Bayi Tidur Lena dengan Affan Natural Telon Oil dan Baby Balm - Ceritera Ibu

Bayi Tidur Lena dengan Affan Natural Telon Oil dan Baby Balm


Baby Tidur Lena dengan Affan Natural Telon Oil dan Baby Balm | Assalamualaikum.. Hai korang, yang mana ada anak kecik tu meh sini Dilah ada barang baik nak share ngan korang.. hehe.. Ala, biasa la mak-mak kan, ada barang baik yang elok pakai untuk anak-anak mesti lah kita nak share.. benda baik kan, buat apa simpan sorang-sorang.. bila kita share, orang lain guna kita pun dapat la pahala sikit kan… hehe.. amboii.. Ibu Dilah kalau dah bebel, panjang mukadimahnya kan.. haha


Bila ada anak kecil ni, banyak yang perlu kita jaga untuk mengelakkan bayi tidak selesa dan seterusnya akan menyebabkan bayi meragam dan tidak dapat tidur lena. Antara perkara yang perlu dielakkan adalah kembung perut dan juga terkena batuk dan selsema. Dilah nak kongsi dengan korang 2 produk yang boleh membantu mengatasi masalah kembung perut, mengurangkan batuk selsema dan juga masalah tidur tidak lena.




Affan Natural Telon Oil dan Affan Natural Baby Balm


Affan Natural Telon Oil


Affan Natural Telon Oil diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti halia, lavender, minyak badam, bunga ylang ylang, bunga geranium dan juga habbatus sauda. Tiada bahan sintetik, tiada bahan bewarna, tiada paraben, tiada steroid, dan tiada bahan daripada haiwan. 

Affan Natural Telon Oil

Cara Penggunaan

Spraykan sedikit minyak telon ke tapak tangan kita dan sapukan minyak telon ke dada, perut, belakang badan, betis dan juga tapak kaki. Lakukan sedikit urutan di belakang betis dan tapak kaki agar baby berasa selesa dan tenang. Minyak Telon ini boleh digunakan selepas baby mandi dan juga sebelum tidur. Bau minyak telon ini dapat membantu baby berasa tenang dan seterusnya dapat tidur dengan lebih nyenyak.


Affan Natural Telon Oil



Kelebihan Minyak Telon Affan

  • Memberi keselesaan sepanjang hari kepada bayi

  • Mencegah daripada perut kembung

  • Mengurangkan batuk dan selsema pada bayi

  • Membantu memberi kehangatan pada bayi

  • Membantu bayi tidur nyenyak



Affan Natural Baby Balm


Affan Natural Baby Balm diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti shea butter, bunga lavender, minyak badam, minyak zaitun, bunga geranium dan juga habbatus sauda. Tiada bahan sintetik, tiada bahan bewarna, tiada paraben, tiada steroid, dan tiada bahan daripada haiwan.



Affan Natural Baby Balm

Cara penggunaan

Sapukan baby balm pada dada, belakang badan dan juga tapak kaki. Minyak Telon ini boleh digunakan selepas baby mandi dan juga sebelum tidur. Boleh digunakan lebih kerap jika baby batuk dan selsema.

Affan Natural Baby Balm






Kelebihan Affan Natural Baby Balm
  • Diperkaya dengan minyak almond serta minyak zaitun untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi.

  • Melindungi kulit bayi yang sensitive.

  • Membantu merawat kulit kering dan mengelupas yang menjadi punca keradangan kulit.

  • Mengandungi Essential Oil 100% organic dengan haruman bunga lavender yang menyenangkan.

  • Mengurangkan keradangan.



Pengalaman Dilah menggunakan produk Affan Natural Telon Oil dan Baby Balm


Faiz Mikail tu sekarang yang dah 1 tahun, 4 bulan.. dah makin susah nak tidur malam tau.. Maklum la ada kawan, kakak abang pun kadang-kadang pukul 10.30 malam tak tidur lagi.. Kadang kakak abang dah tidur, dia pulak tak tidur.. kejap menyusu, kejap lagi dia turun katil pergi merayau kat luar bilik. Kejap lagi datang balik nak menyusu.. pastu turun balik.. Adoiii.. pening ibu ni hah.. dah la ngantuk tapi anak taknak tidur..




