Sesungguhnya2019 - Alif Satar, Raihan - Ceritera Ibu

Sesungguhnya2019 - Alif Satar, Raihan


Sesungguhnya2019 - Alif Satar, Raihan | Assalamualaikum.. Korang dah dengar lagu nasyid Sesungguhnya2019 nyanyian Alif Satar dan Raihan? Dari dulu Dilah memang suka dengar lagu Raihan ni.. setiap kali dengar pun mesti meremang rasanya.. Kebetulan hari jumaat lepas nampak penyanyi fav Dilah, Alif Satar share di Instagram beliau yang lagu nasyid tersebut nyanyian beliau dan Raihan beliau telah berada secara rasminya di Youtube dengan judul lagu terkini Sesungguhnya2019..Walaupun katanya telah diberi nafas baru, tapi Dilah rasa tetap sama macam dulu juga.. Dilah suka sangat..


Tapi rezeki nak dengar awal, kebetulan masa otw nak pergi kerja tu, lagu tu dah dipasang di radio hotfm. so dapat la dengar awal sebelum tengok di youtube. Ya Allah.. walaupun dah banyak kali dengar tapi tetap meremang tau.. rasa syahdu sangat.. sampai meleleh-leleh air mata.. betul-betul menghayati lagu tu.. Suara Alif Satar tu pun memang best sangat, rasa perfect sangat lagu tu..


Kalau korang lom dengar, jom kita dengar sama-sama lagi.. Dalam tempoh 3 hari dah lebih sejuta orang yang view lagu tu di youtube Alif Satar tau.. Hebat kan.. memang kena sangat la lagu ni keluar masa bulan Ramadhan ni kan.. Jom kita sama-sama dengar lagi lagu Sesungguhnya ni..

Sesungguhnya2019

Nyanyian : Alif Satar, Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

8 comments:

  1. Salam ramadhan....
    Nieyl dah dengar dah...versi 2019..
    memang terbaik

    ReplyDelete
  2. serius berapa kali dok ulang lagu ni..syahdu betul..kalau kita betul² menghayati lagu ni, boleh menitik air mata

    ReplyDelete
  3. Tengah trending no1 ni lagu ni...bila dengar tengok kat utube, dengan mukanya si Aliff tu, sayu beno rasa hahahaha...

    ReplyDelete
  4. Akak kalua dengar lagu2 mcm ni mesti nangis

    ReplyDelete
  5. baru tengok video dia kat blog jmbelog tadi...nampak kan susahnya nak nyanyi lagu nasyid supaya enak didengar macam penyanyi asal...

    ReplyDelete