Resepi :: Florentina Cookies @ Almond Crispy Cookies - Ceritera Ibu

Resepi :: Florentina Cookies @ Almond Crispy Cookies

Resepi :: Florentina Cookies @ Almond Crispy Cookies | Assalamualaikum.. Alhamdulillah, masuk hari ke 19 kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Mesti dah ramai yg dah mula buat kuih raya kan.. Dilah tahun ni tak pasti la nak buat kuih raya apa, tapi macam nak buat Florentina cookies lagi macam tahun lepas. Tunggu la minggu akhir nanti baru buat.. buat dengan anak2 je nanti..


Last year Dilah buat sorang2 masa dalam pantang berteman kan si kecik baby Faiz Mikail. Tahun ni tak lau la macamana gaya nak buat biskut raya dengan askar2 kecik yang ramai tu.. haha.. Okla.. Jom kita tengok resepi Florentina Cookies atau nama lainnya Almond Crispy Cookies.

Florentina Cookies @ Almond Crispy Cookies


Bahan-bahannya :-

- 500 gram tepung florentine *beli dekat kedai bakeri 
- 500 gram almond slice
- 200 gram green pumpkin seed
- 100 gram kuaci 
- 40 gram bijan hitam 


Cara membuatnya..

 1) Bakar semua kekacang almond, pumpkin, kuaci dan bijan selama 5 minit dalam suhu 160'c

 2) Kemudian tuangkan tepung florentine ke dalam kekacang yang telah dibakar tadi. Gaul sehingga sebati. 

3) Then sudukan 1/2 sudu besar dalam bekas cupcakes macam ni. Bekas cupcake ni boleh recycle sampai habis korang buat tau.. memang jimat.

4) Bakar pada suhu 160'c selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan. Ini depend pada oven korang yer. Oven Dilah bakar dalam 10 minit je.. so kena try and error ikut oven korang ye….

5) Lepas keluar oven korang biarkan cookies tu sejuk sekejap then baru korang tolak jer montot bekas untuk keluarkan cookies dari bekas cupcake tu... Sejukkan kemudian simpan dalam botol.

Dapat 4 botol untuk 1 adunan tadi.

Siap.. senang jer kan.. Cuma korang kena cepat dan sabar la nak habiskan semua tu..

TIPS ;
1. Lepas dah gaul tepung Florentine dengan kekacang tu, korang kena tutup bekas tu. Kalau tak tutup, campuran tu akan cepat melekat. Nanti nak masukkan dalam cupcake dah susah.. so kena pastikan bekas sentiasa tertutup.
2. Pastikan korang beli bekas cupcake yang  permukaan jenis plastic bukan kertas tau. Kalau kertas, cookies tu akan melekat terus kat bekas tu x boleh dikeluarkan bila dah bakar.. rugi jer nanti..

SELAMAT MENCUBA…

7 comments:

  1. Resepi senangkan...alhamdulilah jadi sumber rezeki adik Sis sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis.. senang je.. kalau rajin buat memang boleh jadi sumber rezeki kan..

      Delete
  2. Waaa..nak buat la nanti dengan adik2 kat kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la sunah.. memang senang sangat lagi2 kalau ada adik2 boleh tolong sekali..

      Delete
  3. apa rasa bikut ni? manis ke? masin ke? tak pernah rasa lagi...hahaha

    ReplyDelete
  4. actually plan memang nak buat masa puasa hari tu.Tapi disebabkan mood ke laut dek kerana kereta meragam..Habis mood tu swing 360 darjah..hahaha

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share resipi. Memang sangat mudah bila buat sendiri

    ReplyDelete