Percutian 3H2M @ Homestay Tiny Boutique Habitat, Kg. Taman Sedia, Cameron Highland
Percutian 3H2M @ Homestay Tiny Boutique Habitat, Kg. Taman Sedia, Cameron Highland | Assalamualaikum semua.. “Cantiknyaaaaa…” Itu lah perkataan pertama yang boleh terluah di mulut bila pertama kali sampai ke homestay Tiny Boutique Habitat, Tanah Rata.. Sekali pandang terus jatuh cinta.. Wowww… Jatuh cinta pandang pertama terus tu.. Berminggu-minggu nak move on setelah balik dari percutian yang awesome di Cameron Highland untuk kali ni tau.. Bukan Dilah jer, tapi adik-beradik Dilah pun sama.. haha.. Kami bercuti ke Cameron Highland pada 8 Dis hingga 10 Dis 2018.
Entry lain berkaitan family day kami di Cameron Highland..
Cameron Highland 2018 - Day 1
Cameron Highland 2018 - Day 2
Cameron Highland 2018 - Day 3
Untuk entry kali ni Dilah share mengenai homestay kami di sana sahaja.. Ok jom Dilah share apa yang best sangat dekat homestay Tiny Boutique Habitat ni..
Konsep English Style
Tiny Boutique Habitat (TBH) ni
diasaskan oleh sepasang suami isteri bernama Puan Maryam Zai Adabi dan suaminya
Encik Abdul Rahman Hussain. Homestay ini terletak di Kg Taman Sedia, Tanah Rata
yang majority penghuni kawasan ini adalah bangsa Melayu.
![]() |
Bunda Tokbah bersama owner TBH yang sangat peramah.. |
Homestay ini
berkonsepkan English style yang sangat bersesuaian dengan suasana semulajadi
Cameron Highland yang sejuk dan berkabus. Oleh itu, pemandangan tu jadi sangat
cantik. Di tambah lagi dengan landskap yang cantik membuatkan kita rasa
seolah-olah sedang bercuti di Eropah.. hahaha..
Jenis Bilik dan kemudahannya
Masa kami pergi tu hanya ada 2
jenis bilik iaitu Superior Lodge (4 pax) dan Premium Lodge (5 pax). Tapi kalau tak silap,
sekarang ni dah ada tambahan lagi.. Sebab ada nampak kat IG TBH ni ada tambahan
bangunan baru..
Superior Lodge (2 unit)
(RM269 untuk 1 malam)
(RM269 untuk 1 malam)
-
1 queen bed + pull out bed di tingkat bawah
-
2 single bed di tingkat atas (loteng)
Premium Lodge (4 unit)
(RM299 untuk 1 malam)
(RM299 untuk 1 malam)
-
1 queen bed + pull out bed di tingkat bawah
-
1 queen bed di tingkat atas (loteng)
![]() |
Katil queen di tingkat bawah |
![]() |
View dari atas tangga.. |
![]() |
Katil queen di tingkat atas (loteng) |
Untuk family besar kami, kami booking bilik Premium Lodge 2 unit dan Superior Lodge 1 unit. Jom tengok bilik Premium Lodge. Family Along amik Superior Unit. Family Dilah & Angah amik Premium Unit. Bunda Tokbah Cicu ngan Untie Zaza 1 family ambil bilik premium juga.. ni je yang dapat.. sebab kat TBH ni Cuma ada 6 unit jer.. kami pulak last minute baru confirm nak pegi dan tambah bilik.. So terpaksa la sharing jer.. haha.. Tapi kira muat juga la..
![]() |
Tangga untuk naik ke loteng. |
Antara kelengkapan bilik yang disediakan, tandas yang besar, pull out
bed, tuala dan sejadah, tambahan kipas angin dalam bilik kecik utk salin
baju, TV terletak di tingkat atas. Meja dan kerusi serta kettle.
![]() |
Meja kecik tepi tingkat.. Malam-malam boleh duduk minum kopi menghadap pemandangan luar.. |
![]() |
Kelengkapan dalam bilik kami. |
Daya Tarikan dan Keunikan
Selain konsep homestay yang
bercirikan english style, ada banyak lagi daya tarikan di TBH ni yang
membuatkan setiap pengunjung pasti jatuh cinta dengan tempat ni.
Landskap dan dekoraasi yang cantik
Landskap di TBH ni sangat cantik..
ada banyak pokok bunga yang cantik-cantik di sini. Bukan sekadar tanaman untuk
landskap tapi mereka juga mempunyai nursery sendiri dan pengunjung pun boleh
membeli pokok-pokok di situ. Sebelum balik kami sempat memborong pokok kaktus
dan pokok bunga di situ.
