Betul ke Ayam 3x Pedas McD tu betul-betul pedas??


Betul ke Ayam 3x Pedas McD tu betul-betul pedas?? | Assalamualaikum.. Korang dah makan Ayam 3x Pedas MCD tu?? Semalam Dilah dan Ayah Wan baru dapat makan ayam 3x pedas tu.. tu pun setelah 3x pegi McD nak beli ayam pedas tu asyik habis jer.. kalau nak jugak kena tunggu lagi 40 min.. perghhh.. tak sanggup nak tunggu lama sangat.. bukan takat ayam 3x pedas tu je yg habis.. ayam yang biasa tu pun habis jugak.. penangan ayam 3x pedas la tu.. berlawan2 sampai ramai orang berpusu2 ke McDonald nak membeli..

Ayam 3x Pedas McD

Dilah cakap ngan ayah wan, kena kena tukar timing pegi beli ni.. pegi pukul 8malam memang la masa peak hour orang nak dinner kan.. macam tu jugak masa 1st time pegi hari tu pukul 2 petang kot time orang masih nak lunch.. so memang habis la ayam.. tu pun dah pegi 3 tempat pun semua habis..

So semalam sebelum amik anak2 balik sekolah kitorang pegi la mencuba nasib lagi sekali untuk beli ayam 3x pedas tu.. haha.. alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak.. mujur ada parking kosong dan dapat la makan kat dalam.. Order pun tak lama sangat..

nampak tak muka beriya nak makan.. tahan pedas ke apa tu?? haha

Mula-mula nak makan berdebar2 jugak.. haha.. actually Ayah Wan la yg beria nak makan ayam 3x pedas ni.. Dilah takde la beriya sangat.. 1st gigit, ok tak rasa pedas sangat lagi.. 2, 3 kali gigit baru terasa pedas tu lagi2 kalau makan bahagian kulit tu kan.. perghh memang rasa pedas sangat.. tapiiiiiiii... bagi kitorang takde la pedas sesangat macam makan samyang tu.. kalau samyang tu pedas dia sampai boleh buat pijar bibir oii.. haha.. yg ni pedas tapi masih boleh tahan lagi.. bak kata ayah wan, ni baru 2x pedas bukan 3x pedas.. haha..


Kitorang beli 1 set je yg 2 ketul ayam tu share 2 orang.. alhamdulillah.. abis la makan jugak.. siap suap baby mika tu lagi tau.. haha.. teruk betul kan.. bagi fries dia taknak.. nak ayam jugak.. tp kitorang bagi bahagian isi je la yg putih tu, xde langsung kena yg pedas.. tu pun bagi sikit jer 2,3 helai halus isi dia.. baby rileks je makan siap mintak lagi pulak.. haha.. tp xdela ibu nak bagi lagi.. bagi dia makan aikrim je la..

So kesimpulannya, pada pendapat kitorang  ayam tu memang lebih pedas dari ayam goreng McD yang biasa tu tapi masih boleh tahan lagi la.. idok ler sampai sakit perut.. tapi tu pendapat kitorang la.. Bab rasa ni kan subjektif.. ada orang tak tahan pedas, so tak yah la nak cuba.. ada orang kuat pedas memang le dia tahan.. hah.. gitu.. so korang dah rasa lom??

Post a Comment

9 Comments

  1. Kannn Dilah, tak cuba tak tau, asyik baca cerita orang je, haaa kena cuba sendiri baru tau pedas ke idok hehehehe

    ReplyDelete
  2. ni memang jenis kuat makan pedas ni, hahaha. Akk tak leh komen sebab rasa sikit aje kawan punya, pedas gaklah, tapi bagi orang yg kuat pedas mungkin dia selamba je makan

    ReplyDelete
  3. kira boleh tahan juga la ye perut akk tu..
    kawan kakak nieyl dia ckp makan sakit perut..nieyl tak cuba lagi sbb asyik nak beli habis lepas tu kena tunggu 20min...

    ReplyDelete
  4. tak berani nak cuba...pedas memang sedap...mulut tahan...takut perut yang tak tahan

    ReplyDelete
  5. belum cuba lagi..tapi warna dia merah sangat menyala-nyala

    ReplyDelete
  6. akak blm ada perasaan lagi nak try hehehe

    ReplyDelete
  7. yang biasa pon pada saya dah pedas. seram nak makan yang 3x pedas ni.

    ReplyDelete