Pengalaman Awesome Menyertai Konvoi Honda X Bloggers Test Drive
Pengalaman Awesome Menyertai Konvoi Honda X Bloggers Test Drive | Assalamualaikum.. Buat pertama kalinya Dilah telah mengikuti konvoi Test drive Honda bersama blogger. Ini antara pengalaman yang sangat berharga buat Dilah sebagai seorang blogger. Pertama kali Dilah test drive kereta, pertama kali join event berkaitan kereta, pertama kali drive kereta besar dan pertama kali join konvoi sebegini.. So Dilah rasa sangat teruja untuk join event kali ni sebab semuanya 1st time Dilah buat..
Honda X Bloggers Test Drive ini diadakan sempena menyambut pencapaian Honda Malaysia yang telah menjual 900k unit kereta di Malaysia.. Tahniah Honda Malaysia… Hebat sangat kan.. siapa yang tak suka kereta Honda.. Rasanya semua orang ada impian untuk memiliki kereta Honda yang gah ini kan.. Dilah pun sama, angan-angan dari sekolah lagi teringin nak guna kereta Honda ni.. Alhamdulillah, angan-angan tu dah tercapai, dapat la guna kereta Honda City sekarang ni.. Lepas tu pasang angan-angan lagi untuk dapat membeli Honda CR-V pulak.. tapi setelah test drive kereta Honda CR-V, nampaknya angan-angan tu dah bertukar kepada impian pulak.. Kehebatan Honda CR-V ini amat memukau.. haha..
Kami berkumpul di Golden Bean 93 Café di Taman Ekoflora jam 9 pagi. Seramai 6 orang blogger menyertai Nationwide Roadtour ‘Terima Kasih 900k’ ini. 4 orang dari JDT Blogger iaitu Dilah, Sis Lin, Uyul serta Wazy dan 2 orang blogger lagi iaitu Carin dan YJ.
Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan dari Head of Brand Management iaitu Ms Daphne Chen. Kemudian diikuti dengan product presentation mengenai Honda CR-V 1.5 Turbo, HR-V 1.5 Hybric dan Civic 1.5 Turbo oleh Cik Mastura. Akhir sekali Test Drive briefing oleh Mr Ivan yang menerangkan serba sedikit itinerary perjalanan konvoi kami.
PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT
Pendaftaran dan taklimat diadakan di Golden Bean 93 Café. Sarapan turut disediakan oleh café tersebut. Makanan semua sedap-sedap.. Dari makanan sihat sampai ke nasi lemak.. Air Royal Choclate tu pun best sangat..Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan dari Head of Brand Management iaitu Ms Daphne Chen. Kemudian diikuti dengan product presentation mengenai Honda CR-V 1.5 Turbo, HR-V 1.5 Hybric dan Civic 1.5 Turbo oleh Cik Mastura. Akhir sekali Test Drive briefing oleh Mr Ivan yang menerangkan serba sedikit itinerary perjalanan konvoi kami.
HONDA SENSING DEMONSTRATION
Setelah selesai taklimat, kami ditunjukkan demonstrasi mengenai Honda Sensing yang terdapat pada kereta Honda CR-V. Apa yang menariknya mengenai Honda Sensing ini, kereta Honda CR-V ini turut dilengkapi dengan teknologi Adaptive Cruise Control (ACC) iaitu salah satu teknologi yang terdapat pada Honda Sensing ini. Instructor membuat demonstrasi bagaimana cara menggunakan fungsi ACC ini.. Terdapat beberapa lagi teknologi Honda Sensing. Dilah akan tulis detail sikit di bawah ya..Masa ni Dilah memang rasa kagum sangat dengan teknologi Honda Sensing ni. tapi selagi tak rasa dan test sendiri macamana cara menggunakan system ni, kita susah nak cakap kan.. Kena test drive sendiri baru lebih senang paham macamana ianya berfungsi.. Dilah akan ceritakan lebih detail di bawah nanti..
