'Bufet Ala Bazar 28 Hari' hanya di Pulai Spring Resort - Ceritera Ibu

'Bufet Ala Bazar 28 Hari' hanya di Pulai Spring Resort



Bufet Ala Bazar 28 Hari hanya di Pulai Spring Resort | Assalamualaikum.. Hai korang.. bulan Ramadhan tinggal 2 hari je lagi.. Korang dah survey ke nak pergi berbuka puasa kat mana nanti?? Tahun ni semakin banyak hotel-hotel dan resort buat pakej buffet Ramadhan kan.. kali ni Dilah nak share dengan korang, pakej Buffet Ramadhan di Pulai Spring Resort. Resort ni betul-betul depan taman Dilah je.. haha.. dekat sangat kan.. Ok..jom kita tengok apa yang menarik.

Bufet Ala Bazar 28 Hari


Bufet Ramadhan di Pulai Spring Resort ini akan bermula 7 May hingga 3 June 2019 dengan berkonsepkan ‘Bufet Ala Bazar 28 Hari’. Kalau dah konsep bazar tu mesti la ala-ala macam kat bazar Ramadhan yang selalu kita pergi tu kan.. Hahhh.. memang gitu la konsepnya.. So bazar ini akan diadakan selama 28 hari.. Ada lebing kurang 10 gerai yang menyediakan lebih 150 jenis menu masakan tempatan dan juga antarabangsa.. Antaranya hidangan pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut, hidangan yang pedas dan panas serta minuman panas dan sejuk.

Masakan Tempatan


Jika di Ayer Itam popular dengan Kari Kambing 40 Hari tapi di Pulai Spring Resort ada Kari Kambing 28 Hari.. ia dihidangkan bersama nasi, raita dan papadom, kuah kacang dhal dan sos pudina, Ayam Masak  Merah Orang Kahwin, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Stim ala Nonya, Kupang Masak Lada Hitam, Chilli Prawan, Lemak Nangka Daun Selasih, Sambal Ikan Bilis Terung Pipit serta Sup Tulang Merah dan sup Gear Box. Teringat-ingat daging salai masak lemak cilia pi tu, sedap sangat.. sup tulang merah tu pun best.. ehhh semua sedap2 la..
 


Kalau dah makan nasi tu, jangan dilupakan ulam-ulaman buat penambah selera. Pelbagai jenis ulam-ulaman dan kerabu disediakan di sini. Pilih sahaja nak makan apa, semua ada. Ikan kering juga boleh menaikkan selera.
 



Masak Secara Live

Bufet Ala Bazar 28 Hari ini juga turut menawarkan masakan panas-panas yang dimasak secara live. Antara makanan yang tengah popular sekarang ni adalah oden. Korang boleh menikmati oden dari gerai Oden ala Pulai. Pilih la makanan sejuk beku apa yang korang nak dan mereka akan sediakan untuk korang.
 



Ada penggemar asam pedas ataupun mask lemak cili api di sini??Hah, korang boleh pilih sendiri nak makan ikan  apa.. Terdapat pelbagai jenis ikan yang segar-segar. Korang pilih je nak ikan apa, nanti mereka akan masakkan asam pedas/masak lemak cili api live untuk korang.. 



Kalau nak mee kolok Sarawak pun, korang order baru mereka sediakan..1st time nampak orang buat mee kolok.. macam buat kerabu maggi rupanya.. haha

Masakan BBQ


Nak makan jenis masakan BBQ?? Jangan risau, barbeku pun ada jugak..  Kambing golek, ayam tandoori, caru sumbat, sosej teriyaki dan macam-macam lagi. Hidangan ini dihidangkan bersama pilihan sos seperti rosmery sos, sambal tumis, mint sauce dan air asam jawa. 



Penggemar sate jangan lepaskan peluang menikmati sate ayam dan daging yang sedap.. Kuah kacang dia pun mantap jugak..


Makanan Pencuci Mulut

Bila buka puasa, tak lengkap rasanya kalau tak makan makanan pencuci mulut dan manisan kan.. Mesti nak masak atau beli seringgit dua jenis kuih muih atau bubur kan.. So korang jangan risau, di sini ada pelbagai jenis menu pencuci mulut seperti kuih muih, aneka jenis kek dan buah-buahan.





Siapa suka serawa durian? Pengat pisang? Time bulan puasa memang best makan bubur2 ni tau.. kadang-kadang time lepas terawih tu ada moreh pengat pisang pun best.. kalau serawa durian tu lagi la best.. Ya, semuanya ada di sini.. sedap oii serawa durian tu.. telan ailio pulak bila teringat balik.. 


Pengat Pisang

Serawa Durian
Nak minum coconut shake?? Cendol? ABC? Takde hal la.. semuanya ada la korang.. tak yah pegi jauh-jauh sampai ke klebang nak minum coconut shake.. haha.. biasa la, time bulan puasa ni la semua mengidam nak makan itu ini kan.. 



Banyak kan menu  hidangan di Bufet Ala Bazar 28 Hari ni.. korang cakap jer nak makan apa semua ada.. makan la banyak mana nak, janji perut korang muat.. haha.. yang penting ambil ikut kemampuan nak makan, jangan sampai membazir ok.. 

Harga Pakej Bufet Ala Bazar 28 Hari


Dah tengok menu yang disediakan, meh tengok harga pulak. Kalau korang beli 10 pakej  untuk dewasa, korang akan dapat 1 pakej free..

Normal price :
Dewasa - RM99
Kanak-kanak RM49

Beli 10 Percuma 1


Untuk keterangan lanjut dan tempahan;

Hubungi;
07-521 2121

Whatsapp
017-745 5776

Email:

Untuk tempahan secara korporat/berkumpulan;
07-555 4845
(Pegawai Pemasaran)




Akhir kata, Selamat Menjalani Ibadat Puasa buat semua pembaca blog Dilah. Mudah-mudahan kita semua dapat melakukan ibadah puasa ini dengan sempurna. Lebihkan amalan ibadah kita sepanjang bulan ini ya..

3 comments:

  1. ya allah, berselera nya tengok semua menu makanan tu ^_^

    ReplyDelete
  2. skrg nmpk biasa je but bila time puasa nnt semua nmpk tersangatlah sedap

    ReplyDelete