Kakak Diyana dan Abang Faris Cabut Gigi Lagi - Ceritera Ibu

Kakak Diyana dan Abang Faris Cabut Gigi Lagi


Kakak Diyana dan Abang Faris Cabut Gigi Lagi | Assalamualaikum.. Semalam Dilah bawa anak-anak pergi cabut gigi lagi.. Gigi Faris dan Kakak Diyana dah goyang. dah 2 minggu juga kot.. yang Dilah perasan, depan gigi kakak yang goyang tu dah tumbuh gigi kekal..


Dulu masa mula2 gigi kakak goyang, Ayah Wan risau sangat. sebab takut bila cabut gigi nanti gigi kakak dah tak cantik.. "rongak" kat depan.. haha.. tapi bila doktor cakap usia macam diorang ni 6 -9 tahun memang masa gigi susu akan goyang dan diganti dengan gigi kekal. So sejak dari tu kitorang dah tak risau sangat dah..


So untuk beberapa tahun ni memang akan ulang-alik klinik jer la untuk cabut gigi anak-anak.. Bergilir-gilir gigi goyang cabut gigi.. Nanti bila kakak dah tumbuh semua gigi kekal, turn Fattah Anas pula 'salin gigi'.. Macam tu la juga prosesnya.. Sebab tu experience anak pertama tu penting. bila anak ke-2, 3 dan 4 kita dah tahu dah apa yang perlu dibuat..


Macam anak-anak Dilah ni ikut mood jugak.. masa sebelum umur 7 tahun dulu, Faris tak takut jumpa doktor gigi.. tapi baru-baru ni dia takut pulak.. sampaikan masa 1st time pegi ngan Ayah Wan 2 minggu lepas, tak berjaya nak cabut gigi tu sebab Faris taknak.. 


Kali ni Ayah Wan suruh ibu pulak.. tu pun mula-mula dia tak nak duduk.. dah duduk kat kerusi dia lari turun.. berkejar ibu tangkap dia.. pujuk dia duduk kat kerusi sambil peluk dia.. Fuhhh.. struggle sungguh ibu.. Tapi doktor kali ni penyabar sikit.. dia rileks je pujuk2 jugak..  maybe dah ada experience lebih handle budak-budak.. last2 Dilah yg duduk pangku Faris sambil peluk badan dan tangan dia sebab dia meronta-ronta.. bila doktor dapat cabut, tap sekali jer.. sekejap sangat..

Bila keluar bilik doktor tu ibu tanya Faris, sakit tak? Dia kata tak sakit.. see, betul tak ibu ayah cakap.. kalau sakit pun sikit jer masa doktor tarik tu.. Dia cakap macam kena gigit semut jer.. sakit kejap jer.. pastu x sakit dah.. 


Dilah cakap kat Faris, lepas ni abang kena ingat rasa sakit gigi tu sikit jer.. sekejap sangat.. Ya, itu yang kami pesan pada anak-anak beberapa hari sebelum nak cabut gigi.. kami tak takutkan diorang.. kami cakap memang ada rasa sakit tp sikit je dan sekejap sangat..

InsyaAllah.. lepas ni kalau nak cabut gigi lagi Abang Faris dah tak takut lagi..

7 comments:

  1. tahniahhh kakak n abang da cabut gigi!!

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Teringat Iman masa kecik dulu paling suka jumpa doktor gigi

    ReplyDelete
  3. Ingt dulu kecik²... Selalu goyang² gigi sampai tercabut .

    ReplyDelete
  4. hehe bagusnya tak takut pi dentist, pas ni tumbuh gigi kekal jaga elok2 naa :)

    ReplyDelete
  5. Nasib ibu penyabar jugak. Berjaya dah cabut gigi abg tu. hehe. Ain suka pegi dentist! Ntah rasa addicted dgn bau klinik hahaha

    ReplyDelete
  6. setakat ni anak ammi yg 2 org tu abahnya yg tarik gigi tu. dorang tu belum pernah lagi gi dentist...tp nanti memang nak kena bawak juga nak check apa yg patut

    ReplyDelete
  7. nasib baik..selalunya diorang ni dari rumah excited, nampak muka doktor terus gigil lutut...adui.nanti dak naura macam mana pulak la...hehehe

    ReplyDelete