![]() |
Tiny Boutique Habitat - cantik sangat.. |
![]() |
Pic diambil dari bilik loteng.. |
![]() |
View dari depan bilik.. sebelah kanan tu nursery tempat semaian pokok bunga dan kaktus. |
Tambahan pula di tepi TBH ni ada
anak sungai. Kebetulan hari yang kami sampai tu baru lepas hujan. So suasana
berkabus dan nyaman jer.. Memang sejukkkk.. Di tambah dengan bunyi air sungai
yang deras tu memang best sangat. Rasa tenang jer menikmati keindahan alam di
situ..
![]() |
Cetek jer air sungai ni.. tp sebab baru lepas hujan air nampak deras.. |
Mini Petting Zoo
Kanak-kanak memang suka sangat
dengan haiwan kan. So ini salah satu daya tarikan untuk anak-anak bila berada
di sini. Mereka dapat melihat rabbit, ayam dan angsa. eh, bukan anak-anak jer
yang suka, ibubapa pun suka sangat tau bila tengok anak-anak happy dapat
explore sesuatu yang baru.. takde la main handphone jer..
![]() |
Kawasan haiwan peliharaan.. |
![]() |
Ayam pun hado.. haha |
Anak-anak memang leka bermain dan
beri rabbit makan.. TBH ada menyediakan makanan untuk rabbit dengan bayaran RM2
seikat. Rabbit akan diberi makan daun pokok carrot. Ya Allah, berebut-rebut
budak-budak ni nak bagi rabbit makan.. habis minta ibu ayah duit lagi nak beli
makanan rabbit.. patut la gebu-gebu rabbit kat situ sbb tak berenti diberi makanan
oleh budak-budak.. hahaha..
![]() |
Comel-comel dan bersih rabbit kat sini tau.. |
![]() |
Makan ye rabbit.. berebut-rebut macam tak cukup makan pulak ye.. |
![]() |
Nahhh.. makan lagi... |
![]() |
Sejemput makanan rabbit berharga RM2. Pekerja tu petik dari kebun dia jer.. haha |
Angsa tu pulak akan dilepaskan
sekali sekala.. Riuh bunyi suara angsa yang bising tu kejar orang.. yang
budak-budak ni pun lari sebab takut kena kejar angsa.. Meriah betul suasana kat
situ.. Betul-betul rasa macam kat kampung.. Mak ayah nak rileks dalam bilik pun
tak kisah anak-anak main kat luar.. Eh.. memang tak lekat kat bilik la
budak-budak ni main ngan cousins diorang kat luar.
![]() |
Angsa yang asyik kejar orang.. haha |
![]() |
Semua kerumun tengok angsa.. sekali angsa tu kejar mencicit-cicit budak-budak ni lari.. haha |
Café dan Pizza Oven Kayu
Kalau stay di sini korang tak
perlu risau pasal makanan.. TBH juga mempunyai restorennya sendiri. Tapi
kebetulan masa kami datang tu tukang masak di situ baru berenti. So tak dapat
la nak rasa masakan lain di situ.. Tapiiiii.. di café ni ada menyediakan
pelbagai jenis pizza yang dibakar menggunakan oven kayu.. Yang ni memang
sentiasa available.
![]() |
View cafe masa siang sebelah luar. |
![]() |
View cafe waktu malam |
![]() |
View cafe waktu malam sebelah luar. |
Pizza di sini sedap sangat
wehhh.. memang rasa lain sangat dari pizza yang dibakar menggunakan oven elektrik.
Kitorang sempat tengok penyediaan untuk membuat pizza tu. Oven tu akan mula
dibakar dari siang.. Pizza tu pulak dimasak sekejap sangat dalam oven tu dalam
1 min jer macam tu.. perghhhh.. hebat sangat tu..
![]() |
Oven Kayu |
![]() |
Special Menu today |
Masa kami bercuti tu birthday Angah
dan juga anniversary dia dengan husband dia.. So kitorang siap request buat
pizza bentuk love lagi.. dan kebetulan
pulak diorang baru nak perkenalkan menu pizza baru perisa serunding strawberry.. So diorang memang
betul-betul layan request kami.. very friendly.. dan of cos pizza ada
strawberry tu memang sedap sangat. Dah order 2 jenis pizza, lepas tu repeat
order lagi 2 biji pizza..
![]() |
Pizza Serunding Strawberry Cinta requested by my sister. |
![]() |
Pizza apa tak ingat - chicken kot.. |
Untuk breakfast dan lunch pula,
kami makan di restoren berhadapan TBH. Makanan kat situ pun sedap. Tapi sekarang
café TBH tu pun dah bukak untuk lunch rasanya sampai ke malam.
Barbeque
Malam kedua tu kami buat BBQ. Peralatan untuk BBQ semua boleh disewa di TBH. Tapi untuk perapan ayam tu kami order dari luar sbb TBH takde sediakan. tapi contact number tu pun dapat dari owner TBH juga. kami order ayam untuk BBQ dan juga nasi goreng cina.. Dua-dua sedap sangat. Memang berbalaoi2 la.. very recomended order kat diorang ni..
