Perkembangan Faiz Mikail 1y4m
Perkembangan Faiz Mikail 1y4m | Assalamualaikum.. Dah lama tak share perkembangan si kecik kecit Faiz Mikail ni kan.. Semalam 22hb September genap Faiz Mikail 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah, Faiz Mikail membesar dengan sihat dan perkembangan nya so far so good, baik-baik sahaja.. Cuma bab berat tu tak boleh nak cakap la, dah keturunan kan.. anak-anak semua comel-comel jer.. berat sekarang baru 8.2kg jer.. haha.. tap as long as perkembangan yg lain ok, aktif dan kuat makan, so Dilah tak risau.. Memang anak-anak Dilah semuanya jenis kecik halus jer.. haha
Weekend 2 minggu lepas, kitorang balik kampung rumah TokMa.. balik kali ni banyak yang Faiz Mikail explore.. budak kecik ni mana boleh duduk diam, ada jer kerjaan yang dia buat.. Jom tengok apa aktiviti Faiz Mikail di kampung TokMa..
First Time Bawak Jalan-jalan Naik Motor
Kali ni kitorang bawak Faiz Mikail jalan-jalan naik motor. Nak pergi kedai jer pun.. 1st round Ayah Wan dah bawak abang-abang. 2nd round Ayah bawak baby dengan ibu pulak.. eh.. ibu pun seronok jugak tau, maklum la dah lama sangat tak naik motor.. haha..
Faiz Mikail ibu letak kat tengah-tengah antara ibu ayah.. mula-mula mata dia terkebil-kebil bila motor dah mula gerak.. dia rasa angin kuat kot.. kaku jer dia.. hahaha.. bila ibu dah usik-usik baru la dia tersenyumm.. Habis la lepas ni bila balik kampung mesti dia ajak Ayah Wan naik motor lagi.. macam abang2 tu, asal sampai rumah tokma je terus ajak ayah naik motor.. haha
First Time Main dengan Kucing
Kat rumah pengasuh baby ada kucing jalanan selalu duduk lepak depan pintu pagar.. Baby ni kalau nampak kucing tu memang asyik panggil "catttt.. cattttt.." tapi Dilah tak bagi dia sentuh kucing tu.. sebab tengok kucing tu pun terbiar dan comot kan, risau la juga.. setakat nak tengok dan panggil tu takpe la..
So bila balik rumah TokMa, ada la kucing terbiar jugak.. tapi kucing ni bersih.. kadang-kadang TokMa bagi dia makan juga bila datang rumah.. Baby ni bila nampak kucing tu asyik panggil cat.. cat.. so bila Ayah Wan lepas kan dia jalan kat kaki lima rumah tu, memang dia terus pergi kat kucing tu dan pegang-pegang.. berani jugak dia ni.. yang paling kelakar bila kucing tu gesel-gesel kepala dia kat Mika, boleh pulak lepas tu Mika nak gesel kepala dia kat kucing tu balik.. hahhaa.. sabo je la nak.. dia ikut jer apa kucing tu buat..
Sensoring :: Pijak batu-batu dan rumput.
Masa baby 8 bulan Dilah dah perkenalkan dia dengan rumput-rumput.. bagi dia lepas kat laman rumah Bunda yang penuh rumput tu.. tengok reaksi dia macamana bila pijak rumput.. Boleh baca SINI untuk tengok reaksi dia. Nampaknya budak kecik ni memang jenis selamber dan tak kesah.. jalan atas batu-batu kat rumah TokMa tu pun selamber jer.. tak takut, tak nangis.. lagi dia nak berjalan jauh-jauh lagi ada la.. haha
First Time Minum Susu Formula
Dilah dah stop pam susu since 3 weeks ago.. Susu badan memangdah kurang sangat-sangat.. hampir 6 bulan juga Dilah strunggle pam hari ni untuk esok.. Bekalan susu memang cukup-cukup jer.. so bila baby dah 1 tahun 4 bulan, Dilah rasa dah sampai masanya untuk introduce FM pada Faiz Mikail.. nanti Dilah cerita detail pasal tu ye.. Dilah bagi baby minum susu Dutch Lady. So far dia boleh minum, takde masalah.. cuma Dilah masih monitor lagi, ada effect2 lain tak.. awal2 aritu ada sembelit juga kejap..
First Time Kena Tinggal dengan Bunda
Last week Dilah pergi Seminar kat Bangi. Anak-anak Dilah tinggal kat rumah Bunda di Melaka. So baby Faiz Mikail pun kena tinggal juga. so 1st time la dia tidur tanpa ibu.. Alhamdulillah, Bunda kata baby ok jer.. takde masalah.. Cuma dia taknak minum susu.. tapi it's ok. sebab dia jenis yg pemakan dan juga kuat minum air masak.. so memang tak risau dia lapar..
Alhamdulillah.. Faiz Mikail anak yang mudah diurus.. jenis pemakan.. selagi dia nampak makanan boleh tak berenti dia makan.. sampai terpaksa kita nyorokkan makanan tu sebab dia dah banyak sangat makan.. haha.. minum air masak pun senang sangat..
Belajar bercakap
Sekarang ni Faiz Mikail baru nak belajar cakap.. dah pandai sebut "ayah", "tatak", "nak", "dah", "bird", "nanak", "cat" dan beberapa words yg simple2.. okla tu kan.. Semoga Faiz Mikail terus membesar dengan sihat...Love you baby sayang...
comelnya faiz mikhail.. =)
ReplyDeletebdk tgh lasak.. byk nk explore..
Alhamdulillah, pesat perkembangannya. teringat baiknya dia masa Kak Iman jaga sementara ayah & ibunya pergi buat flying fox, hihi
ReplyDeletealhamdulillah..makin panjanglah akalnya tu
ReplyDeleteboleh jadi bestfriend faiz mikail si kucing tu...hahahah
ReplyDeletedpt BF sampai dia 16mos dah kira ok dah tu. ammi dulu less than a year dah stop :(
ReplyDelete