SPACE AND VERSATILITY DEMONSTRATION
Seterusnya, kami semua diberi penerangan pula mengenai ruang dan
versatility yang terdapat pada ketiga-tiga jenis kereta ini. Jom kita
tengok apa yang bestnya kereta Honda keluaran terkini.
Jom Dilah cerita serba sedikit mengenai kehebatan kereta Honda CR-V 1.5L Turbo, HR-V 1.5L Hybric dan juga Civic 1.5L Turbo.
![]() |
Blogger sedang mendengar penerangan mengenai ketiga-tiga model kereta Honda yang terkini. |
Jom Dilah cerita serba sedikit mengenai kehebatan kereta Honda CR-V 1.5L Turbo, HR-V 1.5L Hybric dan juga Civic 1.5L Turbo.
HONDA CR-V 1.5L TURBO
Pertama kali melihat keluaran terbaru model Honda CR-V ini memang Dilah dah suka sangat. Design yang lebih nampak sporty dan eksklusif memang memikat hati. Itu baru pandangan luaran sahaja. Bila dipertunjukkan feature bahagian dalam pula terasa lagi wowwww.. Hebat sangat.. Dengan dilengkapi teknologi Honda Sensing, Honda CR-V terasa semakin gah pada pandangan mata Dilah.
![]() |
Pandangan hadapan |
HONDA CR-V 1.5L TURBO menggunakan Engine Type - 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC Turbo. Dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing seperti Lane Departure Warning (DLW), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBR), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Low Speed Follow (LSF).
Dilah sangat tertarik dengan teknologi Honda Sensing yang terdapat pada Honda CR-V ini. Salah satunya adalah ACC dan Low speed follow. Semasa demontrasi Honda Sensing tu pun Dilah dah rasa excited bila mengetahui kehebatan teknologi ini. Kita boleh kawal kelajuan kereta kita mengikut kereta yang berada di hadapan. Bila dah set kelajuan, kita tak perlu lagi tekan minyak dan juga tekan brake. Jika kereta dihadapan berhenti atau kurangkan kelajuan, automatik kereta kita juga akan slow.
Honda CR-V ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih seperti mempunyai 6 Airbags, Hill Start Assist (HAS), Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), Walk Away Auto Lock , Auto Brake Hold (ABH), Multi-Angle Rearview Camera dan Honda Lanewatch.
Dilah suka sangat Honda Lanewatch ni kita ni kan orang perempuan bila drive dengan anak-anak ni selalu je ada masalah anak sibuk nak duduk depan aircond sampai menghalang side mirror. Bila nak membelok atau masuk simpang selalu bising suruh anak ke tepi sebab ibu tak nampak.. haha.. so bila dah ada Lanewatch ni senang la nak tengok sebelah kiri tu bila nak membelok. Bila kita signal ke kiri automatik camera lanewatch tu akan berfungsi.
Dilah suka sangat Honda Lanewatch ni kita ni kan orang perempuan bila drive dengan anak-anak ni selalu je ada masalah anak sibuk nak duduk depan aircond sampai menghalang side mirror. Bila nak membelok atau masuk simpang selalu bising suruh anak ke tepi sebab ibu tak nampak.. haha.. so bila dah ada Lanewatch ni senang la nak tengok sebelah kiri tu bila nak membelok. Bila kita signal ke kiri automatik camera lanewatch tu akan berfungsi.
Eh lagi satu yang best sebab pada pintu bonet tu boleh set ketinggian pintu untuk terbuka.. so kalau orang yang rendah macam Dilah ni takde la terjengkit-jengkit nak capai pintu tu kan.. haha..
HONDA HR-V 1.5 HYBRIC
Pada awal kemunculan kereta Honda HR-V, Dilah dah mula jatuh hati dengan design sporty kereta ini. Dalam hati, kalau tak dapat pakai kereta CR-V, dapat beli kereta Honda HR-V pun jadi la... haha.. sebab harganya lebih rendah sikit berbanding Honda CR-V. Dalam bayangan masih dalam kemampuan lagi.. haha..
