Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa dipakai Ketika Menyusukan Anak - Ceritera Ibu

Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa dipakai Ketika Menyusukan Anak


Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa dipakai Ketika Menyusukan Anak | Assalamuaikum.. Zaman sekarang ni senang nak cari baju nursing. Berlambak orang jual baju nursing dan jubah nursing kan. Tapi Dilah ni agak cerewet sikit bila nak beli baju menyusu. Sebabnya Dilah selalu menyusu di tempat awam. Kalau tempat awam ni biasa la kan, ada tempat ada nursing room.. Ada tempat taka da.. So asal ada tempat duduk dan ruang yang terlindung sikit Dilah boleh menyusukan baby dengan selesa.. 

Untuk memastikan Dilah selesa bila nak menyusukan baby di tempat awam, Dilah akan pastikan baju menyusu yang digunakan tu jenis selak. itu baru la betul nursing wear dan nursing friendly. Kalau setakat ada zip dah dikira nursing friendly, Dilah tak berapa nak setuju.. Jenis baju yang ada zip di depan tu kalau nak menyusu agak susah. Langsung tak nursing friendly tau..  Lagi nak bukak zip baby dah mengamuk. Tu belum nak bukak zip takut-takut terselak tudung nanti orang nampak pulak kan..

Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa

Tapi kan, kadang-kadang bila nak beli baju yang dah berkenan design dan warna tu, baju tu jenis zip pulak.. memang frust jugak la.. Macam hari raya aritu, beli baju kebaya nursing katanya.. Ada zip di depan.. so nak tak nak beli la jugak kan sebab nak sedondon satu family.. So bila terpaksa pakai baju macam ni, Dilah akan pakai nursing inner. Baru la selesa nak menyusukan baby kan..

Nursing Inner Adrini’s – Praktikal, multifunction, mudah dan selesa

Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa
 
Nursing inner keluaran Adrini’s ini sangat praktikal. Ia sesuai dipakai bersama baju menyusu jenis berzip/butang dihadapan mahupun baju biasa sahaja.. Sekarang ni dah tak perlu risau lagi bila nak pakai baju kegemaran yang bukan nursing friendly. Hanya perlu pakai nursing inner Adrini’s di sebelah dalam dan kemudian sarungkan apa-apa jenis baju di sebelah luar.. Siap untuk keluar. Nak pakai dengan cardigan pun boleh.. Kan dah kata sangat praktikal.

Keistimewaan Inner Menyusu Adrini’s  


  • Material yang digunakan tidak panas dan sangat selesa bila dipakai walaupun perlu pakai baju 2 lapis  
  • Sangat praktikal. Bukan sahaja boleh digabungkan bersama nursing blouse yang lain tapi juga boleh dipakai dengan baju biasa (bukan baju menyusu). Malah boleh juga hanya dipakai dengan cardigan.. best kan…
  • Boleh dijadikan baju tidur.. senang baby nak menyusu masa tidur. 
  • Jenis selak. Rasa lebih selamat bila nak menyusukan baby 



Nursing Inner Adrini's Sangat Praktikal dan Selesa Digunakan Ketika Menyusukan Anak

Terdapat beberapa pilihan warna Nursing Inner Adrini's yang boleh disuaipadankan dengan baju sedia ada di rumah.. Untuk pilihan selamat, warna-warna basic seperti hitam, krim dan kelabu sangat sesuai untuk digunakan.




So skrg ni tak perlu risau lagi kalau ada baju yang kita suka tapi bukan baju menyusu.. Pakai sahaja nursing Inner Adrini's ni.. Dah boleh menyusukan baby di tempat awam kan.. Kalau korang boleh try beli nursing inner Adrini’s ni.. Mesti puas hati..




Website: https://adrinis.com


Facebook: https://www.facebook.com/adrinis2u/ 

Instagram: @adrinisofficial









4 comments:

  1. selesa bagi ibu² yang tengah breastfeeding kan...Wajib beli ni

    ReplyDelete
  2. Wah dia macam baju ya. Nampak selesa. InshaAllah boleh cuba. Sekarang ni anak dah setahun 4 bulan tak kerap sangat menyusu depan orang. Time baby dulu guna nursing cover yang macam selendang tu. Tapi kebanyakkan susu kan dalam tudung je haha.

    ReplyDelete
  3. Pengilang, Supplier dan penjual nursing inner mesti amik perhatian. Kaum ibu lebih suka jenis yang takde zip so buat je nursing inner main selak-selak je.

    ReplyDelete