Embah Jid Mahu Menaikkan Semula Muzik Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020 - Ceritera Ibu

Embah Jid Mahu Menaikkan Semula Muzik Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020


Embah Jid Mahu Menaikkan Semula Muzik Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020 | Assalamualaikum.. Siapa suka dengar lagu zapin kat sini?? Dilah suka dengar lagu zapin sekali dengan tarian zapin.. Negeri Johor ni kan terkenal dengan tarian zapin.. kadang-kadang kalau majlis kahwin tu ada juga persembahan tarian zapin dari budak-budak sekolah.. Alahai, comel betul budak-budak kecil ni berjoget zapin tau.. rasa bertenaga sangat mereka ni tau..


Masa zaman lagu irama Malaysia tengah popular satu masa dulu, kat radio selalu dengar lagu irama Malaysia.. Lagu-lagu ciptaan Pak Ngah nyayian oleh Dato' Sri Siti NurHaliza dan Noraniza Idris kerap dimainkan di radio-radio.. Kalau anugerah Juara Lagu pula, penuh satu pentas tu dengan penari-penari iringan mereka.. Meriah sangat kan... 

Malangnya zaman tu dah berlalu.. Semakin hari semakin kurang lagu irama Malaysia dimainkan di radio tempatan. Apatah lagi lagu zapin. Nak dengar lagu zapin tunggu la kalau ada persembahan di sekolah atau di majlis kahwin.. Komposer lagu irama Malaysia pun semakin berkurangan.. Sedih sangat kan...

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???


Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID :-

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -



LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.


Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.


Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.


PROFIL EMBAH JID :

25 comments:

  1. semoga muzik irama malaysia terus hidup sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  2. bagus Embah Jid...teruskan usaha memartabatkan tarian asli. Letih dah tgk tarian zaman sekarang yg ntah apa2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu. serabut rasa kadang2 dengar lagu genre moden. tarian pun 1 hal entah apa je la pergerakan tarian pelik2..

      Delete
  3. Moga anak-anak muda juga ingin ceburkan diri dalam irama Malaysia ni kannn

    ReplyDelete
  4. Dah lama xdgr muzik irama malaysia sejak arwah pak ngah meninggal xda pengganti, baguslah dah ada pengganti beliau semoga lagu2 irama malaysia berkembang

    ReplyDelete
  5. great to hv nice muzik like this.. irama yang memang bagus sekali.. worth to listen...

    ReplyDelete
  6. oh embah jid ni yang bawa lagu lagu irama malaysia tu kan. yg bawa zapin johor ketengah untuk diwarisi. semoga usaha embah jid membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  7. Rindu zaman noraniza idris dan tokti dulu dgn lagu irama malaysia ...semoga misi embah jid berjaya dan semoga irama malaysia kembali popular.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya usaha Embah Jid memartabatkan muzik tradisional melayu.. TB dah lama tak dengar muzik tradisional ni.. suka tengok tarian zapin tu.. lain dari lain..

    ReplyDelete
  9. Zapin ni seronok kalau tenaga pengajar berpengalaman macam Embah Jid ni.
    Harap dapat la dipertahankan irama Malaysia ni.

    ReplyDelete
  10. all the best untuk Embah Jid and his team dalam meperkasakan genre etnik kreatif irama Melayu ni sebab dah makin tenggelam di zaman millenial ni

    ReplyDelete
  11. Good job tuan embah jid. Kekalkan momentum muzik tradisional ni. Lagi best kalau ramai anak muda mula nyanyikan lagu tradisional ni kan

    ReplyDelete
  12. Bagus ada orang yang masih lg ingin naikkan irama Malaysia ni. Irama ni memang tak luput dek zaman. Sentiasa malar segar menjadi halua telinga

    ReplyDelete
  13. Semoga embah jid berjaya dengan usaha murni beliau untuk memartabatkan irama muzik malaysia ni..golongan muda patut tahu dengan kewujudan muzik ini.

    ReplyDelete
  14. good luck embah jid ..moga terus sukses dlm bidang diceburi...especially tarian zapin moga dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi

    ReplyDelete
  15. Kembalikan sengat irama malaysia. Terbaik embah jid. Tak ada yg lama, tak ada lah yg baru. Teringat dlu time skolah rendah join team zapin sekolah. Rindunyaa

    ReplyDelete
  16. Baguskan usaha ya g dolakuman Embah Jid ni menaikkan semula martabat Irama Malaysia dalam industri muzik. Sekarang ni pergi mana mana semua budak budak duk nyanyi lagu korea je. Sedih pulak bila lagu irama Malaysia tak jadi siulan macam dulu

    ReplyDelete
  17. Bagus juga dapat mnghidupkan seni irama dan budaya melayu nie agar anak muda dapat mewarisinya supaya tak lapuk ditelan zaman.

    ReplyDelete
  18. Good job to Embah Jid sbb masih mahu meneruskan perjuangan memartabatkan tarian zapin dan irama malaysia tatkala makin ramai anak muda yg mula melupakannya.

    ReplyDelete
  19. Moga niat baik dan murni Embah Jid akan dapat diteruskan dan ada pelapis yang sudi berjuang bersama beliau dalam mempertahankan irama muzik tradisi yang begitu popular pada satu masa dahulu...

    ReplyDelete
  20. Salah satu usaha yg sangat baik untuk kembalikan martabat iramma malaysia terutamanya zapin. Semoga selepas ini makin diterima ramai.

    ReplyDelete
  21. Teruskan usaha untuk memartabatkan irama Malaysia ni agar tidak ditelan arus zaman.. semoga dapat terus diturunkan kepada generasi anak muda sekarang.

    ReplyDelete
  22. Tahniah embahjid semoga berjaya bawa sinar baru dalam seni muzik.

    ReplyDelete
  23. Usaha yg cukup baik...lagipun genre irama Malaysia dah semakin di lupai...

    ReplyDelete
  24. Semoga irama Malaysia dibangkitkan semua dalam industrial muzik Malaysia.

    ReplyDelete