Kacak Bergaya dengan Kurta KACAX - Ceritera Ibu

Kacak Bergaya dengan Kurta KACAX



Kacak Bergaya denga Kurta KACAX  | Assalamualaikum.. hai korang, lagi beberapa hari je dah nak masuk bulan Ramadhan kan.. Ada ke yang dah mula shopping baju raya? Dilah ni biasa memang suka buat persediaan awal. Maklum la, mak anak ramai kan.. Kena la buat persiapan awal, beli sikit-sikit takde la terasa sangat kan. Lagi 1, tak sanggup la nak berasak-asak dengan orang ramai sebab nak memilih baju lagi2 masa bulan puasa kan. Dengan anak Dilah yang boboiboy kuasa 3 tu.. fuhhh.. pitam nak layan diorang berlari-lari time kita nak memilih baju nanti..

Apa tema raya korang tahun ni?? Actually tahun ni Dilah belum ada tema lagi untuk 1st hari raya.. 1st time rasanya takde tetapkan tema untuk raya. Sebab Dilah plan nak recycle jer baju Melayu Ayah Wan tu.. so tinggal beli baju anak-anak jer nanti.. Tapi bila la nak pergi cari baju melayu bujang berdua tu kan. Ada jugak pergi pesta KONVO UTM minggu lepas. Konon nak mencari tapi, alahai.. dah berkejaran pulak 2 beradik tu.. terus hilang mood ibu nak survey baju bila Ayah Wan dah menjeling.. 



Masa kena jeling tu, sempat jugak la Dilah pegang-pegang baju kurta untuk budak-budak aritu.. haha.. cantik jugak kalau budak2 tu pakai kurta.. Bila dah balik rumah, Dilah cakap ngan ayah wan, tahun ni pakai kurta jer la.. tak yah pakai baju melayu.. Dia cakap boleh jugak kot.. Pakai dengan seluar hitam.. mesti cantik.. Ok onzz.. Jom mulakan misi mencari kurta. Yang pasti, tak nak cari kat pesta Konvo.. tak sanggup nak berasak ramai2 celah2 kedai tu..


Survey punya survey, last year ramai kawan-kawan Dilah yang beli Kurta dari Butik KACAX. Bila tengok design kurta di Butik Kacax tu nampak smart jugak.. Banyak pilihan warna yang cantik-cantik pulak tu.. So malam Selasa lepas, kitorang terus ke Plaza Angsana. Butik Kacax tu terletak di tingkat 3 Plaza Angsana berdekatan escalator bahagian hujung tu (bawah pusat bowling).

Pelbagai pilihan warna kurta dan design kurta.


Masa mula-mula masuk tu dah wowww… Bila tengok kurta yang tergantung tu nampak lagi cantik pulak bila tengok depan-depan. Bukan sekadar cantik tau, bila Dilah pegang baju tu dan rasa kainnya pun sedap dan berkualiti tinggi.

Design kurta moden



Kebetulan owner butik tu ada masa tu, sempat la Dilah berborak-borak dengan Puan Jamilah, isteri kepada owner tu. Katanya, dari pemilihan jenis kain, design baju dan pemilihan warna semua dibuat sendiri oleh pemilik butik KACAX tu.. Maknanya mereka bukan la beli baju yang dah siap, kemudian baru letak jenama sendiri dan pasarkan. Tetapi mereka buat dari A to Z. Mereka amat mementingkan keselesaan si pemakai itu sendiri.

Design Kurta KACAX








Lebih menarik lagi, terdapat beberapa design kurta yang turut dibuat untuk size kanak-kanak. So kalau nak sedondon ayah dan anak bujang tu memang sesuai sangat la.. Boleh la pakai baju kurta sama-sama nanti.. Alahai. tak sabar pulak nak tengok anak beranak ni sedondon.. haha.. 




