Celebrate Birthday Faris di KAWD Concept JB
Celebrate Birthday Faris di Restoren KAWD JB | Assalamualaikum.. Awal bulan Oktober haritu kan birthday Faris.. Ibu macam biasa la plan beli kek dan celebrate kecik-kecik sahaja dengan family kecik kitorang. Pergi makan kat luar dan potong kek.. itu je la plan nya.. tapi nak makan kat mana x plan lagi.. mula-mula ingat nak pegi Marrybrown kat area rumah kitorang ni je.. budak-budak ni la yang nak, tapi tak jadi sebab ramai orang..
Ibu terus cakap kat Ayah Wan, pergi restoren KAWD Concept nak? Dah lama usha restoren ni sejak ia dibuka 2 bulan lepas.. nampak menarik sangat.. tengok review pun best-best.. lagipun dekat kawasan rumah kitorang jer.. So mari la kita pergi makan kat kawd.. budak-budak ni pun teruja sebab depan sekolah diorang jer.. hahaha.. kakak tiap2 hari baca tagline restoren ni..
"Makan cukup.... Minum cukup.. Hati bahagia.."
Jom tengok apa yang menariknya di restoren ni.. Dilah tak sempat nak amik full gambar dekorasi restoren ni, maklum la dengan si kecik tu banyak betul dugaan nak amik gambar.. tu belum gambar bergegar lagi.. iskkk.. geram tau ibu..haha.. Terdapat pelbagai menu western dan asia yang ditawarkan di restoren ini.. tak tahu nak pilih apa.. so minta tolong staff tu recomend kan apa yg best di KAWD ni.. so kitorang memang amik menu yang staff tu cadangkan..
Ayah Wan order Lamb Shank.. perghhh..
yang ni memang rasa sedap sangat.. rasa daging kambing tu lembut dan
juicy sangat.. Lamb Shank ni antara signature dekat KAWD ni.. Ayah Wan
makan tak habis.. Dilah yang tolong habis kan..haha..
![]() | |
Lamb Shank |
![]() |
Licin ibu makan sampai tinggal tulang jer.. haha |
Ibu pula order nasi goreng daging.. Ni memang favorite ibu, so bila
staff tu cadangkan kalau nak try menu masakan Melayu boleh try nasi
goreng daging ni.. Yes, nasi goreng daging kat sini memang sedap
sangat2.. dagingnya lembut dan banyakkkkkk... tak payah nak selak-selak
nasi goreng tu untuk cari daging.. hahaha..
Next untuk kakak dan Fattah kami order Pasta Cabonara.. ni memang fav diorang ni.. memang sedap dan laju jer diorang makan.. si Fattah tu sampai menghirup sos cabonara tu tau.. haha...
Untuk birthday boy pulak order Burger Kaw Kaw... patty daging burger ni ni sedap, tebal sangat.. actually korang boleh pilih nak berapa layer daging burger tu.. yang Faris makan ni pun dah cukup kenyang.. haha..
Bukan main menikmati lagi diorang ni ye.. makan sedap mesti la nikmat kan.. haha
Lepas makan baru la sesi potong kek.. Dilah minta staff kat situ yang bawa kan kek tu.. actually kat KAWD ni ada live band.. tapi sebab kitorang sampai awal, band tu belum ada lagi. live band hanya lepas jam 9 malam.. so staff tu cakap diorang jer la yang nyanyi lagu birthday live.. haha.. boleh jer.. bagi meriah suasana kan.. siap bagi lilin bunga api tu lagi kat Faris..
Memang terbaik layanan dari staff KAWD ni tau.. sangat friendly dan helpful.. Makanan pun best-best... next time boleh la datang lagi.. boleh try menu lain pulak nanti.. hihi... so korang yang tercari-cari restoren yang best untuk celebrate birthday ke or untuk dinner sahaja pun boleh la try ke KAWD ni.. very recomended..
Info lanjut mengenai KAWD JB ;
Instagram : https://www.instagram.com/kawdjb/
Facebook : https://www.facebook.com/kawdjb/
Menu dia semua sedap dan nampak portion besar kann..nanti nak pergi juga, kalau Sis semstinya order Lamb Shark tu heheheh
ReplyDeleteisi pada nasi goreng daging tu banyak betul kan dilah..puas hati makan kalau macam ni
ReplyDeletehappy belated birthday. semoga besar sihat jadi anak soleh yaaa..
ReplyDelete