Honda HR-V 1.5L Hybric menggunakan enjin jenis 1.5L DOHC i-VTEC Engine with Direct Injection, High-Power Lithium-ion Baterry, 7-Speed Dual-Clutch Transmission with high-power Electric Motor. Menggunakan teknologi Hybric membuatkan kereta Honda HR-V 1.5 L ini dapat mengurangkan penggunaan petrol.
![]() |
Pandangan hadapan |
Honda HR-V 1.5L Hybric menggunakan enjin jenis 1.5L DOHC i-VTEC Engine with Direct Injection, High-Power Lithium-ion Baterry, 7-Speed Dual-Clutch Transmission with high-power Electric Motor. Menggunakan teknologi Hybric membuatkan kereta Honda HR-V 1.5 L ini dapat mengurangkan penggunaan petrol.
![]() |
Pandangan belakang |
Honda HR-V 1.5L Hybric ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih yang hampir sama dengan Honda CR-V seperti Hill Start Assist (HAS), 6 Airbags, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), Walk Away Auto Lock, Auto Brake Hold (ABH), Multi-Angle Rearview Camera dan Honda Lanewatch.
Nampak tak kunci Honda HR-V tu berwarna biru? Itu menandakan kereta Honda HR-V ini menggunakan teknologi Hybric. Seperti Honda CR-V, kereta ini juga mempunyai ruang tempat barang yang luas. Tempat duduk penumpang belakang juga boleh dinaikkan dan boleh juga dijadikan tempat menyimpan barang.
Nampak tak kunci Honda HR-V tu berwarna biru? Itu menandakan kereta Honda HR-V ini menggunakan teknologi Hybric. Seperti Honda CR-V, kereta ini juga mempunyai ruang tempat barang yang luas. Tempat duduk penumpang belakang juga boleh dinaikkan dan boleh juga dijadikan tempat menyimpan barang.
HONDA CIVIC 1.5 TURBO
Honda Civic 1.5L Turbo memang tak asing lagi pada Dilah. Sebab kawan ofis Dilah memang menggunakan kereta ini. So Dilah dah biasa dengan feature kereta ini. Ayah Wan pun pernah test drive kereta ni. Dia berminat juga dengan design sporty Honda Civic ni..
![]() |
Pandangan hadapan Honda Civic |
Honda Civic 1.5L Turbo menggunakan enjin Type - 4 Cylinder, 16 Valve, DOHC VTEC Turbo.
Menariknya kereta Honda Civic ini ada Remote Engine Start, Cruise Control, Push Start Button, Paddle Shift, Econ Button, Earth Dreams Technology, Continuous Variable Transmission (CVT) & Leather Gear Boot, ECO Assit.
Remote Engine Start membolehkan enjin kereta dihidupkan lebih awal sebelum kita masuk dalam kereta.. Canggih sangatkan.. So kalau agak-agak nak pergi makan tengahari, tapi masa tu cuaca panas sangat, boleh la korang start enjin dulu bagi dalam kereta tu sejuk sikit.. haha.. Maksimum masa hanya 15 minit sahaja. kalau lebih dari itu, enjin kereta akan termati semula.
Remote Engine Start membolehkan enjin kereta dihidupkan lebih awal sebelum kita masuk dalam kereta.. Canggih sangatkan.. So kalau agak-agak nak pergi makan tengahari, tapi masa tu cuaca panas sangat, boleh la korang start enjin dulu bagi dalam kereta tu sejuk sikit.. haha.. Maksimum masa hanya 15 minit sahaja. kalau lebih dari itu, enjin kereta akan termati semula.
Honda Civic ini turut memiliki cir-ciri keselamatan seperti Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), G-Force Contol (G-Con), Auto Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Walk Away Auto Lock, 6 Airbags, Rear Seat ISO Fix dah Multi-Angle Rearview Camera.
