Viral | Kisah Kejayaan Nizam OKU 3 Jari - Ceritera Ibu

Viral | Kisah Kejayaan Nizam OKU 3 Jari



 Viral | Kisah Kejayaan Nizam OKU 3 Jari |  Assalamualaikum.. Selamat Hari Pekerja buat semua.. Sempena hari pekerja ni, Dilah nak share satu kisah hebat yg sangat memberi inspirasi kepada Dilah dan semua orang yang melihatnya.. Kisah seorang insan hebat yang bangkit mengubah nasib diri untuk berjaya walaupun dalam serba kekurangan..


Dilah kagum dan terharu tengok kegigihan seorang insan hebat bernama Nizam ini. Walaupun OKU, tapi beliau mampu membuktikan yg status OKU bukan penghalang untuk kita berjaya.. 



Dahulu nak buat apa pun semua perlu bantuan dari orang sekeliling. Namun, beliau tak patah semangat utk terus berusaha membuat sesuatu yg mampu menjamin masa depannya. 



Kini beliau mampu menggajikan seorang pembantu utk tolong menguruskan dirinya disamping beliau membina empayar Jamumall.. Beliau telah membuktikan yg OKU juga boleh berjaya, kenapa kita yg sempurna tubuh badan ini selalu memberi alasan utk berjaya??




Antara bibit kata yang diucapkan di dalam video tersebut adalah.........

Di usia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., 
aku happy mampu beli apa aku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnya org diluar sana nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...
kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bile ada ketika bila aku haus , aku lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , tak nak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 


Jadi aku bangkit!!! 



Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..

Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! 

6 comments:

  1. Insan hebat yang menjadi semangat dan kekuatan buat mereka yangcepat putus asa...

    ReplyDelete
  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  3. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  4. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  5. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  6. Kisah yang sangat memberikan inspirasi kepada yang diluar sana

    ReplyDelete