Faiz Mikail tidur lena setelah amalkan sapuan baby balm dan minyak telon.


So sekarang ni apa yang Dilah buat nak bagi dia tidur?? Hahh.. Dilah sapukan Affan Natural Telon  Oil dan juga Affan Natural Baby Balm ni.. Faiz Mikail ni kan jenis kuat makan.. so bila dah makan macam-macam tu kadang-kadang ada la angin dalam perut tu.. Tu yang buat dia tak selesa bila nak tidur.. selagi dia tak membuang or sakit perut memang dia tak akan tidur.. tu yang Dilah perasan sangat..  





Selain tu kalau Faiz Mikail tengah selsema pun memang agak payah jugak la nak tidur bila hidung tersumbat. Nak menyusu pun susah.. tu yang jadi susah nak tidur dan meragam.. So Dilah akan pastikan selepas mandi dan sebelum tidur Dilah akan sapukan Affan Natural Baby Balm. Faiz Mikail ni jenis jarang batuk selsema, tapi kalau dah start kena agak lambat sikit nak baik. Maklum la dia duduk rumah pengasuh tu, ada juga budak lain yang diasuh dan kerap tak sihat. So memang Dilah pesan kat pengasuh pastikan pakaikan minyak telon dan baby balm pada Faiz Mikail..




Affan Natural Telon Oil dan Affan Natural Baby Balm


Apa yang membuatkan Dilah sangat suka kedua-dua produk Affan ni? Kerana produk Affan diperbuat dari bahan semulajadi dan juga essential oil. So kita tak perlu risau dengan bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada bayi. Ianya Selamat digunakan untuk anak-anak kita.. Packaging produk Affan ni pun cantik dan menarik kan.. suka sangat..




HARGA PRODUK AFFAN


Sekarang ini Affan sedang buat promosi sempena pengeluaran produk baru ini.. Harga pengenalan untuk kedua-dua produk Affan ini adalah seperti berikut.



Affan Natural Telon Oil

Harga  : RM35





Affan Natural Baby Balm

Harga  : RM45

Harga Promosi RM39 sahaja

(sementara stok masih ada)





TESTIMONI










Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Natural Affan, korang boleh hubungi ;











28 comments:

  1. Mesti bau dia sedapkan Dilah..Masa anak-anak Sis kecil pun, memang pakai minyak telon indonesia tu haaa..suka baunyaaa

    ReplyDelete
  2. packagingnya comel sangat. baunya pon sedap. try sapu kat baby kita pon nampak kesan positif. berbaloi la produk ni.

    ReplyDelete
  3. first nak komen, packaging dia..so cuteeeee.. i likeee.. TB pun suka guna produk yang based on natural.. macam minyak telon ni pun TB akan pilih ikut kandungan bahan natural jugak..

    ReplyDelete
  4. Menarik juga minyak telon untuk baby ni. Kadang2 anak lisa pun jenis selsema yang baby sarah ni. May be pakai balm ni boleh cepat dia baik.

    ReplyDelete
  5. Packaging minyak ni comel sungguh la. Minyak telon ni kalau letak kat tapak kaki, perut baby kemudian urut2 pula mesti tidur lebih lama. Produk yang alami sesuai untuk si kecil kerana tidak mengandungi bahan kimia.

    ReplyDelete
  6. Bagus produk² Natural Affan ni, mementingkan kualiti. Bahan yang digunakan semua dari semulajadi.

    Bila ada anak kecik, minyak telon dengan balm ni wajib ada, kan Dilah.

    Mudah bila anak² meragam, sapu aje

    Promosinya sampai bila ya?

    ReplyDelete
  7. amboi lena betul dia tidur kat belakang tu. mesti tak sedar si mommy duk ambil gambar produk tu. ntah apa agaknya dia mimpi tu. bagus kalu boleh bantu anak kecil tidur dengan mudah & lena kan

    ReplyDelete
  8. Baru tau ada minyak telon jenama affan. Suka bau minyak2 baby ni. Bagusla takde steroid dan sesuai utk yg kulit sensitif

    ReplyDelete
  9. sebab ada bau lavender yang memberi kesan relaks dan tenang....baby jadi lebih mudah untuk tidur...alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. Bestnya tengok bayi tidur lena. Sebab apa? Sebab mak bayi pun dapatlah rehat dan tido. Best bau minyak telon. Nanti bolehlah sarankan kat kawan-kawan sis.

