Kiddomo Discovery Kini dibuka di Johor Bahru - Ceritera Ibu

Kiddomo Discovery Kini dibuka di Johor Bahru



Kiddomo Discovery Kini dibuka di Johor Bahru | Assalamualaikum.. KIDDOMO DISCOVERY kini telah membuka cawangan terbarunya di Johor Bahru.. Terletak di Level 1, R&F Mall, berdekatan dengan CIQ, Johor Bahru. Kalau nak tahu, Kiddomo Innovation Centre ini adalah inovasi terbaru taman permainan kanak-kanak yang direka khas bagi membantu kanak-kanak berimaginasi secara kreatif, bermain sambil belajar.




Pada hari Sabtu yang lepas, Dilah berpeluang membawa anak-anak ke pembukaan cawangan terbarunya di JB ini. Sebagai seorang ibu, Dilah memang suka bawa anak-anak ke tempat permainan sebegini.. Anak-anak sentiasa rasa teruja untuk mencuba aktiviti yang baru. Melihat dekorasi Kiddomo Discovery ni sahaja dah buat ibu pun turut sama teruja tau.. 



Ibu anak 4



Kakak Diyana dan baby Faiz Mikail

Sebelum kita explore Kiddomo Discovery ni, harus la kita bergambar dulu kann.. maklum la, mak anak 4 orang ni, kalau anak-anak dah start explore dah susah nak ambil gambar nanti.. hehe.. So, let’s go, kita tengok apa yang ada di Kiddomo Discovery ni..

 

Aktiviti Menarik @ Kiddomo Discovery


Terdapat beberapa aktiviti menarik disediakan di Kiddomo Discovery ini. Berkonsepkan ‘Play and Learn’, anak-anak pasti akan teruja untuk mencuba setiap permainan yang terdapat di sini. Setiap permainan mempunyai daya tarikannya tersendiri dengan menggabungkan teknologi visual terkini yang akan membuatkan anak-anak teruja untuk mencuba sesuatu yang baru. Anak-anak zaman moden kan memang suka dengan games dari computer mahupun telefon pintar. So inilah masanya mereka merasai sendiri permainan tersebut seolah-olah mereka ‘bermain dalam telefon pintar’.

Kiddomo Heroes Station


Station pertama yang akan kita jumpa bila masuk Kiddomo Discovery ini adalah Kiddomo Heroes Station. Di sini, setiap pengunjung perlu memasukkan maklumat diri seperti nama dan  jantina ke dalam system melalui kiosk yang disediakan. Maklumat ini akan di simpan di dalam smartband yg kita pakai tadi.



Selain tu, anak-anak boleh design karektor kartun yang disukai untuk mewakili diri mereka.  Terdapat beberapa maskot yg terdapat di Kiddomo Discovery seperti frog, dog, monkey. So anak2 boleh pilih karektor kartun kesukaan mereka. bukan setakat itu, mereka boleh design sendiri karektor kartun diorang tau..


Icon karektor kartun yg terdapat di Kiddomo Discovery

Staff Kiddomo akan membantu anak-anak untuk design karektor kartun untuk diri sendiri.. Memang friendly sangat diorang ni tau.. Sabar melayan anak-anak kecil..


Faris sedang design karaktor kartun kesukaan dia.

Dino Discovery

Anak-anak memang sukakan cabaran kan.. bermain bola dan panjat-panjat kan memang kesukaan Faris Fattah dan kakak.. Aktif sangat la diorang ni.. So jangan lepaskan peluang untuk bermain di Dino Discovery ini. 
 




Ibu tengok pun rasa macam nak main jugak panjat-panjat kat dalam tu.. haha..


Beribu-ribu bola...

Baby Faiz Mikail tu pun first time pergi ke tempat macam ni.. Faris, Fattah dan kakak pun berulang kali panjat dan turun di sini.. Kalau korang nak tahu, dalam beribu-ribu bola tu, terdapat beberapa biji telur dinosor tau. Jika jumpa telur tu, korang boleh scan ditempat yang disediakan dank orang akan dapat point. 


1st time bawak baby Faiz Mikail ke tempat macam ni tau..


Happy nya kakak..

Fitness Station



Ada ke anak-anak yang tak suka main slide?? Rasanya semua kanak-kanak suka main slide kan. Tapi bezanya slide di Fitness Station ni, bila korang turun slide, anak-anak boleh kumpul point lagi tau bila langgar visual tu.. (ala, korang paham-paham la ye..)

Setiap icon tu ada point yang tertentu.. So bila anak-anak turun slide dan langgar icon2 tu, diorang akan dapat point tau.. Setiap station memang boleh collect point.

Power Ride Station


Pernah main game Subway Surfers? Anak-anak Dilah suka sangat main game tu dekat handphone. Power Ride ni lebih kurang macam game Subway tu la cuma bezaanya game yang ni naik basikal. So rasa real la kan, lagi laju diorang kayuh basikal lagi laju la jalan.. kalau diorang slow, visual tu pun akan tunjuk slow.. berebut 2 beradik tu nak kayuh basikal.. haha



Seronoknya permaianan macam ni, anak-anak akan sentiasa bergerak aktif. Berbeza dengan main game di telefon pintar, tiada pergerakan dari anak-anak.. tu yang tak elok tu..

Performing Station





Kalau anak-anak sukakan cabaran, boleh suruh diorang main game ni.. boleh lawan untuk 2 orang player sekali.. So lumba la siapa dapat markah lagi tinggi.


