PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU yang Pekat dan Enak dengan Sentuhan Klasik
PREGO SOS PASTA MAKARONI & KEJU yang Pekat dan Enak dengan Sentuhan Klasik | Makaroni dan keju atau Mac n cheese, atau Maccheroni al formaggio! Walau apa jua nama panggilannya, kombinasi
pasta, keju meleleh dan sos putih ini ternyata sukar dilupakan. Makaroni dan
keju, hidangan mengenyangkan yang digemari ramai. Sesuai digabungkan dengan
makaroni, pasta, spaghetti dan pelbagai jenis mee. Ternyata, ianya pilihan popular
waktu makan dan melibatkan pelbagai jenis proses penyediaan dan sos enak
disampingnya. Walau bagaimanapun, penyediaan sosnya melibatkan banyak masa dan agak
leceh.
Wanita sentiasa menyediakan
hidangan buat keluarga. Selalunya, mereka akan meluangkan sejam untuk masak dua
atau tiga hidangan ringkas. Selain menjadi lebih kreatif ketika memasak, mereka
juga akan mencuba pelbagai resipi baru dan apa jua cara asalkan dapat memuaskan
hati orang yang tersayang.
Hari ini, 53.5% kaum wanita
dikenali sebagai sumber figura yang amat penting di dalam mengembangkan ekonomi
dan menjadi teraju penting di dunia pekerjaan. Perlu membahagikan masa antara
kerjaya dan keluarga, wanita kini menjalani gaya hidup yang begitu sibuk,
apatah lagi perlu menjadi ibu, kawan, anak perempuan, isteri, kakak atau adik
dan pekerja pada masa yang sama. Jadi mereka tidak mempunyai masa dan sentiasa
mencari jalan penyelesaian yang mudah, terutamanya apabila perlu menyediakan
makanan buat keluarga tersayang.
![]() |
Sos Pasta Makaroni & Keju Mac & Cheese masih mengekalkan keaslian rasanya.. |
Prego, peneraju sos pasta di pasaran
Malaysia, merupakan jenama dari Campbell Malaysia, syarikat mutinasional
terkemuka yang menawarkan penyelesaian menerusi Prego Sos Pasta Makaroni & Keju yang pekat dan enak.
Menurut May Lim yang juga
Pengarah Urusan Campbell South East Asia Sdn. Bhd. mengenai Prego Sos Pasta Makaroni & Keju,
“Para Ibu di luar sana tahu bahawa tiada yang dapat menandangi masakan di
rumah. Mereka sering tercari-cari cara untuk menyediakan hidangan yang mengenyangkan,
namun senang untuk dimasak buat keluarga tersayang. Mereka lebih suka masakan
yang senang dan cepat dimasak serta mempunyai rasa yang lazat. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju
menawarkan para ibu pilihan yang mudah untuk masak dalam masa yang singkat.”
“Pada zaman kini kita bukan sahaja mencari
makanan yang mengenyangkan malah boleh menjimatkan masa para ibu dan pengguna
di luar sana agar mereka dapat menyediakan hidangan yang segar dan pada masa
yang sama mencipta momen indah bersama Prego,” kata May Lim.
Bak kata orang, bila ada keperluan, di situ ada jalan dan sebagai
seorang Ibu, mereka perlu sentiasa kreatif dan inventif. Prego Sos
Pasta Makaroni & Keju dicipta untuk memberi peluang untuk para
ibu bereksperimentasi dengan masakan kerana ianya cukup versatil dan menawarkan
kepelbagaian yang tidak terhad. Mereka berpeluang memenuhi keinginan untuk
bereksperimentasi dengan cita rasa barat dan pada masa yang sama mengembirakan
hati keluarga dengan pelbagai masakan
berasaskan sos Prego.
“Kami percaya yang mudah tidak semestinya tidak berkualiti atau kurang
sedap. Tahun demi tahun, kami berjaya membuktikan bahawa walaupun produk kami boleh
didapati dalam bentuk pelbagai pek, kami sentiasa berdaya saing di dalam industri
makanan. Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ini
dihasilkan dengan teliti demi memastikan rasanya kekal asli,” akhiri May
Lim.
Prego
Sos Pasta Makaroni & Keju menawarkan cita rasa
terbaharu untuk masakan sekeluarga di rumah.
Prego
Sos Pasta Makaroni & Keju baharu ini boleh didapati di
pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara pada harga berpatutan, iaitu RM6.49
setin.
belum pernah jumpa lagi hat yg ni. ke itu tanda dah lama tak gi kedai??
ReplyDeleteWahhh baru ke benda ni.. Tak pernah terperasan pulak
ReplyDeletewowww, perisa kegemaran ni! wajib cuba nanti!
ReplyDeleteWaaa baru ek, bolehlah nanti beli..
ReplyDeletemacam sedap jek..boleh try ni..
ReplyDeleteuih..nak kena try ni..anak akak suka ni
ReplyDelete