Cerita Raya Haji Kami - Ceritera Ibu

Cerita Raya Haji Kami


Cerita Raya Haji Kami | Assalamualaikum..Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan dan readers blog Dilah..lambat sangat nak wish kan.. Ok, plan asal tahun ni turn Raya Haji di rumah mertua Dilah. tapi last minute tukar plan nak beraya rumah Bunda sebabnya Dilah benda urgent nak discuss dengan Bunda.. so raya haji balik Melaka dan hujung bulan Merdeka nanti balik rumah Tokma pulak..


Sabtu pagi kitorang gerak balik rumah TokMa dulu.. dalam pukul 10 lebih baru gerak. Lepak-lepak dulu rumah Tokma.. petang pukul 6.15pm baru gerak balik Melaka.. Alhamdulillah.. jalan lancar sangat.. takde jem langsung kat highway.. Kitorang sampai rumah Bunda pukul 8.05 malam.. 

Memandangkan plan asalnya Dilah ngan adik Dilah beraya rumah mertua, so Bunda plan cuma nak buat mee kari jer la time raya.. tapi bila kata kitorang nak balik melaka, terus bunda tambah menu buat nasi impit dan ayam masak lapis. Kakak Ipar Dilah pulak dah siap buat rendang ayam.. So tu je lam menu pagi raya kitorang..



Lepas balik sembahyang raya, kitorang pergi rumah Pak Wek (atok Dilah). Rumahnya belakang rumah Bunda jer.. hahaha.. dekat sangat kan.. Berkumpul rumah Pak Wek untuk buat tahlil untuk arwah nenek. Then baru makan-makan. Adik beradik Bunda pun semua ada.. so memang meriah la...

Lepas makan-makan tu, masing-masing ajak bergambar pulak.. Gigih masing-masing bergambar time tengahari panas-panas ni wehhh.. Pak Wek pun layan jer anak cucu cicit nak bergambar.. Time raya puasa haritu pun tak sempat nak bergambar macamni tau.. kali ni elok pulak ramai yang berkumpul dan sempat bergambar beramai-ramai.

Adik beradik Bunda ada 6 orang. Dari kiri : Mama (no4), Bunda (no1), Pak Wek, Pak Ngah (no2), Cik Oni (no5) 2 orang lagi takde dalam gambar.

Yang ni pulak geng sepupu-sepupu gegirl pun sibuk nak bergambar.. haha.. acah-acah buat video klip pulak ko yer.. haha



Kalau korang perasan, gambar anak-anak Dilah takde kan.. cuma adik baby tu jer.. yang 2 beradik lagi si Fattah Anas dan Faris Zakwan takde.. sebab diorang dah lari balik rumah Bunda.. tu la budak-budak ni bila dah jumpa cousin diorang tak ingat ibu ayah.. time kat kampung ni memang puas la diorang bermain sampai bila ajak balik pun tak nak.. Maklum la, kat kampung bebas nak main, lari sana sini, kawasan luas kan..  Pastu, dari pagi sampai ke malam asyik nak main bola jer.. Diorang ni main kat laman rumah Bunda tu jer dengan sepupu sepapat.. jangan tak caye, malam-malam pun meriah diorang main bola tau.. sampai kul 12 malam pun masih nak main bola.. iskkk.. giler bola betul budak-budak ni kan..




Walaupun unplanned balik raya kat Melaka, tapi bila dapat balik happy sangat.. Kat kampung tu pun banyak yang buat korban tahun ni.. so dapat daging memang banyak.. dinner hari ahad dan lunch isnin tu pun dah makan daging jer.. Alhamdulillah.. rezeki.. Pukul 2.30 ptg hari Isnin tu kitorang dah gerak balik JB.. sampai JB pukul 6.30 ptg.. 4 jam jugak la sebab jumpa jem beberapa tempat..

5 comments:

  1. sama la anak anak saya pun..kalau dah balik kampung..lupa mama ayah dah...

    ReplyDelete
  2. Semua ceria dan gembira bila dapat berkumpul.. Agak meriah juga sambutan Hari Raya Aidiladha Ibu Dilah.. LZ dapat balik kampung tapi tak dapat berkumpul beramai-ramai memandangkan masing-masing ada urusan tak dapat balik beraya..

    ReplyDelete
  3. Bila di kampung laaa rasa me time banyak dengan family dan sepupu sepapat kan, sebab anak-anak tak sibuk berkepit kan Dilah hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Seronok bila dapat berkumpul saudara mara

    ReplyDelete
  5. bestnyaa dapat kumpul ramai2.. kita raya haji ritu kerja.. tak ke mana lah saya

    ReplyDelete