![]() |
Tempat bakar BBQ di tepi sungai. Ada meja kayu di situ. |
![]() |
Ayam perap utk BBQ dan nasi goreng cina. |
Petang tu kami ada beli jagung jugak untuk dibakar.. masing-masing laju jer makan malam tu. Ayah Wan la yang tukang bakar ayam dari petang. dah la hujan malam tu.. tu masing-masing lapar. Oh ya, TBH juga ada menyediakan meja dan kerusi tambahan. Tapi memandangkan hari hujan so kitorang letak meja tu tepi bilik..
![]() |
Peralatan utk BBQ disewa dengan harga RM50 |
![]() |
Bakar-bakar sampai malam |
![]() |
Kerusi dan meja juga disediakan upon request. |
Nursery
Selain landskap dan kebun mini, di TBH ni juga ada tapak semaian pokok bunga, pokok kaktus dan sayur-sayuran.. Kalau korang nak membeli pokok kat situ pun boleh. Kot la taknak bersesak-sesak kat Kea Farm or malas nak pergi singgah beli pokok kat tempat lain kan..
![]() |
Tapak semaian |
![]() |
Pilih jangan tak pilih |
![]() |
Macam-macam jenis pokok ada |
![]() |
Pokok kaktus |
Amacam??? Menarik sangat kan Homestay Tiny Boutique Habitat ni.. Rasa macam pergi bercuti ke luar negara pun ada.. Very recommended tau homestay ni. Sangat berpuas hati dan berbalaoi2 bila bawak family besar. To be honest, trip percutian family kami kali ni lebih banyak habiskan masa kat homestay jer.. Tak banyak tempat kami pergi sebab kebanyakan tempat kami dah pergi kan.. maklum la tempat favourite untuk bercuti kan.. So kali ni memang betul-betul luangkan masa happy-happy berkumpul dengan family kat homestay jer.. tambahan pulak homestay ni best dan cantik kan.. haha..
Kalau korang nak pergi ke sini juga kena booking awal-awal tau sebab kuantiti bilik tu sangat terhad. So memang cepat penuh.. Ada yang tunggu sampai 3-4 bulan nak booking tau. lagi2 kalau nak pergi ramai-ramai.. kalau setakat 1 unit ok kot booking last minute..
Untuk info lanjut boleh tengok media social Tiny Boutique Habitat
Instagram : https://www.instagram.com/tinyboutiquehabitat/
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Latest picture dari kawan Dilah yang pergi TBH bulan March aritu. Dah ada menambahan kat tempat tu.. memang masa nak balik tu, nampak diorang macam nak renovate tempat tu.. Makin cantik sekarang tau..![]() |
Credit pic to Mimi.. Cantik kannn |
![]() |
Mimi cakap tambahan tu rumah owner rasanya.. |
Sesekali bercuti ramai- ramai macam ni memang best kan...SA pun pi CH march hari tu...seronok sesekali berkumpul macam ni...next kalau pi nak lepak2-3 hari kat atas tu...baru puas
ReplyDeletememang seronok kan kak SA dapat berkumpul ramai2.. kitorang jauh so memang sekurang2nya kena stay 3h2m.
DeleteCantik juga la...dah lama juga x pergi cameron ni..boleh la pergi bawa mak nieyl nnt
ReplyDeletecantik sangat nieyl.. boleh la bawak mak datang situ.. mesti dia suka...
DeleteYa Allah cantiknya! Dah lama tak pergi Cameron. Lepas ni tahulah nak book mana kalau pergi Cameron. Thank you share. Gambar semua cantik.
ReplyDeleteWaaaa...tertarik menariknya.... ok nak save detail homestay.
ReplyDeleteCantik tempatnya. Tak pernah lagi jejak kaki ke sana.
ReplyDeleteBoleh try ni. Memang hati asyik teringin nak ke CH je skrg ni. Almaklumlah dah 8 tahun kot tak ke sana. Mesti banyak yg dah berubah
ReplyDeletealaaaaaaa.. Dilahhh.. santeknya suasana kat sana
ReplyDeleteTeringin nak ke Cameron anak dah besar ni, tapi tu lerr....Suami kalau dah pernah pergi sekali, taknak dia ulang pergi ke tempat yang sama bercuti huhuhu...
ReplyDeletecantiknya senibina diaaa dan lagi best, semua adaaaaaaaaaaa kat situ! masuk wishlist!
ReplyDeletecantiknya tempat ni ...gambar2 Dilah ni pun menarik
ReplyDeleteBestnya!
ReplyDeleteamboi..geram sunggun tengok piza siap strawberi..huhu..manis la hai...
ReplyDeletemasa kami pegi awal bulan ogos tu, owner masih dalam edah sebab husbandnya meninggal
ReplyDeleteAs'salam
ReplyDeleteNak tanya, untuk unit premium 7paxtu, ada partion atau bilik x antara katil tu.. kalau tgk gambar macam x ada. Terima kasih
waalaikumsalam.. xde partion. tapi kalau 2 family boleh asing tido atas dengan bawah la.. cuma bilik air tetap ada 1 je dalam tu.
Delete