    ReplyDelete
  11. wow produk baharu, botol mudah nak bawa kemana-mana, baguslah adanya produk ini membantu anak-anak yang susah nak tidur malam, kadang anak aktif pon susah nak tidur malam sebab fikirkan nak main jer... saya suka bau minyak telon ni.. wangi jer... selesa dengan bau nya

    ReplyDelete
  12. WAh. Nampak dia tidur lena terus lepas consume produk ni. Sekali dgn produk dia peluk 😬. Bila anak tidur lena, barulah masa utk mak ayah tidur lena.’ Boleh sapu dkt orang dewasa jugak kan? 😅

    ReplyDelete
  13. Yaya suka bau minyak telon..menenangkan. Kalau sapu pada baby lagi lah. Boleh bantu baby tidur lena..

    ReplyDelete
  14. hai dilah. done folo ur blog. alang2 dah komen ni kan :)

    comel.
    bagus la sekarang, aida peratikan semakin byk produk utk baby sebegini tau.
    natural. trusted. dulu kala zaman anak2 aida baby, ada minyak tulisan cina tu ajer :) ha ha ha ha....
    mudahkan parents nak membeli. minyak ni wajib ada kat rumah bila mana rumah tu ada baby, dilah. baby ni mcm2 pe'el nyer. memang renyah. maka wajib la beli ni 1 set. supaya baby tidur lena, parents pun dpt berehat :)

    ReplyDelete
  15. Apa2 produk yg ada essential oil mesti wangi. Sedap je bau. Elak mak dia pun guna sekali tau.

    ReplyDelete
  16. sis dh try.. okay! serasi... lagipun guna bahan semuljadi gini mmg sis suka.. lg lg bila bau dia tu wangi dan boleh tenangkan anak.. best best!!! terbaik...

    ReplyDelete
  17. Bagus ada pelbagai pilihan untuk minyak telon baby ni dengan pelbagai khasiat dari bahan semulajadi. Dulu tak banyak nak pulak kena purchased dekat kedai je. Sekarang dah boleh shopping online.

    ReplyDelete
  18. Ooh.. Adik Bella baru dapat baby so kalau baby ada problem angin ke, takbole tidur sebab sakit ke, Bella akan syorkan minyak ni. Memang popular minyak telon ni kan

    ReplyDelete
  19. Macam2 jenama ya minyak telon sekarang. Apa2 jenama pun kalau namanya minyak telon sis rasa bagus lah kot. Sis dulu pun gunakan minyak telon utk anak..mmg sedap je bau dia dan anak pun tak byk meragam

    ReplyDelete
  20. kalau bayi tak meragam dan tidur lena...ibu dan seisi rumah pun senang hatikan. Yng penting minyak telon tue tak terlalu panas dan buat bayi selesa.

    ReplyDelete
  21. Memang bagus kan set affan ni.. Sesuai utk para ibubapa ada set ini utk anak2.. Selesa nak guna dan yang bestnya dpt elakkan dr kembung perut.

    ReplyDelete
  22. Lenanya baby tidur kat tepi tu hehehe seronok tengok kalau baby tidur lena dan ibubapa juga rasa selesa dan seronok hehehe dapat buat kerja kan bagus kena ada produk ni kat setiap ibu bapa yang ada anak kecil...

    ReplyDelete
  23. mesti sedap bau dia ni..anak2 suka disapu denagn minyak telon ni..rasa hangat dan selesa je diaorang ni

    ReplyDelete
  24. mak2 di luar sana tak perlu risau lagi dengan adanya minyak telon ni kan, baby pun nampak selesa dan tenang jerr.

    ReplyDelete
  25. Comelnye packaging die natural n cute. Memang wajib ada kan minyak telon n baby oil supaya ank tdo dgn selesa. Mak pon kurang stress anak x meragam.

    ReplyDelete
  26. wahh harga dia affordableee laa! :D

    ReplyDelete