Kisah Raya 2019 :: #TeamRayaMelaka - Ceritera Ibu

Kisah Raya 2019 :: #TeamRayaMelaka



Kisah Raya 2019 :: #TeamRayaMelaka | Assalamualaikum.. Hari ni dah masuk raya ke 7. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Dilah dan rakan-rakan blogger semua.. Maaf Zahir dan Batin.. Maaf la baru hari ni sempat nak ucap Selamat Hari Raya.. sebabnya raya-raya memang tak dan nak bukak blog.. semalam dah start kerja, so baru la sempat nak wish.. Korang raya kat mana tahun ni?? Jom ikuti kisah raya Dilah sekeluarga.

Tahun ni turn raya sebelah family Dilah dulu di Melaka. Pagi hari Selasa tu baru kitorang balik Melaka sbb Isnin Ayah Wan masih bekerja lagi. Bila sampai kampong tu, anak-anak terus tak ingat tengah puasa, terus berlari sana-sini bermain dengan sepupu-sepupu diorang.. Tu la seronoknya bila balik kampong, kawasan rumah Bunda Tokbah yang luas, anak-anak memang puas bermain kat halaman rumah atau pun dalam rumah.. Ok jom masuk cerita Raya..

1 Syawal 1440H



Tema kami tahun ni warna maroon. Si kakak Diyana tu pulak beriya nak pakai baju kebaya.. Puas la ibu ni cari kebaya yg sedondon ibu dan anak.. nasib baik jumpa dan ada size. Dan juga sbb sampai sebelum raya.. haha…

My Family.. Allahu.. anak-anak tak nak bagi kerjasama sungguh ni..

Family Besar Dilah.. Lengkap raya tahun ni semua ada.
 Alhamdulillah.. Tahun ni semua adik beradik dapat beraya bersama dengan Bunda Tokbah.. Along tu memang kampung wife dia dekat je ngan rumah Bunda.. so kejap lari raya sana, kejap raya belah sini.. takde hal.. Angah pulak, mak dan ayah mentua dah meninggal. so raya 1st memang boleh raya ngan Bunda dulu, raya ketiga baru diorang berkumpul nanti. cuma Dilah ngan Adik bawah Dilah tu je la tahun ni turn raya sini.. tu yang lengkap semuanya..

Abg Faris.. bergegar gambar..tak reti duk diam budak ni.. haaha

Tahun ni juga 1st time yg lelaki pakai kurta di pagi raya pertama. Kurta cantik dari Butik KACAX.. Boleh tengok review Dilah di SINI.

Sesi bermaafan.. 0-0 ye Ayah Wan..

Ibu dan Fattah Anas

Ibu dan Ayah Wan

Ini je la gambar raya pertama yang ada.. Anak-anak macam biasa susah nak bagi kerjasama.. Masing-masing ada ragamnya.. Si Fattah Anas tu pulak merajuk tak nak bergambar sebab kena paksa minta maaf sebelum tu.. biasa la anak yg sorang tu kalau dah merajuk memang macam tu.. haha..



Baby Faiz Mikail pulak demam on off dari sebelum raya lagi. Demam nak tumbuh gigi.. balik Melaka tu dah tak demam tapi malam raya tu demam balik. So masa hari raya 1st tu dia masih meragam lagi.. tu yang tak keluar beraya sangat..

2 Syawal 1440H



Beraya di rumah Kakak Dilah (Angah) di Merlimau. Melepak kat rumah dia dari kul 1 tghari sampai kul 6.30 ptg. Actually nak keluar lagi awal tapi baru nak keluar ada tetamu datang beraya pulak.. sudahnya lambat la keluar rumah.. Kat rumah che ngah ni keje nya makan.. makan.. dan makan.. siap makan durian lagi.. haha..

Ayah Wan ngan anak bongsu yang manja sangat ni..



konon mak nak berOOTD.. sekali anak asyik kacaau jer.. erkkk..


Pastu photoshoot tak habis2 ngan cousin2.. ehh.. sepupu kitorg ramai yg lom kawen.. so kakak2 yg dah beranak pinak ni pun sama naik lak ngan cousins ni semua tau.. haha..

Raya ketiga dah balik rumah mentua Dilah pulak kat Sedenak.. Nanti Dilah share Kisah Raya #TeamRayaJOhor pulak ye..


3 comments:

  1. Hi..salam aidilfitri..cun kaler...maaf trasa pape kak...spnjg kenal...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Dilah..
    Maaf zahir batin.

    Cantik-cantik baju Dilah ...nanti mai rumah ya ..

    ReplyDelete
  3. mak ai..kena buat entri gak ni..jenuh la nak pilih gambar #teamrayasarawak hahahaha

    ReplyDelete