Pas Perjalanan Salam Airlines
Pas Perjalanan Salam Airlines | Assalamualaikum.. Hari ni Dilah nak share sesuatu yang menarik yang Dilah dapat dari group whatsapp. Info yang menarik yang boleh dijadikan panduan dan ingatan kepada kita semua..
(MAKLUMAT PENUMPANG)
Nama: Manusia
Tempat asal: Syurga
Destinasi lawatan: Dunia
(MAKLUMAT PERJALANAN)
Terminal berlepas: Planet Bumi
Waktu berlepas: Bila-bila masa
Transit: Kubur
Terminal ketibaan: Mahsyar
Negeri dituju: Syurga
Pegawai check-in: Izra'il
(KARGO YANG DIBENARKAN)
1. Pasport- Iman
2. Pakaian- Kafan
3. Barang peribadi- Amal Soleh
(KARGO YANG TIDAK DIBENARKAN)
1. Keluarga/kawan
2. Harta Benda
3. Pangkat
(KARGO YANG BOLEH DIPOS)
1. Sedekah jariyah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Do'a anak soleh
PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG: PANDUAN SEBELUM BERLEPAS
1. Mohon selalu membaca, mempelajari, dan mengamalkan
petunjuk perjalanan yang terkandung dalam manual Al-Qur'anul Karim.
2. Mohon praktikkan Standard Operating Procedure (SOP)
yang diajar oleh Rasullullah SAW.
3. Mohon sentiasa waspada terhadap ulat tiket syaitan
yang menawarkan pas palsu. Destinasi anda akan ditukar ke Neraka Jahanam.
CATATAN PENTING
Sila periksa barangan yang anda tinggalkan supaya tidak
mengganggu perjalanan:
1: Periksa pasangan anda, sudahkah mereka berada di jalan
Allah dan Rasul.
2: Periksa anak anda, sudahkah mereka diajar menggunakan
manual Al-Quran dan mengamalkan SOP sunnah yg betul.
3: Periksa harta anda, sudahkah dizakatkan atau adakah
bercampur harta yg haram.
4: Periksa pangkat/kedudukan anda adakah digunakan dengan
adil atau menindas penumpang lain.
DIMINTA PENUMPANG MEMBACA DOA SEBELUM BERLEPAS
Ya Allah Ya Robbi,
Selamatkanlah kami, keluarga dan sahabat kami dalam
perjalanan panjang ini,
Berilah kami petunjuk yang benar di balai perlepasan
dunia ini dan rehatkanlah kami saat tiba di transit kubur,
Mudahkanlah urusan kami di terminal ketibaan Padang
Mahsyar,
Sampaikanlah kami ke kampung asal Syurga dengan selamat,
dan berilah pahala yang besar kepada orang yang berkongsi notis perjalanan ini
kepada penumpang lain. AAMIIN...
DIHARAP DAPAT MEMATUHI NOTIS INI DENGAN SEMPURNA DEMI
KESELAMATAN PERJALANAN ANDA.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SELAMAT MENGEMBARA
BERSAMA KAMI, SALAM AIRLINES.🤝🏼✈
nice sharing
ReplyDeleteblogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/
Terima kasih dilah. Peringatan yang baik.
ReplyDeletethanks for sharing...
ReplyDeletepsst... thanks sudi join segmen Mia.
blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html
Thank you share.. Kalau tak kita tak tau pun benda ni..
ReplyDeletehuhuhu insoffff
ReplyDeleteMoga kita semua menjadi penumpang yang menuju ke jalan Syurga..
ReplyDeletethanks for sharing dilah.. moga kita dapatlah ke kampung asal yang indah..
ReplyDelete