Tempah Hadiah Menarik dengan Design Sendiri untuk yang Tersayang di custom.my


Tempah Hadiah Menarik dengan Design Sendiri  untuk yang Tersayang di custom.my | Assalamualaikum.. Awal bulan Oktober nanti birthday Faris Zakwan. Dilah bercadang nak hadiahkan sesuatu yang lain pada abang Faris. Fikir punya fikir, rasa nak buat customize hadiah yang ada letak nama atau gambar Faris.. mesti comel kan.. hihi.. So Dilah pun survey la beberapa website yang boleh buat customize gift. Dilah berkenan dengan satu website custom.my. Terdapat banyak pilihan barangan yang boleh kita tempah di website tersebut.

Website custom.my



Custom.my menawarkan pelbagai produk menarik dengan design sendiri. Terdapat lebih 200 jenis produk antaranya t-shirt & Polo, Jacket & Hoodie, sportware, mens fashion, women fashion, kids accessories, bag, topi dan banyak lagi. Yang lebih menarik, kita boleh beli dengan design sedia ada dan letak nama sendiri atau pun kita boleh buat design kita sendiri.. menarik kan..


Tiada minimum order untuk menempah produk dengan design sendiri. Proses design juga mudah dan pembelian boleh terus dibuat setelah design ditetapkan. 


Dilah rasa nak buat topi ada nama Faris Zakwan.. sebab abang Faris tu suka pakai topi.. mesti dia teruja tengok topi ada nama dia sendiri kan.. Lagipun harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana harga tersebut dah termasuk printing sekali. Hanya 1 harga dah dapat produk dengan design sendiri.. mesti la best kan..  Jom tengok cara Dilah design topi Faris.

4 Easy Steps to Order

Terdapat 4 cara mudah untuk menempah produk dengan design sendiri;
1) Pilih produk
2) Muatnaik design pilihan
3) Bayaran
4) Penghantaran.

Seterusnya jom tengok cara Dilah design topi Faris. Dilah gunakan design simple yang sediaada dalam template yang disediakan. Kalau korang nak guna gambar sendiri pun boleh. cuma upload sahaja diruang yang disediakan..


1) Pilih warna topi.

2) Masukkan test yang korang nak.. Dilah letak nama Faris Zakwan.

3) Pilih art atau gambar. nak upload design sendiri pun boleh.

Pilihan design yang ada. Dilah pilih sport.

Nak upload design sendiri pun boleh.

Dah siap simple jer kan.... boleh save design name.. and add to chart.

Detail produk yang kita dah design dan detail shipping.

Lastly keluar detail produk yang kita dah design beserta harga dan detail shipping kita perlu isi. Dah siap semua boleh checkout dan buat bayaran. Senang jer kan..Tak sampai 30min dah siap design topi sendiri..

So kalau korang bercadang nak hadiah istimewa untuk orang yang tersayang, yang lain dari yang lain, yang customize hanya untuk yang tersayang.. boleh la design sendiri dan order di custom.my.

Alamat:
Custom My Printing Sdn Bhd (1210459P)
NO 46A, HALA TAMAN MERU 11,
MERU 2B 30020 IPOH,
PERAK MALAYSIA 
LAT LONG :4.661083, 101.067278
Dibuka pada:
Isnin- Jumaat 9:00 AM - 6:00 PM
No tel: 05-5252144
Email: info@custom.my
Whatsapp: 013-484 5800
Telefon Bimbit: 013-484 5800
Untuk Maklumat Lanjut
Tempah Hadiah Menarik dengan Design Sendiri untuk yang Tersayang di custom.my Tempah Hadiah Menarik dengan Design Sendiri untuk yang Tersayang di custom.my Reviewed by Dilah on September 24, 2019 Rating: 5

21 comments:

  1. best jugak sebab takde minimum order kannn

    ReplyDelete
  2. Ada minimum order ke per transaksi?

    Ada kemudahan cmni, senang. design siap2 memang dah ada sistem. pilih je, puas hati, order dan bayar.ini kalau harga berbaloi, mau nya tempah untuk baju hari keluarga ni..

    ReplyDelete
  3. Menarik ini, lepas ini tak perlu bersusah2 di dalam mencari tempat nak buat design sendiri. Ini dia sudah ada. Terima kasih!

    ReplyDelete
  4. bestnyer,lepas ni bolehla nuna custom surprise gift untuk orang tersayang

    ReplyDelete
  5. bagusnya tak ada limit minimum order sebab limit ni yang buat berfikir panjang nak tempah ataupun tak. Design pun boleh pilih sendiri. Nice lah

    ReplyDelete
  6. Selalu kalau nak tempah baju atau barang-barang custom made ni kena order banyak, baru boleh jalan. Tapi custom.my ni kinah tengok order satu pun boleh. Bagus jugak ni. Senang keje hehe

    ReplyDelete
  7. Wow semua blh custom ya? Ada minimum order tak? Sebab best sangat ni kejap je dah blh siap. Nak kasi hadiah kat orang pun okay. Thanks for the info!

    ReplyDelete
  8. wah... topi tu mcm menarik lah.
    baju sedondon.
    topi sedondon ada nama.
    aida lom lagi sempat nak terjah sini, afdilah.
    teringin sgt nak design sendiri ni.
    sure lebih semangat nak pakai ekk :)

    ReplyDelete
  9. Bestnye. Macam2 boleh custom order kat custom.my ni.

    ReplyDelete
  10. Berbaloi sikit bila ada website yang offer untuk buat macam ni. Biasa dulu dulu kalau nak customize, kena order secara bundle kan. Padahal kite nak sikit je. Bagus ada website macam ni.

    ReplyDelete
  11. best ke best... wow!!! seriously boleh buat design untuk kenang-kenangan ni... yang paling best sebab takde minimum order limit... yelah, kita bukannya nak buat in bulk je selalu kan... memang memberikan pilihan terhebat... nanti nak cubalah...

    ReplyDelete
  12. suka sangat custom. my sebab dia tkde minimum purchase tapi hrga murah. beg budak budak ni nanti mek nak tempah sini juga untuk sesi sekolah 2020.

    ReplyDelete
  13. menariknya. sekarang ni memang semuanya online. di hujung jari sahaja. tak perlu bersusah payah dah mencari kedai yang ambil order kan. dan biasanya hadiah custom made ni ada nilai yang sangat berharga.

    ReplyDelete
  14. Bestnyaaa boleh custom design ikut suka kita. Takde minimum order pulak tu. Confirm ramai tertarik nak berurus beli dgn custom.my

    ReplyDelete
  15. Boleh design sendiri apa yang kita nak. Menariknya servis custom.my ni.

    Tak de minimum order pulak tu

    ReplyDelete
  16. wow..menariklah boleh custom..yang paling penting takde minimum order.cantik topi faris.harga dia pon berpatutan.

    ReplyDelete
  17. Mcm mana pula harganya? Saya mmgg bercadang nk hasilkan baju rekaan sendiri. Mcm menarik kalau buat dkt sini.

    ReplyDelete
  18. Sangat convenient buat mereka yang tak nak order banyak sangat. Contoh macam family day keluarga ke kan. Small group je. Yang penting tak perlu beli banyak untuk layak tempah tapi still murah.

    ReplyDelete
  19. best dan menarik tgk rekaan yang kita buat sendiri...sekarang semuanya mudah..hanya di hujung jari...dan paling penting dia ada personal touch kita

    ReplyDelete
  20. eh,,tak pernah dengar la custom.my ni..nanti akak nak survey la...Memang nak cari hadiah ni..tq share dilah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.