TIPS :: Merancang Percutian Keluarga Bersama ARBA Travel
TIPS :: Merancang Percutian Keluarga Bersama ARBA Travel | Assalamualaikum.. Korang suka
pergi bercuti / melancong tak? Mesti la suka kan.. lagi-lagi kalau pergi dengan
family, mesti lagi seronok kan.. Macam Dilah ni, every year sekurang-kurangnya
mesti pergi bercuti sekali dengan keluarga. Baik sebelah Dilah atau Ayah Wan.
Biasanya kalau pergi tempat yang jauh tu, Dilah akan plan selang seli join
family Dilah or family Ayah Wan..
Antara tempat yang kitorang dah
pernah pergi seperti Eagle Ranch Resort (tahun 2019 bersama family Ayah Wan), Cameron Highland (tempat percutian favourite kitorang ni),
Langkawi (tahun 2017 pergi bersama family Ayah Wan), Lost World of Tambun
(tahun 2016 bersama family Dilah), Pulau Pangkor (2012 bersama family Ayah
Wan) dan banyak lagi..
Biasanya bila kitorang nak
bercuti tempat yang jauh, kitorang akan merancang lebih awal. Sebab kita akan
pergi dalam 5 family, so kena la merancang dengan baik agar segalanya akan
berjalan dengan lancar. Bukan senang nak handle family day ni tau.. Perlu ada kata sepakat dari semua keluarga.
TIPS MERANCANG PERCUTIAN KELUARGA
Bagi memastikan percutian keluarga dapat berjalan dengan lancar, kita perlu merancang lebih awal. Terdapat 8 perkara yang perlu diambil kira
ketika merancang percutian bersama keluarga. Antaranya:
1. Tentukan Lokasi Percutian
Perkara penting bila nak
merancang percutian dah tentu la memilih lokasi percutian kan. Perbincangan
bersama ahli keluarga amat penting bagi memastikan tempat yang dipilih sesuai
dan disukai oleh semua ahli keluarga. Baru la semua dapat bercuti dengan
gembira tanpa bermasam muka kan.. hehe..
TIPS nak memilih lokasi dengan
mengambil kira keadaan semua ahli keluarga. Contohnya kalau anak masih
kecil-kecil amat tidak sesuai bercuti ke taman tema yg hanya orang dewasa sahaja
boleh bermain. Nanti anak-anak akan bosan sebab tiada aktiviti. Selain itu,
tengok bajet masing-masing juga. Kalau bajet sederhana, pilih la tempat
percutian dalam Malaysia sahaja.
2. Tentukan Tarikh Percutian
Bila dah tetapkan tempat
percutian, kita perlu cari tarikh percutian pula. Sebolehnya elakkan musim cuti
sekolah kerana harga hotel akan menjadi lebih mahal, begitu juga harga tiket flight
pun akan lebih mahal pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Selain harga tiket
yang lebih mahal, biasanya bila tiba musim cuti sekolah, jalan akan jem. So
bagi mengelakkan perkara-perkara ini, seeloknya pilih la tarikh bukan musim
cuti sekolah/cuti umum. Tetapi sekiranya anak kita sudah bersekolah, perkara
ini memang tidak dapat dielakkan.. So bertabah la.. hehe
3. Tentukan Bilangan Ahli Keluarga Yang Akan Pergi
Setelah lokasi dan tarikh
percutian telah dipersetujui, boleh la tentukan bilangan ahli keluarga yang
dapat ikut serta dalam family day tersebut. Ini bertujuan untuk menentukan
bilangan bilik hotel yang perlu dibooking, booking tiket flight serta mengira
anggaran bajet percutian. Yang mana boleh share, kos dapat dikurangkan .. itu
la perlu nya tahu bilangan ahli keluarga yang akan mengikuti family ni.
4. Kira Anggaran Bajet Percutian
Macam Dilah cakap dalam TIPS KETIGA,
bila dah tahu tempat dan bilangan ahli yang akan pergi bercuti, baru lah boleh
buat kos pembelanjaan untuk percutian. Kos ini termasuk kos penginapan, kos
pengangkutan (flight/bas/feri), kos petrol dan tol, kos tiket masuk ke tempat
lawatan, kos makan minum, dan kos-kos sampingan yang lain. So bila dah tahu
berapa bajet yang perlu dibayar oleh setiap keluarga, senang la kita nak
menabung lebih awal kan..
5. Booking Tempat Penginapan Lebih Awal
Dalam masa yang sama, dah boleh
survey hotel-hotel mahupun homestay yang sesuai untuk penginapan semua ahli
keluarga. Bagi mendapat harga yang lebih murah, pastikan korang booking tempat
penginapan lebih awal. Selain itu, untuk mengelakkan semua tempat penuh memang
amat perlu tempah hotel/homestay awal-awal. Terutama sekali jika tarikh
percutian tu jatuh pada cuti umum ataupun semasa cuti sekolah.
6. Transportation/Pengangkutan
Seperti tempat penginapan, jika
destinasi percutian jauh, tempah la tiket lebih awal agar dapat harga yang
lebih murah. Jangan last minute booking, harga memang mahal. Kalau perlu sewa
kereta pun, cari la lebih awal.
7. Aktiviti Semasa Percutian
Bila bercuti bersama keluarga
yang besar, pastikan korang rancang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang
percutian.. Susun itinery mengikut kesesuaian. Jika bawa anak kecil, pastikan
jadual tidak terlalu padat kerana pastinya kebarangkalian anak meragam atau
masa terlewat sikit pasti aka nada. Selitkan juga aktiviti seperti sukaneka dan
sebagainya mengikut kesesuaian tempat dan masa. Aktiviti sebegini pasti dapat
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
8. Barang Keperluan
Listkan barang keperluan yang
perlu dibawa sepanjang percutian agar tidak tertinggal. Jika korang bercadang
untuk memasak sendiri sepanjang percutian, pastikan bawa peralatan dan bahan
yang diperlukan. Bahagi-bahagikan tugasan itu kepada individu tertentu.
TRAVEL AGENT - ARBA TRAVEL
Apabila kita merancang untuk
mengadakan percutian bersama keluarga yang besar, pastikan korang
bahagi-bahagikan tugasan kepada beberapa orang. Baru lah percutian tersebut
dapat berjalan dengan lancar dan gembira.. Tetapi jika korang kesuntukan masa
dan tak dapat bahagi-bahagikan tugas, ada baiknya korang dapatkan perkhidmatan
dari agensi perlancongan. Hanya perlu dapatkan quotation, dan segalanya
diuruskan oleh agensi tersebat. Korang hanya sediakan duit sahaja..
Memandangkan family Dilah dah
ada plan untuk bercuti ke Kota Kinabalu, Dilah dah mula survey-survey harga
pakej dari beberapa agensi perlancongan, antaranya Arba Travel. ARBA TRAVEL
merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan bumiputra yang telah dinobatkan sebagai ‘Top
30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia. Hanya dalam masa 3 tahun
penubuhannya, ARBA travel telah Berjaya merangkul anugerah tersebut. Hebatkan.. So memang trusted agent la ni.
ARBA Travel ni merupakan sebuah syarikat travel bumiputera.. Pakej yang disediakan juga harus lah pakej yang halal kan.. Tak perlu kita susah-susah nak survey lagi.. Jika percutian dalam negara kita memang tak risau sebab senang nak dapat makanan yang halal kan.. Tapi kalau kita nak bercuti ke luar negara, kena la pandai-pandai survey dan cari tempat makan yang halal.. So kalau korang bercuti dengan ARBA Travel ni, semuanya diuruskan oleh mereka. Tak payah nak pening-pening kepala lagi kan.. hehe
Apa yang membuatkan Dilah tertarik dengan pakej yang disediakan oleh ARBA Travel ini, mereka sangat berpengalaman dan mesra dengan customer mereka. ARBA Travel sangat memahami apa yang diperlukan oleh seorang traveller.. Dengan itu, mereka dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan mereka... Arba Travel juga turut menawarkan Servis Runner Visa China Murah. So korang tak perlu susah-susah nak pergi buat visa, guna sahaja servis dari Arba Travel, mudah dan murah..
So kalau korang sedang merancang untuk bercuti dalam negara atau luar negara, boleh la dapatkan servis dari ARBA Travel. Untuk maklumat lanjut;
So kalau korang sedang merancang untuk bercuti dalam negara atau luar negara, boleh la dapatkan servis dari ARBA Travel. Untuk maklumat lanjut;
Website
Facebook
Instagram
Oh my goodness! Impressive article dude! Thank you, However
ReplyDeleteI am going through issues with your RSS. I don't know the reason why
I cannot join it. Is there anyone else having the same RSS
issues? Anybody who knows the solution can you kindly respond?
Thanks!!
Betul tu Dilah, nak senang, amik pakej, semua terjaga...
ReplyDeletekan...bila tak plan takut last minit nanti macam-macam hal yang tak diingini berlaku. Last sekali kita tawakal dan harap dipermudahkan urusan perjalanan sepanjang percutian
ReplyDeletethankyou untuk suggestion ni. boleh cuba ambil quotation untuk hatyai tahun depan.
ReplyDeleteSetuju sangat dengan point-point yang dikongsikan ni. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat
ReplyDeleteSelalu rasa nak plan trip sendiri. Konon nak DIY semua benda. haha tapi karang ke laut juga laaa.. sebab tu nisa lebih selesa ada tour guide atau ikut pakej. kita serahkan kepada yang pakar gituu..
ReplyDeleteSenang guna ejen. Kita duk jadi bendahari je collect duit. Hehehe. Kadang tanya pendapat pun mereka elok je layan. Sebab yelah nak plan bercuti ni kena bebetul. Nanti kita sorang je penat. Dah la penat arrange. Masa hari travel ahli keluarga moody sebab kelaparan, menunggu lama dan tak tau arah nak ke mana. Ada yang suka berjalan ok le. Ada yang suka memerap tido tapi nak travel obersea. Haaa memacam gaya.
ReplyDeleteNak cuti nanti bolehla intai2 arba travel ni..thank you share
ReplyDeleteBestnya ramai2 family jalan. Kadang2 nak plan sorang2 pun jenuh. Ni pegi ramai2 mmg salute lah.
ReplyDeleteIt's good ada travel agency gini yang betul2 orang kita so they know apa orang nak tgok, apa org nak makan and really cater to muslim family lah. So xyah nak rimas-rimas nak mintak special request lepas tu terpaksa bayar eskstra kan~
Thanks dilah share tips yg sgt bermanfaat ni. Nur pun akn bercuti ke kedah bln 10 ni. So entry ni sgt berguna utk nur :)
ReplyDeleteMarsha last ke sabah 2010. Kena repeat lagi ni...thanks share tips. Marsha tengok gak arba ni banyak pakej menarik. Terbaiklah
ReplyDeleteYup kalau nak senang dan tak payah pening kepala utk perancangan mmg disarankan ambik pakej. Tapi mcm sis kalau kemana mana mmg suka buat sendiri..jimat sikit budjet..hehehe
ReplyDeleteBagus kalau ada travel agensi yg semua terjaga ni tak perlu risau dah nanti kan..
ReplyDeleteSemua tips tu mmg sangat berguna ... Nak bercuti ramai2 ni, mesti well plan, barulah tak haru biru percutian tu nanti.
ReplyDeletegood sharing!nampak mudah percutian bersama keluarga, namun kalau tanpa perancangan rapi, semua tidak akan menjadi!
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. mmg dalam proses nak rancang bercuti ni. dah lama jugak tak bercuti satu family. in shaa Allah :)
ReplyDeleteBestnya kalau dapat adakan Family Day. Tapi segala perancangan kena betul betul la. Dan kena pastikan ambik travel agen yang betul kn. Thank you share info ni.
ReplyDeleteHi there, I discovered your blog per Google bit searching for such kinda educational advise moreover your inform beholds very remarkable for me. bb13 colors tv
ReplyDeleteMemang pun apaw kena plan dgn teliti sblm travel, dgr Arba Travel bagus
ReplyDeletesenang guna pakej nih ...tak payah pikir banyak2...pilih tarikh dan bayar pastu enjoy....akak suka pi travel guna pakerj jer...
ReplyDeleteOn this subject internet page, you'll see my best information, be sure to look over this level of detail. rachat de crédit immobilier
ReplyDeleteOn that website page, you'll see your description, why not read through this. movies 123
ReplyDeleteSomeone Sometimes with visits your blog regularly and recommended it in my experience to read as well. The way of writing is excellent and also the content is top-notch. Thanks for that insight you provide the readers! xo so mien bac
ReplyDelete