Dilah suka sangat ciri keselamatan Walk Away Auto Lock yang terdapat pada Honda Civic ini. Bila jadi mak-mak ni selalu jer terlupa dah lock kereta ke belum ni?? Dilah ni jenis insecure sikit. So Dilah akan patah balik untuk pastikan kereta betul2 dah lock.. Kalau Ayah Wan tu lagi la selalu tak kunci kereta. Setiap malam Dilah yang akan check kereta dah kunci ke belum. So dengan Honda Civic ni semua masalah selesai.. Lagi satu kalau tertinggal kunci dalam bonet kereta, bonet kereta tidak akan boleh ditutup. Lampu akan menyala memberi warning.
Dilah suka sangat ciri keselamatan Walk Away Auto Lock yang terdapat pada Honda Civic ini. Bila jadi mak-mak ni selalu jer terlupa dah lock kereta ke belum ni?? Dilah ni jenis insecure sikit. So Dilah akan patah balik untuk pastikan kereta betul2 dah lock.. Kalau Ayah Wan tu lagi la selalu tak kunci kereta. Setiap malam Dilah yang akan check kereta dah kunci ke belum. So dengan Honda Civic ni semua masalah selesai.. Lagi satu kalau tertinggal kunci dalam bonet kereta, bonet kereta tidak akan boleh ditutup. Lampu akan menyala memberi warning.
TEST DRIVE FLAG OFF
Setelah
selesai penerangan dan taklimat mengenai spesifikasi ketiga-tiga jenis
kereta Honda, tiba la masa yang ditunggu-tunggu oleh semua blogger iaitu
masa untuk test drive pula.
![]() |
Team 1 - Uyul dan Wazy test drive Honda HR-V. |
![]() |
Team 2 - Carin dan YJ test drive Honda Civic. |
![]() |
Team 3 - Sis Lin dan Dilah test drive kereta Honda CR-V. |
Kami dibahagikan kepada 3 team, 2 orang blogger utk 1 team. Team 1 akan mula test drive kereta Honda HR-V, Team 2 pula Honda Civic dan Team 3 (team Dilah dan Sis Lin) akan mula test drive Honda CR-V. Seorang staff Honda akan turut serta bersama blogger di setiap kereta. Konvoi kami juga turut diiringi oleh 2 buah kereta, sebuah akan lead perjalanan dan sebuah lagi akan follow dari belakang.
![]() |
Honda.. The Power of Dreams.. |
![]() | |
3 Gadis litar.. haha |
Sebelum
meneruskan perjalanan ke destinasi pertama, kami bergambar dahulu di …
Kami bergambar bersama team Honda dan juga blogger.. Terasa gahnya
ketiga-tiga kereta ni kan.. Selepas bergambar, kami pun mulakan
perjalanan ke destinasi pertama. Untuk team kami, Sis Lin akan test
drive dahulu kereta Honda CR-V.
![]() |
Partner test drive Dilah yang sporting, Sis Lin.. |
Pit Stop 1 : TEALIVE X HONDA
![]() |
Tealive Bukit Indah |
![]() |
Beli dan Menang Honda Jazz |
Dah dapat Tealive, jom kita meneruskan perjalanan yang agak jauh ke Kluang pula. Kali ni Dilah pula test drive Honda CR-V. Dari Bukit Indah, kami terus masuk highway Nusajaya dan seterusnya highway PLUS menuju ke arah utara.
![]() |
Jom ikut Dilah.. |
Masa ni la Dilah dapat
menguji kehebatan Teknologi Honda Sensing yang terdapat pada Honda CR-V
ini seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow dan
lain-lain lagi. Terasa
excited sungguh Dilah bila pertama kali mencuba teknologi ACC dan LSF
ni. Dilah setkan had kelajuan pada 120kmj dan kemudian boleh rileks dan
follow kereta hadapan. Bila kereta hadapan perlahankan kelajuan,
automatic kereta kita pun akan slow. Tak perlu tekan minyak, tak perlu
tekan brake, hanya jaga stering sahaja.. Canggih sangat kan.. ni kalau
tengah mengantuk or nak makan sambil drive sekejap pun boleh.. hahaha..
