"Nyonya Pergi Makan" Buffet Promotion @ Pulai Springs Resort - Ceritera Ibu

"Nyonya Pergi Makan" Buffet Promotion @ Pulai Springs Resort


"Nyonya Pergi Makan" Buffet Promotion @ Pulai Springs Resort | Assalamualaikum.. korang dah makan?? Jom ikut "Nyonya Pergi Makan".. Pernah rasa masakan Baba dan Nyonya tak? Kalau tak pernah rasa, boleh la try ikut Nyonya pergi makan di Pulai Spring Resort.. hehe


Pada bulan September ini, bermula minggu ini Pulai Spring Resort, Johor akan menghidangkan makanan buffet berkonsepkan masakan baba dan nyonya dengan temanya "Nyonya Pergi Makan". Masakan ini ada disediakan oleh seorang chef dari keturunan Peranakan dari Melaka iaitu Chef Barnitus Ang. 


Antara menu masakan yang disediakan adalah Nyonya Nasi Ulam, Ayam Pongteh, Sambal Udang Petai, Sotong Masak Lemak Cili Api, Terung Sambal Kering, Telur Cencaluk, Nyonya Chap Chai dan Sup Ayam Kentang.









Selain itu, terdapat juga masakan yang akan disediakan di 'action stall' seperti Ikan Siakap Nyonya Asam Pedas dan Nyonya Curry Laksa.. Hidangan Asam pedas ini hanya akan dimasak mengikut permintaan sahaja.. So dapat la makan panas-panas kan..






Terdapat juga menu sampingan untuk menambah selera seperti ulam-ulaman, kerabu telur goreng, kerabu soo hoon, rojak buah, sambal belacan dan keropok.  Pertama kali Dilah jumpa kerabu telur goreng dan kerabu soo hoon tau..




Kalau dah nama buffet tu, menu pencuci mulut mesti la ada kan.. Banyak pilihan kuih-muih tradisional Melayu dan juga pelbagai jenis kek. Puding, dagu gula melaka, cendol, bubur cha cha juga turut disajikan.. Kedondong asam jawa pun ada tau.. Minuman pula semestinya coconut shake yang sangat terkenal di Melaka..








Amacam?? Menarik kan.. so kalau korang nak rasa masakan Nyonya, boleh la bawa family dan kawan-kawan ke Buffet "Nyonya Pergi Makan". Harga untuk bufet ini sangat berpatutan.. Boleh pergi makan tengahari mahupun makan malam..

Nyonya Pergi Makan Buffet Lunch & Dinner
Harga RM35 bersih dewasa
RM17.50 bersih kanak-kanak

Dengan setiap pembelian 5 dewasa percuma 1 dewasa. 
Untuk maklumat lanjut dan tempahan,  sila hubungi 07 521 2121 atau 
Whatsapp +6016 733 2918 (Restaurant Manager)  
atau menghantar email ke : enquiry@pulaisprings.com
Maklumat lanjut layari www.pulaisprings.com
*semua harga bersih dan termasuk SST

6 comments: