Cameron Highland 2018 - Day 1
Cameron Highland 2018 - Day 1 | Assalamualaikum.. Hari ni Dilah
nak share cerita percutian kami sekeluarga ke Cameron Highland pada bulan
Disember yang lepas. Fuhhhh.. lama betul amik masa nak start update family trip
kali ni kan.. haha.. so, sebelum lupa semua cerita.. meh Dilah share kat korang
percutian family besar Dilah ke tempat percutian favourite kami sekeluarga..
Ya, Cameron highland ni memang tempat fav kitorang sekeluarga sampai di sebut
‘kampung’ kitorang.. haha.. tu nasib
baik jauh.. kalau dekat harus tiap2 tahun pegi.. haha
Kami pergi 5 family, 4 family
adik beradik yang dah kahwin termasuk 1 family Bunda Tokbah dan adik bongsu
yang belum kahwin.. Tapi kitorang sorang dari JB. Gerak pukul 6 pagi lepas
subuh. Masing-masing jalan sendiri-sendiri, tak konvoi. Sebab Along gerak dari
Melaka lewat sikit, dia baru balik kerja pagi tu. Angah gerak dari Melaka lebih
kurang sama cam kitorang kul 6 pagi jugak. Then adik Dilah yg belum kawen
(Cicu) dgn yang no 4 tu naik 1 kereta dengan Bunda sbb husband dia tak dapat
ikut. Diorang gerak dari Klang dan ada singgah jemputan dekat Rawang. So memang
jalan asing-asing.
Tiny Boutique Habitat
![]() |
Tiny Boutique Habitat |
Kitorang sampai Cameron Highland pukul 3 petang. Lebih kurang sama masa ngan Angah. Tapi Angah terus check in sebab dia yang uruskan tempat penginapan di sana. Kitorang stay di Tiny Boutique Habit di Kg Taman Sedia, Tanah Rata. Homestay ni memang cantik sangat. Baru sahaja di buka setahun. Kalau pergi sekarang ni lagi banyak improvement..
Detail cerita mengenai homestay :
Homestay Tiny Boutique Habitat
![]() |
Selfie seketui.. |
![]() |
Ada sungai di tepi homestay |
Cerita la sikit pasal homestay ni ya.. apa yang menariknya homestay yang berkonsepkan English style ni, pemandangan landskap di sini sangat cantik tau. Dengan suasana sejuk, ada bunyi air sungai di tepi homestay ni memang mendamaikan.. Kebetulan pulak baru lepas hujan, so air sungai tu agak deras jugak la walaupun cetek jer airnya..
![]() |
English concept |
![]() |
Ada nursery jugak.. kalau nak beli pokok di sini pun boleh.. |
![]() |
View dari dalam bilik di atas loteng |
Satu lagi tarikan homestay ni adalah mini petting zoo.. Ada rabbit, ayam, angsa yang mesra sangat.. Budak-budak memang la teruja dapat tengok rabbit dan bagi rabbit makan.. Makan rabbit ada dijual kat situ jugak, 1 ikat daun carrot RM2.
![]() |
Rabbit cantik, bersih dan gebu.. |
![]() |
Kekenyangan rabbit ni asyik diberi makan sahaja.. haha |
![]() |
Angsa.. kadang-kadang angsa ni dilepaskan.. riuh sakan sakan bila angsa ni berbunyi dan kejar budak-budak tu.. |
KHM Strawberries & Jam
Memandangkan kitorang dah sampai
awal dan yang lain belum sampai.. family Dilah dan Angah keluar berjalan-jalan
cari makan dulu.. kira cari minum petang la ni.. kitorang berjalan kaki jer kat
area Taman Sedia tu.. Kitorang pergi KHM Strawberries & Jam yang terletak selang
satu lorong dari Tiny Boutique Habitat ni.. Ni first time kitorang pegi KHM
ni.. selalu dengar je nama tapi tak pernah nak pegi..
Ayah Wan ni bila datang CH ni
mesti nak cari waffle letak stoberi.. Dilah pulak cari scone la apa lagi..
Kebetulan pulak pegi KHM ni memang fames dengan scone nya.. So kita order la
satu set dengan tea stoberi sekali.. Sori ya Ayah Wan tak dapat makan waffle..
haha..
