Celebrate April and May birthday’s di Al-Mizan Satay House


Celebrate April and May birthday’s di Al-Mizan Satay House | Assalamualaikum.. 2 hari sebelum kedatangan bulan Ramadhan hari itu, Family Ayah Wan berkumpul dan makan-makan adik-beradik. Kebetulan juga awal bulan Mei ni birthday anak kaklong, so dia nak celebrate sekali dengan mak mentua Dilah yang birthdaynya pada 29 April yang lepas. Dilah pun celebrate la sekali birthday baby Faiz Mikail yg pertama dengan mereka. Masa birthday Mikail hari tu memang belum ada sambut apa-apa pun. Kita raikan la birthday boy April dan May semua.. Meriah la sikit kan..


Kitorang celebrate di Al-Mizan Satay House, Bandar Baru Uda. Al-Miza Satay House ni ada banyak cawangan rupanya. Dilah pun baru tahu.. Kami datang dalam kul 5.30 ptg, so orang pun tak ramai lagi. Orang ramai pergi shopping area Jakel tu.. sana jalan jem masa tu. Suka tengok dekorasi restoren ni.


Tempat makan bersih, pekerja pun ramai. Yang lagi best sebab ada tempat mainan untuk kanak-kanak. Kawasannya pulak bertutup sikit, so boleh la anak-anak melepak main di situ sementara menunggu makanan sampai..


Selain sate sebagai main menu, banyak jugak menu lain yang menarik hati.. Jom tengok makanan yang kami order hari tu.. Sate tu ada pakej2 atau pun boleh order single.

Sate Al Mizan

Char keuh teow

Hot Plate Kueh teow

Mee bandung

yg ni tak ingat apa, adik ipar yg order.
 Selesai makan-makan, baru la potong kek.. Mula-mula acah-acah potong kek utk Ahmad. Ahmad ni suka sangat memancing macam ayah dia.


So kaklong order cupcake mermaid utk Ahmad. Lepas tu baru Faiz Mikail pulak acah-acah potong kek jugak.. Dilah order kek choc moist dgn simple deko. Ni pun sebab last minute order.. Nasib baik baker tu nak accept order Dilah..

Ibu terlebih excited anak 1st time acah nak potong kek birthday.. haha

Happy Birthday Faiz Mikail
Lepas tu utk belated birthday yg lain juga, mak mertua Dilah pada 29 April, biras Dilah 27 April dan birthday girl hari tu, adik ipar Dilah pada 4 Mei. Semua acah-acah potong kek Faiz Mikail je la.. tak beli kek lain takut tak termakan pulak nanti..


Then, bagi hadiah pulak.. Mak Mertua Dilah ni peminat bunga orked. Sejak hujung tahun lepas, Ma mula mengumpul pokok orkid.. So kitorang adik beradik bagi hadiah pokok orkid pada Ma.. tapi kali ni bagi pokok orkid plastik je supaya boleh letak dalam rumah.. hahaha.. koleksi pokok orkid hidup semua kat luar rumah kan.. so kira special la sikit yg plastik ni dapat duk dalam rumah.. haha..

Tok Ma dan Kak Long bersama pokok orkidnya..
Ibu on behalf  Faiz Mikail.
 Sebelum balik, jom la kita bergambar beramai-ramai.. Gigih nak bagi muat semua dalam camera. Terima kasih pada pekerja di situ yang banyak membantu kitorang..

Rare sangat dapat ambil gambar budak kecik ni tengah senyum..

Zabiha's Family.
Sepanjang bulan puasa ni, Al-Mizan Satay House ada buat buffet Ramadhan untuk berbuka puasa juga.. kalau korang nak rasa sate yang sedap tu, boleh la ke sana ya.. Apa menunya Dilah tak pasti, kena contact sendiri Al-Mizan Satay House tu untuk detail.




Post a Comment

3 Comments

  1. kena skroll laju2 sebab semua menu makanan sedap mata memandang. hahahaha

    ReplyDelete
  2. meriahhh...belum pernah pergi lagi satay al mizan ni..duk nampak kak seri pergi, dak ain pun sebut-sebut kalo lalu depan kedai dia..hahaha

    ReplyDelete
  3. nanti nak try makan kat sini.. nak try mee bandung kat sini

    ReplyDelete