenis kek yang paling senang dibuat
sebab tak perlu bakar. Dari zaman Dilah kecik-kecik dulu dah wujud kek batik
ni. cuma zaman sekarang ni dah ramai yang olah dengan meletakkan macam-macam
jenis topping di atasnya. Tapi basic kek batik tu tetap sama.. Kalau korang nak
tahu, resepi kek batik Dilah ni paling ramai orang cari tau.. dah hampir 3 juta
view utk resepi ni dan ramai yang dah cuba kata sedap guna resepi ni.. So,
korang pun harus la cuba ya..
11) Sosej Cheese Roll Bersalut Nestum
![]() |
Sosej Cheese Roll bersalut Nestum |
Ini juga antara menu favourite anak-anak. Asaal ada sosej semua anak-anak suka. Kalau ibunya dah tentu la yang ada cheese lebih menggoda.. dan lebih menggemuk kan.. haha.
Resepi Sosej Cheese Roll Bersalut Nestum.
Resepi Sosej Cheese Roll Bersalut Nestum.
12) Murtabak Maggi
![]() |
Murtabak Maggi |
Pernah makan murtabak maggi? Kalau korang suka kelainan dan menu yang sangat mudah dibuat, korang boleh try buat Murtabak Megi ni..sangat senang tau..
Resepi : Murtabak Maggi
Resepi : Murtabak Maggi
13) Cempedak Goreng
![]() |
Cempedak goreng |
Ada
penggemar cempedak goreng tak?? Siapa yang tak suka makan cempedak
goreng memang rugi.. haha.. tapi kena pandai jugak buat adunan untuk
tepung tu, baru lah cempedak goreng yang dihasilkan tu rasa sedap,
chrunchy2 diluar..
Resepi : Cempedak Goreng
Resepi : Cempedak Goreng
14) Jemput-jemput Ayam
![]() |
Jemput-jemput Ayam |
Jemput-jemput sesuai dimakan diwaktu pagi. Tapi bagi kitorang, pagi ke, petang atau dinner boleh jer makan jemput-jemput. Asyik makan nasi boring jugak kan.. Kalau buat sepinggan tak cukup ni.. Tapi kalau buat menu tambahan untuk berbuka, cukup kot sepinggan tu.. haha
Resepi : Jemput-jemput Ayam
Resepi : Jemput-jemput Ayam
15) Jemput-jemput Udang
![]() |
Jemput-jemput Udang |
Selain jemput-jemput ayam, jemput-jemput udang ni antara yang selalu Dilah buat. Biasanya orang buat cucur udang kan.. tapi Dilah tukar buat jemput-jemput udang. Rasa manis udang tu buat jemput-jemput tu rasa sedap lain macam tau.. Dilah buang kulit udang tu terus, senang anak-anak nak makan..
Resepi : Jemput-jemput Udang
Resepi : Jemput-jemput Udang
16) Jemput-jemput Labu
![]() |
Jemput-jemput Labu |
Korang pernah buat jemput-jemput labu? Kalau korang suka makan labu, boleh try buat jemput-jemput labu ni.. Bahan pun sikit jer.. tengok macam kosong tapi raasa manis labu tu buat jemput-jemput ni rasa sedap tau..
Resepi : Jemput-jemput Labu
Resepi : Jemput-jemput Labu
17) Apam Coklat
![]() |
Apam coklat |
Apam coklat ni pun kegemaran anak-anak. Kalau beli kat bazar ni 5 ketul RM2. Tapi mana cukup 5 ketul tu untuk 3 beradik kan.. kalau makan mesti berulang-ulang. So nak senang buat je la sendiri, dapat banyak dan puas hati makan.. haha
Resepi : Apam Coklat
18) Puding Milo Lapis Oreo

Puding Milo Lapis Oreo

Puding Milo Lapis Oreo ni pun pernah viral satu masa dulu. Sedap dan senang.. Makan sejuk-sejuk memang sedap. So pastikan korang buat awal sikit supaya sempat nak simpan dalam peti sejuk tau.
19) Begedil Daging
![]() |
Begedil Daging |
Begedil daging ni memang kesukaan Dilah. Selain makan dengan nasi atau soto, begedil ni juga boleh dimakan begitu sahaja. Kalau kat kedai ni biasa jual seketul paling kurang RM1. tapi kentang jer lebih, isi ayam atau daging sikit. So kalau buat sendiri bole la isi lebih ayam/daging tu. Skrg ni pulak dah popular dengan tahu begedil. Korang boleh juga ikut resepi ni utk begedil tu dan follow next step sumbat dalam tahu dan goreng.. mudah jer kan..
Resepi : Begedil Daging
20) Wajik Durian
![]() |
Wajik Durian |
Ada
ke orang makan wajik time buka puasa?? Ada jer lagi-lagi dah
dekat-dekat nak raya nanti.. nak amik feel hari raya gitu.. nanti bila
dah raya boleh buat lagi.. korang yang ada periuk noxxa tu kena cuba
buat wajik ni tau.. senang sangat rupanya..
Resepi : Wajik Durian
Tu dia 20 idea menu berbuka untuk korang semua. Pilih sahaja nak jenis kuih muih ke, bubur ke, puding ke, kek ke.. semua ada.. Boleh la list kan nak masak hari apa.. Resepi ni semua pernah Dilah share di blog ni sejak tahun 2013 lagi. So Dilah compile kan supaya senang nak rujuk nanti..
Kalau Dilah time weekend jer la sempat buat pencuci mulut ni.. sebab Dilah bekerja kan, kelam kabut amik anak-anak balik sekolah dengan nak hadap jalan jammed lagi.. So, dah ada idea tak nak buat pencuci mulut apa untuk berbuka nanti?
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa petang nanti..
Kalau Dilah time weekend jer la sempat buat pencuci mulut ni.. sebab Dilah bekerja kan, kelam kabut amik anak-anak balik sekolah dengan nak hadap jalan jammed lagi.. So, dah ada idea tak nak buat pencuci mulut apa untuk berbuka nanti?
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa petang nanti..
dessert mmg wajib ada klau berbuka.. selalunya beli tapi skrg liez jarang beli kuih muih sbb masing2 nak jaga makan..
ReplyDeletekan liez.. kuih wajib ada sekurang2nya 1 jenis.
Deletebanyak nya makanan sedap sedap bulan puasa plak tu hehe (^_^)
ReplyDeleteok...bookmark..senang nanti nak buat kuih untuk berbuka puasa
ReplyDeleteBelum ada kesempatan nak buat pencuci mulut di rumah. Tekak macam nak makan puding sago ni...
ReplyDeletethis is bad. i want it all pleaseee
ReplyDeleteselalu berbuka dgn family makan donut je haha
ReplyDeleteIdea menarik... Lagi² bergedil. Cumanya takde masa lagi nak membuat. Hehe...
ReplyDeletethanks bagi option..pening jgk nk cari menu nie..hehe
ReplyDelete