Pit Stop 2 : Hentian Kulai
![]() |
Nampak tak Dilah tengah drive tu?? |
Pit Stop ke 2 adalah Hentian Kulai. Kami akan bertukar kereta dengan team lain pula. Kali ini kami memandu kereta Honda HR-V pula. Sama seperti tadi, Sis Lin akan mulakan pemanduan ke PIT STOP ke 3 iaitu Hentian Simpang Renggam. Dalam perjalanan ke Simpang Renggam, kami tersekat dalam jem yang agak teruk. Honda HR-V sangat membantu kami dengan teknologi Hybric nya. Kereta ini dapat menjimatkan penggunaan petrol. Oh ya, Hybric ini guna petrol ye bukan guna tenaga solar.. haha..
Pit Stop 3 : Hentian Simpang Renggam
Sampai di Hentian Simpang Renggam, kami tukar drive lagi. Kali ni Dilah pula yang drive kereta HR-V. Untuk perjalanan jauh dan laju, kita boleh tukar ke mode SPORT untuk mendapatkan pick up yg lebih cepat. Baru la kelajuan kereta boleh pergi dengan lebih laju dan cepat…
Pit Stop 4 : Barney Restaurant
Pit stop ke 4 di Barney Restaurant untuk makan tengahari. Ini pun dah terlajak makan lunch gara-gara tersekat dalam jammed tadi. Kami dijamu dengan makanan yang sedap-sedap. Terima kasih Barney dan Honda.
Pit Stop 5 : TERIMA KASIH 900K ROADSHOW
Selesai makan, kami dibawa ke Kluang Mall untuk “Terima Kasih 900K” Roadshow yang pertama di Johor. Di sini korang boleh tengok kereta keluaran Honda yang terkini. Jika korang datang ke roadshow ini, jangan lupa sertai peraduan “Terima Kasih 900K” Honda.
Peraduan Terima Kasih 900K ini juga turut mendapat kerjasama dari Tealive, Syok dan juga Unifi.. So korang boleh juga menyertai peraduan ini melalui Tealive, Syok dan Unifi. Dilah akan terangkan bagaimana cara untuk menyertainya di bawah nanti ye..
![]() |
In collaboration with Tealive, Syok dan Unifi |
Pit Stop 6 : HONDA SERVICE CENTRE KLUANG
![]() |
Penerangan cara untuk menyertai peraduan "Terima Kasih 900K" |
Destinasi terakhir sebelum pulang ke JB adalah di Honda Service Centre Kluang iaitu IPTIMAS MOTOR SDN. BHD. Di sini kami diberi penerangan lebih mendalam lagi bagaimana untuk menyertai peraduan ‘Terima Kasih 900K’.
![]() |
Terima Kasih 900K |
![]() |
Cari nama kereta tersembunyi.. |
CARA MENYERTAI PERADUAN "TERIMA KASIH 900K"
Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia, Honda Malaysia akan memberikan 9 buah kereta Honda kepada pemenang yang bertuah yang menyertai peraduan Terima Kasih 900K ini..Terdapat 4 cara untuk menyertai peraduan Terima Kasih 900K. Caranya sangat mudah.
1) Honda Malaysia
Korang boleh sertai peraduan Terima Kasih 900K ini dengan melakukan beberapa aktiviti seperti mencari nama kereta honda tersembunyi, Test Drive kereta Honda, booking pembelian kereta Honda, register kereta Honda dan akhir sekali sudah memiliki sebuah kereta Honda. Jika korang dah buat kelima-lima kategori ni, korang layak untuk 5 entri. Kalau buat 2 sahaja, kira ada 2 entri..
Bila dah buat aktiviti di atas, korang perlu register dan lengkapkan penyertaan dengan mengikuti step di bawah. Cara penyertaan :
- Imbas kod QR atau layari honda.com.my.microsite/900k
- Klik New Entry dan isi butiran anda.
- Klik Submit. Pengesahan melalui e-mel akan dihantar kepada anda.
- Kunjungi pengedar sah Honda berdekatan anda.