Creative Station




Aktiviti di sini biasa anak-anak buat di rumah. Mewarna dan menggunting dan tampal. So apa yang bestnya aktiviti di sini?? Bestnya di sini. Selepas anak-anak mewarna, gambar yg telah diwarna tu akan di’scan’ di tempat khas. Selepas scan, gambar tu akan muncul di screen besar tersebut. Bayang kan dari sekeping kertas yg diwarna, boleh bertukar jadi gambar 3D dan boleh bergerak-gerak.. ni bukan anak jer yang teruja, ibu pun turut sama excited tau bila nampak hasil seni anak kita berada dalam screen tu.

Terdapat 6 step untuk menghasilkan 3D balloon antaranya colouring, scan drawing on the scanner station, visual 3D craft on the big screen, print the drawing and lastly cutting and gluing.
 
Gigih Fattah Anas mewarna

Ada beberapa pilihan lukisan yang disediakan di situ seperti belon udara, van, roket dan beberapa jenis lagi. Fattah Anas buat 2x tau.. mula2 dia pilih gambar van. Kali kedua pilih gambar belon udara pulak.




Mesin scanner
Dah siap mewarna, boleh la bawa lukisan tu ke mesin scanner. Nanti ada staff akan bantu untuk scan lukisan tu nanti..
 



Bila dah scan drawing tu. akan keluar visual belon udara tu pada skrin besar di belakang tu.. belon tu akan bergerak-gerak. time ni anak-anak akan rasa excited sebab tengok hasil seni diorang keluar kat skrin besar tu..

 
Yang depan tu kertas asal yang Fattah Anas warna. Yang belakang tu gambar yang telah diprint.

Ini belon yang Fattah Anas warnakan.. Selepas itu, bawa kertas tersebut untuk di print pula. Dari warna 1 lukisan, bila print akan jadi gambar bukaan. Then, suruh anak-anak gunting dan cantumkan untuk menjadi 1 objek 3D macam dalam screen tadi.. Excitedddd kannn… Gigih Fattah Anas buat tau.. 2x dia buat, 1st buat bentuk bas dan kali kedua bentuk belon pulak.. bagus sangat aktiviti macam ni tau..
 
Belon Udara 3D hasil seni Fattah Anas

Akhirnya siap jugak hasil seni Fattah Anas. Belon Udara 3D siap ditampal.. Boleh bawak balik.. Suka Fattah Anas tengok belon dia sama macam dalam skrin besar tadi.



Kiddomo Workshop


Kiddomo juga ada menyediakan free workshop untuk anak-anak yang mengunjungi Kiddomo Discovery. Pada hari tersebut juga, anak-anak Dilah berpeluang menyertai 'Gliterring Slime' workshop. Mereka akan diajar cara-cara untuk membuat gliterring slime dengan dibantu oleh beberapa staff Kiddomo. Bahan-bahan turut diberikan secara percuma. 








Menariknya workshop ini, setiap peserta akan diberi 1 set bahan-bahan untuk membuat slime. Mereka dapat belajar membuat slime sendiri dengan bantuan dari instructor dan staff Kiddomo sendiri. Nampak anak-anak enjoy sangat ketika worksop ini berjalan.. Hasil 'gliterring slime' yang dibuat boleh dibawa pulang. 






Lengkap dengan kemudahan asas

Menariknya di Kiddomo ini, ianya lengkapi dengan pelbagai kemudahan yang sangat selesa. Bagi ibubapa yang membawa anak-anak ke sini, korang tak perlu risau kalau ada bawa baby atau anak kecil. Jika anak-anak penat, ada tempat untuk mereka berehat. Bukan tempat rehat biasa-biasa tau, tapi bagi Dilah sangat selesa dan rileks. Sambil rehat, kita boleh biarkan anak bermain. nak tidur pun tiada masalah sebab banyak tempat yang selesa dan tenang untuk anak-anak berehat.




Selain itu, terdapat juga cafe di dalam Kiddomo Discovery ini. So kalau anak lapar, boleh jer makan di sini.. biasa la kan, dah puas bermain mesti penat kan.. Tempat permainan untuk baby bawah 3 tahun juga turut disediakan di sini..  




 

 

Harga Tiket

Untuk masuk ke Kiddomo Discovery ini, korang perlu membeli tiket di kaunter. Anak-anak yang berumur 2 tahun ke bawah adalah free. Bagi penjaga pula, harga tiketnya jauh lebih rendah. Iyela, ibu bapa tak main kan.. anak-anak yang main lebih.. korang boleh tengok harga detail untuk weekend dan weekday di bawah ni ya..



Kaunter Tiket

Lokasi Kiddomo Discovery

Di mana Kiddomo Discovery ni?? Beroperasi di dalam R&F Mall, berdekatan dengan CIQ JB, memang nampak seberang bangunan tu Singapore..


🎪Level 1, R&F Mall, Johor Bahru
(above Coffee Bean & Tea Leaf)
10am - 10pm

Untuk pertanyaan, 
whatsapp +6019-7000957

Korang boleh juga tengok FB👇

3 comments:

  1. Seronoknya..harga tiket tu boleh tahan juga

    ReplyDelete
  2. #jalanjalanjohor #november2019

    ReplyDelete
  3. wah memang tak keluar kalau dah masuk sini..bestnya

    ReplyDelete