Tapi kan, Dilah masih confuse nak beli warna apa.. Sebab warna semua cantik-cantik tau.. Nak amik design yang ni, tapi nak warna yang tu pulakk.. haiii, rambang mata tau.. tu yang Ayah Wan terpaksa try beberapa helai baju kurta tu.. nasib la kena jadi model kejap kan.. haha.. 


Kalau korang nak tahu, Ayah Wan ni jenis susah jugak nak cari baju tau, sebab jenis kurus tinggi kan.. kalau ambil size kecik nanti nampak senteng pulak.. Tapi bila dah try kurta KACAX ni nampak elok pulak. tu yang walaupun rambang mata, dapat jugak la grab sehelai kurta untuk ayah wan.. Untuk anak-anak nanti kita datang lagi sekali ye, sebab masa tu stok baju kurta kanak-kanak lom sampai lagi.. 


Selain kurta plain, terdapat juga pilihan kemeja bercorak di butik ini.. cantik-cantik design kemeja ni.. yang bestnya, boleh pakai baju sedondon dengan anak-anak tau. Dilah memang suka la tengok design baju kurta moden dan kemeja di butik ni. Agak-agak korang la kan design yang mana kurta pilihan Ayah Wan??




Staff butik Kacax yang mesra melayan customer.

Contest BUY & FLY

Bermula 1 April - 15 Julai 2019, butik Kacax ada buat contest tau. Sekiranya korang berbelanja lebih RM100 di butik KACAX atau Busana JAMILAH, korang boleh menyertai peraduan BUY & FLY dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke 3 destinasi percutian di Guangzhou, Ho Chin Min dan juga Jakarta.

  
Lepas beli, isi borang dan masukkan ke dalam kotak peraduan yang diletakkan di atas meja kaunter. Mudah sahaja kan..  Korang boleh beli sama ada di Butik Kacax (butik pakaian lelaki) mahupun di Busana Jamilah (Butik pakaian wanita).

Bersama Puan Jamilah, isteri owner Butik Kacax

Promo Code

Kalau korang nak beli kurta cantik macam Ayah Wan ni boleh terus ke butik Kacax sendiri atau pun boleh beli secara online dengan whatsapp nombor di bawah..  Berita baik untuk semua pembaca blog Dilah, korang boleh dapatkan diskaun 20% untuk setiap pembelian pakaian di Butik Kacax. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu screenshoot promo code di bawah ini dan tunjukkan screenshoot tersebut semasa proses pembayaran. mudah kannn... Promosi ini akan berakhir pada 27 Mei 2019.



PROMO BLOG

Order whatsapp:
https://bit.ly/2WkSQbw
 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh follow dan like media social (facebook dan instagram)  butik Kacax seperti di bawah:

Detail

Facebook:

Alamat: 
Butik KACAX 
L3.41, tingkat 3
Angsana JB mall,
Johor bahru..

Sepanjang bulan Ramadhan ini juga, Butik Kacax ada membuka booth di tingkat 2, Plaza Angsana. So, ada 2 pilihan sama ada terus pergi ke butik di tingkat 3 ataupun ke booth Kacax di tingkat 2.



Lokasi  booth KACAX
Lot 23&24 berhadapan HABIB
Lot 27 berhadapan Kedai Cermin mata NIKON

Jom cantik bergaya di hari raya dengan Kurta Kacax.


6 comments:

  1. cantik jugak bajunya kan..

    cikyan pon dah belikan baju raya utk abah. tapi kurta jenama lain.. beli awal selamat sikit, harga pon murah kan...

    ReplyDelete
  2. Ayah Wan kacax2 ni Ibu Dilah tal jeles ke?

    ReplyDelete
  3. cantik2 design kurtaa dia.. nak beli untuk adiklah nanti..

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa...
    husband nieyl dia kurang sikit kurta ni tapi nieyl suka beli juga tok dia..kekeke...:P

    ReplyDelete
  5. suka dengan design dan kain dari butik kacax ni...memang best

    ReplyDelete