- Di pengedar sah Honda, layari semula honda.com.my.microsite/900k
- Klik Existing Entry dan masukkan nombor kad pengenalan anda
- Selesaikan salah satu atau kesemua aktiviti untuk mendapatkan e-tiket
- Masukkan emel pengedar Honda
- E-tiket akan di e-mel kepada anda
- Hadiri Grand Finale pada hujung bulan September 2019.
2) Tealive X Honda
Kepada peminat minuman Tealive, korang boleh sertai peraduan ini juga. Caranya sangat mudah.. So rugi kalau korang tak join tau..
Cara penyertaan:
1. Beli mana-mana jenis minuman Tealive. Ambil gambar bersama Road to Breakthrough standee
2. Lengkapkan slogan " Tealive and Honda are ....." ( Tidak lebih dari 90 perkataan.)
3. Whatsapp gambar dan slogan ke 017-6194750 bersama nama penuh, IC dan email address.
3) Unifi X Honda
Kempen Terima Kasih 900K ini juga turut mendapat kerjasama dari Unifi dan radio Astro iaitu Syok. Bagi pelanggan Unifi, korang boleh menyertai peraduan ini juga.
Siapa pengguna Unifi kat sini? Ada #khabarbaik untuk korang.. pengguna Unifi juga berpeluang untuk menyertai contest Honda Malaysia's 900,000th Unit Milestone Campaign.. .
Cara penyertaan seperti berikut:
4) Syok X Honda
Jadilah antara 50 orang yg bertuah menghadiri acara eksklusif #syok bersama Honda.. mana tahu rezeki korang menang kereta HR-V Hybrid ni kan..
Cara penyertaan :
1. Download aplikasi Syok di App Store atau Play Store.
2. Cari banner iklan SYOK-nya Menang Honda.
3. Nyatakan kenapa korang layak untuk memenangi sebuah kereta Honda dan lengkapkan butiran peribadi sekali.
Siapa pengguna Unifi kat sini? Ada #khabarbaik untuk korang.. pengguna Unifi juga berpeluang untuk menyertai contest Honda Malaysia's 900,000th Unit Milestone Campaign.. .
Cara penyertaan seperti berikut:
- Muat turun myunifi app di App Store ataupun Google Play.
- Kemaskini profil anda dan jawab soalan yang diberikan.
- Submit dan anda berpeluang untuk memenangi Honda HR-V Hybrid.
4) Syok X Honda
Jadilah antara 50 orang yg bertuah menghadiri acara eksklusif #syok bersama Honda.. mana tahu rezeki korang menang kereta HR-V Hybrid ni kan..
Cara penyertaan :
1. Download aplikasi Syok di App Store atau Play Store.
2. Cari banner iklan SYOK-nya Menang Honda.
3. Nyatakan kenapa korang layak untuk memenangi sebuah kereta Honda dan lengkapkan butiran peribadi sekali.
Pit Stop 7 : Kembali ke Gold Bean Cafe 93
Selesai aktiviti di Honda Service Centre, kami pun memulakan perjalanan pulang ke Johor Bahru. Kali ini kami memandu kereta Honda Civic 1.5L Turbo pula. Sis Lin memulakan pemanduan sebelum bertukar driver di Hentian Simpang Renggam. Dilah meneruskan pemanduan pulang semula ke Gold Bean 93 Café.
Memandu Honda Civic ni tak banyak beza dengan memandu kereta Honda City Dilah kerana ia kereta sedan juga. Cuma pick up terasa lebih cepat dan laju kerana menggunakan enjin turbo. Dan pastinya menjimatkan minyak..
![]() |
Konvoi HR-V dan Civic. |
Sampai di JB pukul 6.10 petang. Sekali lagi kami dihidangkan minuman petang oleh Gold Bean 93 Café. Makanannya seperti pagi tadi juga, sedap-sedap belaka.. Terima Kasih Gold Beam Café..
Terima Kasih juga buat Honda Malaysia kerana memberi peluang kepada kami merasai kehebatan dan kecanggihan teknologi terkini yang terdapat pada ketiga-tiga model baru kereta Honda. Ini merupakan pengalaman manis yang tak mungkin Dilah lupakan sepanjang Dilah bergelar seorang blogger.