Scone kat sini sedap sangat
wehhh.. tapi yang suka makan scone ni Dilah ngan husband Angah tu jer.. Ayah
Wan tak suka.. cicah pulak scone dengan jem strawberi tu memang layan habis
la.. minum pulak air teh strawberi panas-panas dalam cuaca yang sejuk tu..
Fuhhh.. memang mendamaikan sungguh… hahaha..
Dekat pukul 6 baru balik semula
ke homestay sebab 2 kereta lagi dah sampai.. Meriah sangat macam balik kampong rasanya
sbb homestay ni ada 6 unit, 3 unit tu family kitorang je.. dengan budak2 sibuk
berlari2 main kat laman, kejar angsa main ngan rabbit.. Meriah sangat wehhh..
Borak-borak kat pondok tu.. ehh.. ohsem sangat rasanya..
Pasar Malam Golden Hill
Lepas magrib, mak-mak terus keluar
pegi ke pasar malam. Kena keluar senyap-senyao takut anak-anak ikut.. haha..
kalau anak ikut nanti yang bukan-bukan dibelinya..haha biar ayah-ayah yang jaga
anak-anak.. Ni first time Dilah pergi pasar
malam kat tempat baru di Golden Hill (di antara Tanah Rata dan Brinchang). Tak jauh dari homestay kitorang. Sebelum ni pasar malam brinchang, betul-betul kat
main road. Tapi tempat baru ni strategik jugak.. yang penting tak ganggu jalan
utama.. kitorang pergi 1 kereta je senang..
Bila pergi pasar malam ni memang
rambang mata tengok makanan macam-macam.. Kitorang beli nasi goreng/nasi
ayam/mee untuk makanan berat. Untuk yang ringan-ringan beli jagung rebus, sayur
goreng tepung, keledek rebus manis untuk baby dan budak-budak. Tak dilupakan
makanan wajib datang Cameron mesti la beli strawberi cicah coklat.. siap
shopping terus balik homestay.
![]() |
Buah-buahan pun hado |
![]() |
Stoberi coklat pun wajib beli.. |
![]() |
Keledek manis pun sedap. beli untuk budak2.. |
![]() |
Jagung - wajib beli jagung manis.. |
![]() |
geramnya tengok stoberi gemuk-gemok ni.. |
![]() |
Ball-ball ni tak pernah rasa.. next time kalau datang CH kena try pulak.. |
Kat bilik dah buat air panas..
masing-masing cari port tempat makan.. Nak makan kat bangku di luar bertemankan
bunyi deruan air sungai dan cahaya lampu yang cantikk.. fuhhh.. feel sungguh
la.. haha.. nak makan kat bilik di lonteng pun boleh..
Lepas makan aktiviti bebas..
Boleh la tido awal setelah seharian penat berjalan jauh.. Esok kita nak pergi
Tea Boh Plantation pulak… kite sambung nanti ye…
Stay tune….
Entry lain berkaitan family day kami di Cameron Highland..
Cameron Highland 2018 - Day 1
Cameron Highland 2018 - Day 2
Cameron Highland 2018 - Day 3
Percutian 3H2M di Tiny Boutique Habitat
Entry lain berkaitan family day kami di Cameron Highland..
Cameron Highland 2018 - Day 1
Cameron Highland 2018 - Day 2
Cameron Highland 2018 - Day 3
Percutian 3H2M di Tiny Boutique Habitat
Brapa harga homestay tu. .
ReplyDeleteada 2 jenis bilik.. boleh refer entry ni sis..
Deletehttp://www.ceriteraibu.com/2019/07/percutian-3h2m-di-tiny-boutique-habitat.html
Bestnya tido kat Cameron...malam mesti sejuk? Thanks jg cerita pasal homestay cantik kat Taman Sedia tu..salan singgah
ReplyDeletememang best.. sejuk jer time malam kan..
DeleteLama tak ke Cameron ni, last pergi masa anak-anak sekolah menengah lagi. Nanti nak repeat lagi laaa...tapi tu le perangai suami, kalau dah pergi sekali tempat tu, dia taknak ulang lagi huhuhuhu
ReplyDeletelama sangat tu sis.. boleh dah pegi lagi tu.. ni tempat percutian kitorang ni..
Deleterindu dgn cameron highland tgk post ni terasa nak pegi terus
ReplyDeletePergi jangan tak pergi mamaapp.. hehe
Delete