Kisah Raya 2019 : #TeamRayaJohor


Kisah Raya 2019 : #TeamRayaJohor | Assalamualaikum.. Jom sambung cerita raya kitorang.. Sebelum tu korang juga boleh baca cerita #TeamRayaMelaka. Bila la bila dah kawen ni kena la bahagi-bahagi masa nak beraya di kedua-dua belah family kan..
 
3 Syawal 1440H
(#TeamRayaJohor #TeamRayaRumahMentua)

Sampai rumah tokma terus naik moto.. Obses betul dia dengan moto tau..

Tengahari gerak balik Sedenak rumah Mak Mentua Dilah pulak. Alhamdulillah.. jalan tak jem langsung. Dalam kul 2.45 sampai Sedenak.. Sebelum Magrib tu sempat gi open house jiran Ma jer.. Lepas tu duduk rumah je.. Budak-budak tu la meriah main bunga api dan mercun malam tu..  Seronok la diorang ada paksu yg melayan diorang.. Kalau ngan ibu jangan harap la ibu nak bagi main bunga api dan mercun.. haha

4 Syawal 1440H
Hari keempat, Ma cakap nak beraya kat Segamat. Dulu sebelum kitorang berkawen, family Ayah Wan duduk kat Felda Redong Segamat. Ma staff kat situ. tapi 1 tahun sebelum kitorang kawen, ma kena berpindah ke Felda Bukit Batu, Sedenak. So kiranya bila balik Redong ni ramai la kawan-kawan dan ada juga sedara di situ.


Baru dapat bergambar 1 family lagi.. Tema mustard + blue black

So di Segamat ni beraya 4 buah rumah.. rumah atok sedara dan juga kawan Ma. Alhamdulillah, semua keluarga dapat ikut serta. Konvoi 4 biji kereta. Memandangkan beraya di felda, rumah pun luas.. Anak-anak la paling suka.. teroka ke sana-sini.. macam dah biasa pegi jer kan.. Budak-budak kan.. mana diorang tahu..

Si kecik ni memang tak reti duk diam tau..

Lepas makan tengahari, masing-masing semua keluar rumah melepak kat belakang rumah tu.. ada reban ayam, ada pangkin tempat duduk.. Kebetulan pulak ada daun ketupat yg dah tak digunakan lagi di situ.. Masing-masing pun amik konon nak anyam ketupat.. tapi semua tak reti.. haha.. sekali Dilah datang, amik daun dengan slamber anyam ketupat..

beria suruh ibu buat ketupat.
Jangan tak caye, ibu pandai buat ketupat tau.. haha... masing-masing sibuk nak belajar.. tp bukan senang nak ajar budak-budak ni anyam ketupat.. Ibu dulu pun berapa tahun belajar anyam asyik tak jadi je.. akhirnya berjaya anyam ketupat lepas pakcik Dilah yg ajar.. Bunda ajar pun x jadi jugak.. haha.. okla, sudahnya ibu yang buat untuk diorang..

Puas hati la tu dapat sorang sebiji ketupat

Rombongan kami..

Lepas tu kitorang pergi rumah atok sedara Ayah Wan dalam Felda Redong jugak. Then pegi rumah atok sedara lagi sorang, ni tak ingat nama tempat dia.. sebelum tu yang laki singgah solat kat masjid dulu.. sementara tunggu, jom kita selfie.. haha


Kakak Diyana ngan Kak Long Mira

Ibu ngan baby Faiz Mikail

Abang pun nak join jugak..

Rumah last kitorang pergi lepas Magrib. sampai dekat pukul 9.30 malam. Masing-masing pun dah ngantuk.. Takut jalan jem lagi.. so dalam kul 9.30 tu dah gerak balik.. Kaklong terus balik KL. 3 biji kete lagi balik Sedenak. Alhamdulillah.. kul 11.45mlm sampai Sedenak. Jem kat Simpang Renggam tu je..

5 Syawal 1440H
Dalam kul 10 pagi, kitorang dah gerak balik JB. Esok anak-anak dah nak sekolah.. nak kemas rumah, basuh baju lagi.. tu yg gerak awal. Lagipun, petang tu dah berjanji nak keluar beraya dengan Ma. So petang tu kitorang cuma pegi 2 buah rumah jer.. rumah babysitter baby dan juga rumah makcik Ayah Wan di Kempas.

Kakak Imani - Beraya rumah nenek

Alhamdulillah.. Selesai beraya di kedua-dua belah keluarga.. tapi tahun ni family sebelah Ayah Wan ramai yang kitorang tak jumpa sbb raya sebelah Melaka dulu kan.. dan family sebelah Abah Dilah di Johor ni pun Dilah belum habis round lagi.. InsyaAllah minggu ni or minggu depan kitorang akan pegi.. Raya kan sebulan.. hehe

Post a Comment

4 Comments

  1. Nieyl Alhamdulillah raya pertama ngan kedua habis round dah...selebihnya raya umah kawan² pulak...

    ReplyDelete
  2. Ye ye...rayakan sebulan hehehehe

    ReplyDelete
  3. eh lawa pulak tema mustard blue black tu!

    ReplyDelete