![]() |
My dream car... |
Kannnn kereta idaman wislist 2020, Honda CRV,,,
ReplyDeleteSis dah mendaftar, anda bila lagi?
best kan drive crv tuh...hadoi....jom serbu honda dealer lagi dilah
ReplyDeletewah...bestnya dapat test drive...
ReplyDeleteApa-apa pun ketiga-tiga model Honda ni memang tip top
ReplyDeletejom test drive lagi...crv tu dah memanggil-manggil
ReplyDeleteTengah syok baca pasal honda, keluar pulak gambar makanan. Baca lagi, keluar lagi gambar makanan. Alahai. Sabar jela. Apa2 pun Honda tetap menjadi pujaan ramai :)
ReplyDeleteWah..honda crv!! Memang kereta kegemaran n impian AM.. Suka sbb body depan dia lawa.. N bahagian dlm nampak eksklusif n elegen.. AM suka..
ReplyDeleteWohaaa.. Dpt test drive pun dh cukup syok! Makanan tu nampak sedap. Haha
ReplyDeleteHonda mmg best bawak. Smooth je stereng handling
honda memang antara jenama kereta yang sangat dipercayai. untunglah sis dapat test drive kereta ni, mana tahu ada rezeki menang contest, dapatlah memandu kereta honda honda percuma. apapun memang ini pengalaman terbaik untuk rasai sendiri pemanduan kereta honda :)
ReplyDeleteBestnya dapat test drive kereta honda jauh2 ni. Dh masuk dah contest ni. Hopefully dpt la bawa pula kereta honda. Tak dpt 1, 3 pun jadi lah.
ReplyDeletePwrghhh syoknya leh drive Honda hehe terbaik, pengalaman best ni
ReplyDeleteMenarik lah bab sensing tu dan juga bab nak buka bonet ikut ketinggian, haha ... Dan scroll2, semua makanan sedap ... Dream car tu menarik, semoga Dilah berjaya dapat dream car tu kelak.
ReplyDeleteBestnya bila baca pengalaman mcm ni. Mmg hebat ya kereta zaman skrg. Dapat test drive pun saya rasa mcm dah berbaloi.
ReplyDeleteAngan-angan diri ini adalah nak memiliki Honda Jazz dalam waktu terdekat.
ReplyDeleteNak beli yang lain masih belum mampu sebab banyak komitmen lain.
Honda memang best
terbaiklah , kalau ada peluang nak jugak test drive honda yang baru2 nih sebab saya dulu pakai crv jugak ...memang best ...yg lama pun dah best apatah lagi yang baru ...honda power dan value tinggi..
ReplyDeletebest tengok ig korang test drive bawak honda crv ni. kalau ada peluang kat sini pun mek nak join. hahaha.
ReplyDeletedah 900k dorang jual eh. hebat betul Honda. tapi kereta Honda semua best-best. dapat join test drive ni lagi best. dia punya test drive macam pergi food review, kemain banyak lagi makan. heheh
ReplyDeleteaduh minat betul honda civic tu.. elegen habis. oh kena join contest ni mana tahu ada rezeki menang kereta honda sebijik kan. fuh dah 900k terjual. orang malaysia memang suka brand honda ni
ReplyDeletebest giler dapat join event macam ni..dapat test kereta..dahla kereta hebat sangat..hahaa..best ler...ada contest..boleh cuba..mana tau luck..hahaa
ReplyDeleteTertarik dengan CRVnya...
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi gambar-gambar yang sangat menarik. Adakah terdapat maklumat lain mengenai Honda Malaysia?
ReplyDeleteModel semacam iniHonda Jazz pantas kita beli. Dan saya akan membeli Honda Jazz 2020. Selamat datang untuk mengkliknya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMobil Honda HRV , Honda CRV , merupakan mobil terbaik. Saya sebagai pengguna dari Honda Indonesia merasa nyaman dan trust kepada merk Honda
ReplyDelete