Zabiha's Family Day @ Eagle Ranch Resort, Port Dickson - Ceritera Ibu

Zabiha's Family Day @ Eagle Ranch Resort, Port Dickson



Zabiha's Family Day @ Eagle Ranch Resort, Port Dickson | Assalamualaikum. Musim cuti Sekolah bulan March yang lepas, kitorang sekeluarga pergi ke Port Dickson bersama family Ayah Wan sempena Zabiha’s Family Day pada 23 dan 24 Mac. Dah 2 tahun kitorang tak bercuti bersama, so Family Day kali ni banyak dirancang dan diuruskan oleh Kak Long, kakak ipar Dilah. Beliau yang cari tempat untuk Family Day kali ni iaitu di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. 


Ni la kak long dan abg long yg banyak uruskan family day kali ni..

Kali ni Dilah malas nak membebel panjang-panjang, jom kita tengok apa yang menariknya di Eagle Ranch Resort ni.. Resort ini berkonsepkan red indian dan  ala-ala cowboy town gitu.


Terdapat pelbagai jenis bilik penginapan di sini seperti Tepee Room, Kampung House, Bandwagon, Lock Cabin Room, Paddock Chalet dan Eagle Terrace Room. Pilihan tempat penginapan kami adalah Tepee Room.

Jenis Kampung House

Eagle Terrace Room kalau tak silap.. berhadapan kampung house.

Paddock Chalet


Tempat register and ambil kunci bilik

Tepee Room

Tepee Room ni ada 18 unit semuanya dan kitorang booking separuh daripadanya iaitu 9 unit. Size bilik Tepee ni tak besar, tu yang kitorang amik extra unit utk anak-anak kitorang + anak-anak kaklong. Sebab budak-budak ni dah besar, tak muat dah nak menyelit kat mak ayah lagi kalau bilik dan katil kecik.. haha.. Ok la, jom kita tengok Tepee Room.

Tepee Room

TV, cawan + tea, kettle

Tandas

Dari pintu masuk bilik.

Muat sebuah  katil queen

Aktiviti bersama family

Anak-anak bila bercuti ni tak sah kalau tak mandi kolam kan.. Lepas check in pukul 3 ptg tu, masing-masing dah merengek nak mandi kolam. Memang tak la kitorang nak bagi mandi tengah panas terik tu.. pukul 5 baru bagi diorang turun kolam.. kolam kat sini ada beberapa jenis.. ada kolam besar area Kampung House (tapi time tu tak boleh guna sebab dah reserved untuk family day 1 company yg ada time tu..) Then kitorang pergi yang atas sikit berdekatan dengan lobi. Kat sini ada 3 jenis, kolam dewasa, kolam kanak-kanak dan jugak jakuzi.. berendam la korang dalam tu ramai2 ya.. haha

Kolam kanak-kanak



Kolam dewasa


Jakuzi




Dalam kul 6 petang, abg long dan geng2 yg dewasa ni ajak pergi main bola tampar. Nak main just minta bola tu kat staff yg ada kat situ, gelanggang terletak berhadapan dengan lobi. Gelanggang volley ball ni jenis berpasir tau.. So yang dewasa-dewasa ni pergi main volley dan budak-budak ni Dilah jaga kat kolam.. Lepas main volley, diorang main futsal pulang kat padang tepi tu.. Memang banyak aktiviti boleh buat kat situ.. Memang enjoy la diorang petang tu baik yang dewasa dan yg kanak-kanak.. Sampai tak cukup masa nak main.. haha


Malam tu kitorang pegi makan kat luar. Jalan kat PD tu Ya Allah, jem hoiii.. maklum la awal cuti sekolah kann.. berderet kereta.. cari tempat makan pun ramai orang sangat2.. Last-last kitorang pegi tempat makan yg biasa-biasa je yg tak ramai orang. Tu pun menunggu lama.. balik tu kitorang buat aktiviti keluarga kat luar bilik tu.. kat situ ada kawasan lapang kan, so memang sesuai la buat aktiviti.. kalau nak BBQ pun ada tempat khas kat situ.. siap ada sinki dan tempat bakar lagi..



Keesokan harinya lepas breakfast, kitorang buat sukaneka pula.. dan tukar-tukar hamper. Lepas tu anak-anak request untuk mandi kolam lagi.. mandi la korang.. ibu nak kemas barang.. pukul 12 tghari kitorang check out. Masa pulang kunci tu, diorang bagitau yg diorang akan datang check kat bilik utk pastikan memang betul2 dah keluar. Sebabnya kunci bilik tu jenis kunci dan mangga, bukan jenis card yg canggih tu.. so boleh je kalau orang nak tipu g hantar kunci kata dah check out tp sebenarnya belum check out lagi kan.. haha. Tp urusannya semua cepat jer.. tak tunggu lama sangat pun..

Hamper untuk semua keluarga.

Ada tempat buat BBQ sekali di sini

Yeay dapat hamper.. abaikan muka kitorang yg tak semenggah tu.. haha

Sebelum balik, jom ambil gambar ramai-ramai 1 family Zabiha. Tu pun ada yg takde dan dah tunggu kat kereta sbb ada anak-anak yg dah tertido kepenatan.. Overall, kitorang enjoy dan happy buat family day kat Eagle Ranch Resort ni..



Zabiha's family.. ni pun ramai yg takde sbb dah tunggu dalam kereta..

Note : Alhamdulillah.. dapat gak publish entry ni.. dah lebih 3 bulan dalam draft ni.. haha

10 comments:

  1. Wah tak sangka PD ada tempat stay macam ni. Selalu tengok hotel je banyak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. 1st time sampai sini pun mcm tak percaya.. ingat hotel2 je ada kat PD. Tp tempat ni jauh sikit dari pantai..

      Delete
  2. Bestnya ada family day macam ni. yang penting semua sporting

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan.. setahun sekali mesti semua orang kena join..

      Delete
  3. Cantik tempat ya.
    Boleh juga ambil idea family dilah ni, bertukar-tukar hamper. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni memang cantik.. ala-ala cowboy pun ada jugak.. haha.. tukar2 hamper tu bajet cuma rm20 je tau..

      Delete
  4. assalamualaikum dilah...bestnya wat family day kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. memang best mama.. lagi2 semua family ada kan..

      Delete
  5. yang oren putih tu bandwagon...paddock chalet dekat dengan kampung house juga, tak jauh dari swimming pool tu, dia betul2 menghadap paddock kuda

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kebetulan pulak kan akak publish entry ni Sunah pun pegi sana.. thanks sunah.. akak memang tak sure yg dekat kampung house tu doom ke apa.. rupanya paddock chalet ye..

      Delete