Resepi :: Bubur Pengat Pisang Cha Cha


Resepi :: Bubur Pengat Pisang Cha Cha | Assalamualaikum. Awal Ramadhan hari tu kan Dilah berbuka di rumah Mak mertua Dilah. Seperti kebiasaannya, part masak-masak lauk memang MIL Dilah yg masak. Dilah ambil part dessert jer.. hehehe.. so hari tu MIL cakap nak buat Bubur Pengat Pisang Cha Cha pulak.. Kalau ikutkan Dilah ni tak berapa gemar makan bubur pengat pisang sebabnya manis sangat rasanya.. Tapi Ayah Wan suka makan Pengat Pisang ni.. so boleh la Dilah try buat.

Alhamdulillah.. menjadi bubur pengat pisang cha cha ni.. kemanisannya pun just nice jer. Tak manis sangat. Sebab Dilah ni memang tak boleh makan manis-manis, gigi sensitif. So bubur pengat pisang ni memang Dilah boleh makan.. Memang  menu dessert yg sesuai untuk berbuka puasa hari tu. So Dilah share di blog ni sebagai rujukan Dilah, senang next time nak buat.

Bubur Pengat Pisang Cha Cha


Bahan-bahan
5 sisir Pisang
2  biji Gula Melaka [saiz kecil]
1 cawan Santan
1 cawan Air
Sehelai daun pandan [tak letak sbb takde]

Bahan-bahan utk cha cha
1 ½ cawan Tepung pulut
4 sudu besar Tepung beras
Sedikit air
Sedikit Garam
Pewarna yg dibenarkan

CARA PENYEDIAAN:
1) Gaulkan tepung beras, teput pulut, air dan sedikit garam sehingga aduanan sebati, tidak terlalu lembik dan tidak melekat. [Sedang elok utk dibulat2kan..]
2) Bahagi kan adunan kepada dua dan titiskan sedikit pewarna merah dan 1 bahagian lagi pewarna hijau. Gaul sehingga warna sebati.
3) Gentel adunan tepung tadi kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk.
4) Bila separuh dari adunan telah timbul, masukkan pisang yg telah dipotong bulat-bulat.
5) Masukkan santan, air dan gula Melaka yg telah dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan.
6) Kacau bubur seketika agar kuah bubur sebati.
7) Apabila semua cha cha telah  timbul bermakna bubur pengat telah siap dimasak! Tutup api.


SELAMAT MENCUBA

Note :
Kalau nak letak biji sagu pun boleh, tapi Dilah tak letak sbb takde. Dan Cha cha tu ada yg dah siap dijual readymade. Tinggal rebus kejap jer..


Actually ni entry lama tahun 2017. Dilah baru perasan yang entry ni dalam draft lagi tp dah complete tulis resepi cuma takde gambar je. rasanya tak publish sbb tunggu edit gambar kot (gambar step by setep).. Nasib baik jumpa gambar ni penah share kat IG. So, boleh la tepek je sini.. malas nak edit2 ayat atas tu.. haha






Post a Comment

3 Comments

  1. Sedapnya berbuka dengan manisan macam nie.. memang best kalau manis dia just nice je..

    ReplyDelete
  2. alahai sedap nya pengat ni. tambah lagi makan panas2. perghhhhhh

    ReplyDelete
  3. Belum ada lagi buat pengat ke manisan buka puasa ni...nanti mesti nak buat...

    ReplyDelete